Friday, December 10, 2010

Zayra - Crawling @ 6 months Yo!

Hmmm.. lega dan bangga sgt bila my one & only Symbrachydactyly baby Zayra dah pandai merangkak at 6 months age. Aku pun tak sangka cepat betul perkembangan dia. Dalam usia 6 bulan, she really know how to use her hand and feet wisely dan walaupun ada limitation, ia langsung tak menjejaskan daily routine Zayra. In fact, dia lagi cepat perkembangan fizikal dan motor skill dari kakak dia, dan aku pun dapat banyak feedback dari parents yang bangga dan dalam masa yg sama, cemburu (positive way punya tau .. heheh) dengan perkembangan Zayra yg begitu cepat. Ada yang siap mengadu yang anak dorang sebaya ngan Zayra @ tua few months masih belum merangkak dan belum pandai duduk pun, tapi Zayra dah pandai semua tu.. hehehe.. Biasalah, walaupun tahu yang "baby develop at their own pace", nak tak nak, tak banyak sikit mesti kita tend to copmpare bila tgk anak orang kan? Aku pun selalu gitu gak..ehehehe

Ternyata Allah SWT memudahkan segala-galanya buat Zayra dan dalam masa yg sama, menujukkan sesuatu serta memberikan pengajaran dengan cara paling halus untuk aku dan semua para ibu di luar sana (yang membaca dan mengikuti kisah hidup kami sekeluarga) menilainya. Bila Allah menkehendakiNya, maka jadilah ia. Aku tak nafikan, I have doubts in the beginning, rasanya semua yg ikuti kisah aku tahu yg aku paling risau part2 rolling dan crawling nih masa Zayra lahir dulu, sebab ia memerlukan kekuatan tapak tgn sedangkan tapak tangan Zayra takder tulang. Aku risau tapi sehabis baik cuba berfikiran postif dan menggunakan serta menerapkan THE POWER OF TRUST punya method dalam membesarkan anak-anak aku. Ternyata ia sangat memberikan kesan positif.

Percayalah pada anak kita & percayalah pada kuasa Allah SWT. Bila Allah berikan tangan Zayra seistimewa itu, DIA juga berikan satu cara dan kebolehan yang cepat pada Zayra untuk membuktikan pada dunia bahawa setiap yang dicipta itu adalah PERFECT, senang citer dalam bahasa mudah - ALLAH YANG BUAT, TAHULAH ALLAH CAMNER NAK BG ZAYRA NI MERANGKAK! Kita hanya perlu PERCAYA dan USAHA, just like Rukun Iman kan ..:) PERCAYA KEPADA ALLAH!! Malah, Allah beri kebolehan tuh sangat cepat untuk Zayra, lebih cepat dari kakak dia dulu dan lebih cepat dari segelintir rakan sebaya dia. Yeah, Zayra sememangnya istimewa kan? :)

Aku amik video nih masih Zayra dah masuk 7 bulan. Dalam video nih, ada 2 video yg sempat aku rakamkan, adalah cara-cara Zayra merangkak untuk dapatkan apa yang dia nak. Walaupun sometimes merangkak-jatuh sebab tangan dia yg tak balance tuh, Zayra langsung tak mengalah dan aku setiap hari memang galakkan dia merangkak. Nampak macam dera anak jer, tapi sebenarnya, itulah stimulasi untuk aku galakkan Zayra merangkak cepat. Kalau boleh, aku nak Zayra merangkak lama sebab kebaikan merangkak sgt banyak especially for babies brain development:) Biar susah sikit takper, janji otak Zayra ada umphhh! Hhehehe..

Cuma satu sahaja yg masih gigih aku lakukan sekarang - Mengaktifkan penggunaaan tangan kanan Zayra! Zayra ni macam tahu2 jer tangan kanan dia tuh tak boleh berfungsi seperti tgn kiri, dia tahu dia takleh capai dan genggam barang guna tgn kanan, ini menyebabkan dia MALAS nak gunakan tgn kanan dia dan juga menyebabkan tangan kiri dia menjadi SANGAT PANTAS dan CEKAP! Senang citer cam ni lah kesimpualannya - Pantang lepa, alamat tercampaklah Lappy aku dikuis Zayra dengan tangan kiri!

Sebab tuh aku selalu bagi Zayra apa sahaja barang dengan tangan kanan walaupun aku tahu hampir mustahil dia boleh capai tapi aku ni kan DEGIL orangnya. There must be a way u can take anything using that right hand Zayra! I dont care how you do it but I know you can! Mummy trust you whole-heartedly so u must trust yourself! Find a way Darling! U definitely will find the way! Dan again, seperti yang dijangka, Zayra kini semakin mahir mengambil barang dengan tangan kanan dengan cara mengepit dengan lengan & siku kemudia terus capai pakai tangan kiri utk menggenggamnya! Bravo Zayra! Seeee.... I told u right..Zayra boleh kalau Zayra nak. Aku akan teruskan aktiviti capai-mencapai nih selama yang boleh agar Zayra get use to her right hand. Selain tuh, aku rajin buat aktiviti salam-menyalam setiap kali jumpa sesiapa. Aku suruh Zayra salam dan everytime aku sebut "Salam Zayra ..salam.." dia akan angkat tgn kanan tuh, siap buat mulut nak cium lagik! Hhehehhe.. comey yerk??

Mehlah kita layan video nih utk tgk spirit si Zayra dan semoga ia menjadi perangsang pada sesiapa yang berkenaan ..:) Insya Allah ..


Zayra Crawl Video 1

Zayra Crawl Video 2

Zayra Makes Me Proud!


No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading