Tuesday, January 18, 2011

Aku Nikahkan Watie Dgn Tranfer Factor..

Hahaahaha..tajuk poyo tak hengat dude! Yer .. aku dah pun di "nikahkan" secara rasmi dengan Transfer Factor nih. Actually dari akhir tahun lepas, tapi aku takder masa nak beritahu khalayak ramai, my special readers terutamanya, yang aku kini dah pun bergelar TF Consultant. Ewah ..macam femes naaa nak bgtau khalayak ramai! Wakakakaka... Entah-entah takder sapa pun peduli erk? Ahaks .. Arghh...aku tau ada yang peduli punya ..sebab ramai yg suruh buat entry kat blog nih ..cuma aku yg takder masa. So, this year memang nak tak nak, aku kena adakan juga masa untuk buat related entry tentang TF untuk kebaikan bersama ..:) 

Syarikat yang membeli paten untuk Transfer Factor. Sebab tuh korang tak boleh dapat TF di mana-mana melainkan melalui 4Life.  Ni syarikat yang buat Research pasal TF tu.

Macam mana aku boleh bernikah dengan TF? Ceritanya cam nih - Aku memang dah lama tau Transfer Factor nih. As I said, in Network Marketing circle, mestilah kita tahu tentang our competitor kan? So, aku memang tahu lah cerita-ceriti tentang Network Mktg Company yg femes-femes nih. Salah satu darinya ialah 4Life @ Transfer Factor nih. Dah lama aku tau, sejak belum kawin lagi ko! Tapi tak lah aku amik tahu sangat pasal syarikat ni. Sebab selalunya, yg aku rajin amik tahu kalau company tuh ada kes tak baik, atau skandal, atau indirectly menipu pelanggan, memang suka sangat lah aku jadi kepoci nak tau jugak pasal syarikat tuh dan modus operandinya. Boleh habiskan satu hari nak google maklumat pasal apa yg masyarakat komplen tau! Hehehhee.. 4Life nih cam clean jer, takder cerita-cerita yg best atau gossip2 cam artis tuh kekdahnya ..hahhaha..akalau ada pun macam tak banyak sangat pasal scam or tak betul or anything negative, berbanding dgn positif, so aku pun amik tau ala-ala jer lah. Lagipun, masa join CRONY dulu, boss aku pernah bg aku link website dia so that aku leh study marketing plan dia (tapi aku tak paham pun .. nak memahamkan mktg plan CRONY pun kena amik masa, mana ada masa nak pahamkan mktg plan company lain yer dak?) Hahahha.. 

Ni ofis dia

Then, masa aku beli rumah kat Aman Perdana nih, aku punya salesman rumah pun promote aku suruh bukak website 4Life dan tgk2. Dia katalah bagus sgt, tu lah , ni lah. Aku iyakan jer lah, tapi aku tak lah beria-ia pun, bz ngan bisnes perfume maaa, nanti yg dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran, jadi baik lah aku fokus my main bisnes dulu. Masa beli umah dulu, aku lum ada "isi". Tak preggy pun lagi. So, terkuburlah lagi cerita pasal TF ni, sampailah aku mengandung anak sulung dan anak kedua pun aku masih tak peduli sgt pasal TF ni.
Transfer Factor Adv- yang Qarissa & Quzayra makan. Me & hubby pun share sama.

Aku mula "memandang TF dengan dua belah mata" apabila pakcik yang paling aku sayang atau yg aku panggil Ayah, sakit akibat kanser rektum tahap 4 hampir 2 tahun yang lalu. Dah meninggal pun pakcik kesayangan aku tu akhir tahun lepas. Al-Fatihah untuk beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya - Sulaiman Adam. Amin.  Ayah dapat tahu yang dirinya mengidap kanser tahap 4 sangat lewat, sebabnya Ayah memang tak suka pergi hospital, Ayah lebih suka berubat sendiri atau secara tradisional. Tapi, bila sakit tuh melampau-lampau sangat, baru Ayah ke hospital dengan rasa terpaksa. Lepas dah buat medical check up semua, barulah tahu yang Ayah menghidap kanser rektum. Kali pertama Ayah masuk hospital, masa tuh aku belum mengandung Zayra pun. Aku ingat lagi yang aku melawat Ayah di Hospital Serdang sehari sebelum aku ke Bandung, masa kat Bandung baru aku tahu yg aku mengandung. Ayah kena bedah untuk memulihkannya, tapi aku tak sure apa nama pembedahan tuh dan spesifiknya utk apa. 

Transfer Factor Advance Plus- Untuk org dewasa khasnya. Me mkn yang ni juga.  Pesakit-pesakit kritikal selalu memang akan ambil this TF Plus. 

Selepas di bedah, Mak Long aku (isteri Ayah) membelikan Ayah set Transfer Factor. Beribu jugaklah habis kan. Aku tak tahu pun Ayah makan TF, sampailah aku tanya Mak Long perkembangan kesihatan ayah. Yang aku tahu, lepas keluar hospital, Ayah sangat-sangat kurus, nampak semua tulang dan rangka. Memang kasihan sungguh tengok wajah dan tubuh Ayah masa tu. Mak Long kata, Ayah dah beransur pulih. Muka dah merah dan boleh bergerak, tak terbaring macam dulu. Dan Mak Long pun bercerita tentang HealthFood yang Ayah makan iaitu TF. Kemain puji lagi Mak Long aku tentang kehebatan TF dalam memperbaiki condition Ayah selepas menjalani pembedahan. Siap jadi member lagi Mak Long aku tu. Aku jadi pendengar yang setia, dan dalam diam, kagum jugak dengan TF nih, dan aku percaya, semuanya dengan izin Allah SWT belaka. :) 
Riovida - dalam bentuk cecair. Dalam botol dan dalam paket. Ada lagi lum minum kat umah :)

Tak lama lepas tuh, aku dapat tau my bff masa sekolah dulu di sahkan mengidap kanser payu dara at early stage. Masa mula-mula tak pasti samada kanser atau tak. Cuma ada ketulan di dada. Dia dah buat ujian dan tunggu masa nak dapatkan keputusan shj. Aku antara orang-orang awal yang tahu pasal ni dan bila dapat tahu jer, aku suggestkan kawan aku nih jumpa dulu Nenek aku di Gombak. Alhamdulillah, Nenek aku ada sedikit kebolehan yang diberikan Allah SWT untuk bantau bahagian2 badan yang ada ketulan pelik2 nih. Guna kapur dan ayat Quran jer. Tu pun ada kisah disebaliknya, aku ringkas kan yer - Adik perempuan aku, Nana masa kecik-kecik dulu, dalam umur setahun dua kot, secara tiba-tiba tumbuh ketulan kat dada @ breast dia, merah giler dowh, dan asyik nangis sebab sakit. Aku masih ingat sebab masa tuh aku dah besar gak. Bila cek, cam ada lendir dan Doktor nak buang ketulan tuh, time tuh manalah ada kita tahu pasal breast cancer ni kan. So, my mum dah setuju lah nak buang ketulan tuh. Sehari sebelum pembedahan di lakukan, abang Nenek aku, Tok Ngah dari Melaka datang ke Gombak untuk melawat sedara-mara. terbukaklah cerita  pasal Nana nak masuk spital. Terus Tok Ngah aku tak bg masuk spital, dia kata meh dia bantau, dan terus buat proses  bantau guna kapur dan Ayat Quran tu. Amazingly, dengan izin Allah SWT jua, terus bengkak dan lendir tuh mengecut. Makin lama makin kecut dan terus hilang. Tak jadilah nak bedah sampai Doktor pun agak terkejut lah camner ketulan tuh leh hilang tiba2 kan. Tu yang Nenek aku belajar jugak ilmu tuh dari Tok Ngah dengan tujuan murni, untuk membantu sesiapa antara ahli keluarga yang mungkin ada masalah sama. Jadi, aku ajaklah bff aku nih jumpa Nenek aku. Kalau boleh, takmolah dia bedah kan. Pity her. Walaupun keputusan ujian akan dapat minggu depan, aku tetap ajak kawan aku jumpa my Nenek. Sempatlah kwn aku di bantau Nenek. Sayangnya, bila ujian tu keluar, memang sah kawan aku mengidap kanser payu dara. Terus my friend buat keputusan untuk buang ketulan tu. 

Gambar produk2 TF. Aku lum khatam habis lagi. :)

Masa dalam proses pemulihan, kami kawan-kawan sekolah merancang untuk menderma pada my friend nih. Semua derma dalam bentuk wang, dan wang tuh kami rancang nak beli Health Food utk my friend. Memang lah sesungguhnya betul, kalau kita dah sakit, wang utk beli ubat kita tuh lagi mahal dari wang yg sepatutnya kita laburkan untuk jaga kesihatan kita sebelum kita sakit. So, masa perbincangan nak beli Health Food apa, ada lah kawan-kawan tanya pendapat aku. Yang terlintas di kepala aku time tu cuma Transfer Factor, sebab Ayah pun kanser juga, walaupun bukan kanser payu dara, tapi adik beradik lah tuh kan. Berdasarkan maklumat dan live testimoni dari MakLong aku, aku rekomen kawan aku suruh belikan TF utk our friends. Masa tuh, takder sapa pun jadi ahli. Untuk dapatkan harga ahli, we all pakai Mak Long aku punya membership number. Yang penting, dapat harga murah. Memang simpati dengan my friend sebab anak dia pun sorang jer, muda lagi plak tuh, baru 29 tahun (masa di sahkan kanser payu dara tu), jadi memanglah sensitif kita dibuatnya. 

TF Cardio. My mum amik yang nih. Mak ada darah tinggi ..so Doktor cadang makan nih.

Then, habislah cerita tu kat situ. Aku as usual, tak lah sibuk amik tahu pun pasal TF selepas tu. Nak-nak dah sibuk dengan bisnes yang baru aku ceburi - ECE @ GBOB, so memang lah takder masa nak study mender2 lain, ECE ni pun tak habis2 study rasanya, makin banyak belajar makin banyak rupanya yg aku tak tahu kekdahnya, so memang tak peduli sgt pun pasal benda lain. Sampailah satu hari tuh, aku gi Klinik Araa berdekatan dengan rumah aku. Aku nampak brochure Transfer Factor nih ada kat Klinik tu! Memang aku terkejut beruk ko! Dalam hati aku, "Aikkk, takkan Doktor ni jual TF kot? Selamba jer jual, bukan dia MLM ker? Bukan ker Doktor tak leh jual produk MLM secara terbuka? Iskkkk.. nak kena tanya nih! Tak pueh hati aku nih!" Dan bila jer aku masuk, aku tanya Doktor tuh soalan dah macam polis! Macam-macam aku tanya wei! Tak pueh hati punya pasal. Hahahhhaa.. Doktor tuh kira macam Doktor peribadi lah, sebab dia memang baik ngan family aku sejak dari arwah mak mertua aku hidup dulu. Siap datang umah suntik mak mertua aku yg masa tuh tak larat nak gi Klinik dia. Very good and polite Doktor. Memang sangat concern pasal pesakit dia, bukannya jenis Doktor yang sibuk menaip Keyboard masa pesakit bgtau dia sakit apa. (ada tau Doc cam tuh..sakit naaa hati aku ..sibuk duk menaip keyboard Lappy dia ..bukan nak cek badan kita betul2!) 

Ni lah dia brochure yg aku nampak tuh, tapi color dia pink, bukan biru.. :) Aku tak berapa suka design dia sebab nampak cam typical MLM punya brochure..ekekekek

So, Doktor ni pun terangkanlah pada aku tentang TF dan kebaikannya. Dan barulah aku tau yang sebenarnya, banyak para Doktor yang kat Malaysia dan kat luar negara memang guna dan bg pada para pesakit mereka! Yang paling aku geram dan rasa bodoh sangat (tu lah padan muka aku! tak pernah amik tahu kan ..amiklah ubat Watie oii!) - bila Doktor kata yang baby jaundice pun dorang bg TF melalui susu untuk turunkan paras bacaan jaundice & memulihkannya! Masa aku tahu nih Zayra dah berbulan2 dah umurnya! Dah baik dah pun! Mangkuk hayun btol lah.  Kalau sapa ikuti kisah hidup aku memang lah akan tahu betapa sukarnya hidup aku masa dalam pantang dulu. Hampir 2/3 kali sehari kena mengadap Doktor, sampai kena ke Hospital Putrajaya berulang-alik. Bukan sebab tangan Zayra tuh! Tapi sebab jaundice berpanjangan, because of my breastmilk. Boleh baca entry tuh kat sini.Memang penat wei! Rasa geram sgt sebab aku jenis yang alert pasal produk-produk kesihatan nih pun boleh tak tahu yang TF tu bukan setakat org mengandung boleh makan, tapi baby pun boleh makan! Aku bukanlah main semangat mandi kan Zayra guna air kuning singseh, sampai nak cari susu kambing asli (tapi tak jumpa), keep on bg susu badan, tapi jaundice tak turun-turun. Kalaulah aku tahu TF boleh bg baby makan, dan ia membantu menurunkan paras jaundice, in fact Doktor pun rekomen, dah senang sket kerja aku! Sabar jer ahcik masa dapat tau tuh noks.. 

Ada banyak buku yang cerita pasal kebaikan TF ni tau! Baru aku tau yang Transfer Factor adalah nama dia yg asal. Aku ingatkan dorang rekacipta nama tu. Cam cth, nama asal telur adalah telur kan? Tapi bila dah pecah, atau digoreng @ rebus, nama dia jadi lain, maybe telur rebus atau telur goreng. So aku ingatkan syarikat nih duk guna nama TF tuh as komersial name. Rupanya memang nama dia Transfer Factor. Baru aku tau ...

To cut the story short, bila Doktor dah rekomen, level of confidence aku jadi lebih tinggi lah terhadap produk tuh. Dapat tahu pulak yang upline Doktor aku nih pun memang Doktor jugak. Semuanya by profesion tau, bukan Doktor PHD, memang kerja sebagai Doktor. Pastu aku dapat tahu pulak yang semua hospital dan klinik di Rusia memang memberikan TF sebagai salah satu produk immune IQ (nak kata ubat tak boleh, sebab dia bukan ubat) kepada pesakit2 mereka secara terbuka. Macam kat M'sia dan negara-negara lain, nak beli TF kena melalui Agen-agen mereka kan, tapi kat sana memang sgt well known dan jadi perkara biasa. Pastu dapat tau plak yang TF ni ada dalam PDR- Physican Desk Reference para doktor. Sapa yang jadi Doktor tuh memang tahu lah PDR ni apa, kira macam kitab dorang lah kan ..:) No wonder lah banyak Doktor yang pakai dan guna TF nih, tapi kita org luar nih tak nampak secara jelas dan nyata kerana di Malaysia (negara lain aku tak sure) ianya menyalahi etika kedoktoran bila dorang promote produk under MLM pada patient. Sebab tu banyak Doktor sometimes tak citer banyak, tapi terus bg patient produk ni as loose capsule tanpa bgtau ianya adalah produk MLM, kerana kehebatan dan kebaikan yang TF berikan. Dan lagi, memang di hospital swasta ada di jual TF nih tetapi harganya sangat mahal berbanding kita beli sebotol, sebab dia jual loose, satu kapsul mencecah RM 5! Bila aku tau all this facts, kepercayaan aku bertambah dan decide nak belikan untuk anak aku. 

Ni lah dia PDR yang aku cakap tu. 

Sempat lah jugak aku promotekan this TF pada kakak aku, Along untuk dia makan, sebab sekarang dia preggy, bagus untuk bayi dalam kandungan, dan dia pun ada anak kecil. Anak dia asyik lah sakit, selsema, batuk dan demam. Senang berjangkit plak tuh, kalau sorang demam, semua jangkit sama. Then, bila akak aku nak beli juga, we all combine dan dapatlah satu membership Transfer Factor. Memandangkan aku bergiat aktif dalam bidang ECE, banyak juga pertanyaan dan soalan dari ibu bapa tentang HealthFood anak, baik dari segi meningkatkan kesihatan, immune, meningkatkan IQ dan macam-macam lagi, jadi aku bercadang nak gunakan nama aku sebagai ahli TF dan  Along aku pun setuju. Aku rasa ramai yang kenal aku akan tahu, aku hanya akan  berani promote sesuatu produk kalau aku dah guna dan dah rasai keberkesanannya sahaja. Kalau tak, memang tak berani nak cakap walaupun aku petah berkata-kata.:) 

Another sample book of TF. Kalau nak tau, dalam susu ibu pun ada Transfer Factornya sendiri. Sebab tuh baby kita akan ada immune badan sendiri bila mak dia susukan anak dgn susu badan. Sebab tu lah pakar galakkan penyusuan susu ibu especially bila anak baru lahir. Ada satu artikel aku baca, mat salleh lah nih, dulu2 sebelum dorang tau about TF capsule nih, memang rupanya dorang duk bg anak dorang yang sakit minum susu ibu due to the Transfer Factor yang ada dalam susu ibu, tapi ntah sapa2 punya lah! Adalah tempat khas dorang amik. Lupa dah kat mana. Just browse tru gitu jer masa aku baca kat tenet. Mat salleh katakan, bukannya dorang peduli pasal hukum "ibu susuan" kalau bg anak minum susu org lain. Dorang pun tak tahu tuh susu sapa yang punya. :) Hehhehe..Yg pasti susu ibu! 

Walaupun dah few months aku join as member, aku tak berapa mempromosikannya di blog sebab agak sibuk dengan perencanaan GBOB. Aku banyak promote secara offline jer, bila cust mintak consultation misalnya, baru aku akan bgtau kebaikan TF. Tapi, makin hari makin ramai pula ibu bapa yang suruh aku kongsikan kebaikan TF nih, termasuklah my bff kat Ipoh, si Eyna yang juga berkenalan dengan TF melalui Doktornya. Siap bgtau aku, yang kakak dia datang from KL, datang Ipoh semata-mata nak amik stok dgn Doktor tuh! Jauh kan? Tapi sanggup demi memastikan anak sihat selalu. Dan, apa yang membuatkan aku menanam tekad untuk mempromosikan TF ni di laman blog GBOB ini? Bila Eyna bgtau aku betapa TF telah membantu anak sulungnya si Aqeel dari menjadi BUTA! Terkejut beruk aku dengar beb! Takkanlah teruk sgt demam panas sampai boleh jadi BUTA! Seramnya. Eyna kata dia ada blog pasal perkara ni di blog dia masa Aqeel demam dulu, aku google2 dan jumpa entry nih. Rasanya inilah yang dimaksudkan Eyna dengan Transfer Factor. Bila Eyna tahu aku Consultant TF, suka betul dia, sampai dia nak buat Tesimoni pasal TF di blog dia untuk berkongsi sama kebaikan TF tuh. Siap masuk dalam FB dia! Korang tgk apa Eyna tulis ni!


Nampak tak apa yang Doktor tulis kat paket ubat tuh? ANTIBODY!!
Print screen tentang apa yang Eyna kongsikan di FB Wall beliau.

Dan lagi, ada juga Testimoni percuma yang saya dapat dari pembaca laman blog Genius Qarissa, yang juga memberikan anaknya TF Chewable dan katanya lagi, anaknya bijak kerana TF Chewable sememangnya membantu meningkatkan IQ anak. Ada clinical research yang sah tau! Bukan main pakai cakap sahaja.:)  Puas aku cari komen blogger tu, nak share dalam blog nih tapi tak jumpa plak. Sekarang kan aku dah tukar ke widget komen yg baru, so komen yg lama dah tak nampak. Try cari kat Dashboard tak jumpa plak. Banyak na komen sampai 1000++. Nanti kalau jumpa aku share kay. Masa tuh aku tak beli lagi Chewable nih, cuma pakai TF Adv dan Plus, tapi lepas dapat tahu pasal Chewable, memang dah simpan niat di hati nak beli dan bg Qarissa sebab dia dah pandai mengunyah.Ni dia TF Chewable nya, baru dapat terus amik gambar dan masuk kat FB! Suka sangat bila Q nak kunyah dan enjoy makan TF tuh, selalunya dia jenis yg susah nak makan apa-apa. :) Tu yg kurus melidi! Semoga anakku menjadi lebih bijak dengan bantuan Mummy, Daddy, TF dan yang paling penting, dengan izin Allah SWT! Amin..

TF Chewable untuk meningkatkan IQ anak selain meningkatkan immune tubuhnya.

Memandangkan TF ni sesuai di makan oleh ibu mengandung, ibu menyusu, ibu yg ada anak kecil, bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua, maka aku pun dengan rasminya ingin memperkenalkan TF ni kepada para bloggers yang rajin melayari laman web dan laman blog ini. Insya Allah, dari masa ke semasa, aku akan kongsikan kebaikan TF yang ada, apa produknya dan untuk penyakit apa. Syukur jugak, kerana my team yg i join nih - WINNERS Team, memang mementingkan Clinical Research aku rasa, no wonder dorang senang nak promote pada Doktor. Almaklumlah, Doktor nih kalau takder Research yg sah, memang bolayan beb! So, masa aku join tuh, memang dia bg sekali Clinical Research tuh pada ahli. Tapi, terus terang cakap lah kan, 90% mesti tak paham! Hahahah..Sebab kita bukan Doktor! Yang paham Doktor jer. Eekkekee.. Aku akan more fokus on ibu mengandung, ibu menyusu, bayi dan kanak-kanak dalam usaha memperkenalkan TF ni pada masyarakat sebab ia sangat sesuai dengan apa yang aku lakukan ini. Bukan kata orang tua, atau pesakit macam kanser, jantung dsb tak boleh beli produk ni dari aku tau ..ekekek.. boleh jer, cuma maksudnya entry aku akan lebih terarah pada kebaikan TF untuk golongan-golongan tertentu nih :) Sesuai lah dengan konsep GBOB itu sendiri. Jadi, aku juga akan buat label baru dalam blog ni iaitu label Transfer Factor di bhg More Info. So senang uols nak semak entry pasal TF ini. 

Ni pun My Mum makan. 

Dah panjang sgt rasanya aku bebel pasal jodoh aku dgn TF. Harap2, macam tuh jugalah panjangnya jodoh aku dengan korang dan GBOB yerk. Hehehe.. I better stop here sebelum korang tertidur dengan bebelan aku dalam bentuk tulisan ni. Jumpa lagi di entry akan datang.! Love uols! 

Sangat setuju dengan keratan akhbar di atas. Makan atau pakailah apa jenis mak bapak ubat sekalipun, kalau sistem immun tak terjaga, yang hado lah jawabnya .. (peringatan utk diri sendiri gak yg malas makan supplement)
 

post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading