Hari ni aku nak cerita pengalaman aku yang membuatkan aku rasa FAMEKids harus di gerakkan secepat mungkin. Semuanya bermula di Karnival 1nita akhir tahun lepas. Semasa aku bukak booth kat karnival tuh, aku jumpa dengan macam-macam orang. Ibu, bapa, remaja, kanak-kanak dan bayi. :) Aku seperti biasa yang korang kenal lah kan ..peramah sokmo! Hehehe..
Ada lah beberapa kes @ insiden yang berlaku yang buat aku menyedari sesuatu yang tidak kena. Apa yang dapat aku simpulkan yer? Hmmm..rasanya sesuailah tajuk kat atas tuh "Keterbukaan terhadap persepsi "Cacat" atau "Anak Istimewa". Bila aku dah mengalaminya sendiri, baru aku paham. Mungkin aku yg terasa sendiri kan, tapi kalau dah partner aku si Lyna pun rasa mender yang sama, takkanlah kebetulan pulak kan?
Camner aku nak ceritakan yerk? Ok, aku bg 2 contoh dan situasi yer. Harap-harap korang dapat menilainya dengan adil.
Mummy saya ajar saya salam guna tgn kanan. Mummy takmo saya malu dgn tgn saya. Mummy nak saya bangga dengan kurniaan Allah ni. Mummy kata saya dah cukup comel dan cantik bila besar nanti, lelaki tak sempat nak tgk tgn saya sebab dah tgk muka saya yang lawa nih, Ekekekek.. Betul ker?
Situasi 1:
Tengah-tengah aku bg brochure pada customer yang lalu lalang tuh, ada satu wanita berbangsa Cina yang tgk GBOB punya gambar-gambar Playgroup. Aku pun berborak & the conversationnya goes like this:
Aku: Hi Miss, this is our Playgroup Class. Miss X: Hmmm.. (muka nampak interested). Is this for normal kids?Aku:??? Yes, Maam, It is. (pelik sket pastu terus tersenyap) Miss X: (Menganguk-angguk)Aku: Why Maam? You have special baby at home? Miss X: (Diam tanpa komen dan teragak-agak)Aku: Maam, You have special baby at home? My baby also special. She has no bone at the right hand. This is her (sambil menunjukkan video Zayra yg terpasang di Lappy sedang "membaca" ketika usia 5 bulan)Miss X: (getting excited, terus ke Lappy utk tgk Zayra dan menyambung perbualan) No, not mine, my sister child. Bla..bla bla .. (terus berborak pasal condition baby, camner leh jadi gitu sampailah akhirnya bertukar nombor bila aku kata aku plan nak buat FAMEKids dan ajak sis dia datang join bila dah launch nanti).
Situasi 1:
Aku tengah makan di sebalik baju Nursing Kurung Bling Buubies, ada seorang kakak yang leka melihat aksi Zayra di Lappy. Rasa bersalah, aku terus bangun dan meminta maaf sambil berborak dengannya.
Aku: Sorry kak, tengah makan.Miss Y: Eh, takper, takper. Saja akak tengok-tengok.. bijak budak nih!Aku: Terima kasih. Anak saya tu kak. Anak kedua.Miss Y: (Terkejut!) Anak u? Pandainya dia. Dia memang tahu baca?Aku: Alhamdulillah, bolehlah identify the words. Ni masa umur dia 5 bulan kak. Sekarang dah 8 bulan. Miss Y: (Muka gembira) OOhhh.. Pandai yer dia?Aku: (Senyum sambil terkenang Zayra kat umah, pastu kepoh-kepoh terus cakap dengan bangga..) Terima kasih, anak saya special baby kak!Miss Y: (Muka lebih terkejut!) Hah? Special baby? Aku: Ah ah kak, cuba akak tengok tangan kanan dia dalam video tuh, tangan dia takder tulang tuh kak! (stok cakap ala-ala macam "kepala dia takder rambut tuh kak.." Hahhhaha)Miss Y: (dengan segera melihat video) Ohhh...aah aah lah..(sambil angguk-angguk kepala) Hmmm..anak akak pun special kid. Aku: (pulak yang terkejut + teruja!) Iya ker? Special dari segi apa kak?
Dan teruslah conversationnya berlangsung seperti yang biasanya berlaku. Kenapa, Bagaimana, bila dapat tahu dan sebagaimana biasa layaknya orang bertanya soalan pada aku ..:)
Now aku nak tanya pendapat uols, apa yang sama dalam kedua-dua situasi di atas? Setuju tak kalau aku kata, kedua-dua Miss X & Miss Y mula membuka cerita pasal kisah anak istimewa masing-masing HANYA SELEPAS aku menceritakan kepada mereka yang aku ada anak istimewa. Aku rasa sangat yakin yang jika aku tidak bercerita mengenai Zayra, mereka tidak akan membuka cerita langsung berkenaan hal ini.
Saya pun boleh menaip guna kedua-dua tgn, tapi skang tgn kanan belum sampai lah..Tunggu saya besar sikit okeh!
Kedua-dua situasi di atas membuat aku berfikir panjang? Kenapa yer jadi begitu? Harus aku akui, ini merupakan kali pertama juga aku berhadapan dengan masyarakat dan menceritakan tentang Zayra secara terbuka, dan aku agak suprise juga bila berhadapan dengan situasi begini. Memang aku agak terasa perbezaannya, jadi aku muka berfikir dan maacam-macam yang terlintas di fikiran aku: Mengapa yer? Sebab malu ker? Sebab takut masyarakat memandang rendah ker? Sebab takut orang mengata dan menghina ker? Sebab tak mahu dikata meminta simpati masyarakat ker? Sebab tak mau membuka rahsia yang cuba di simpan ker? Sebab tak suka bercerita pada orang yang tak dikenali ker? Sebab tiada apa yang hendak dibanggakan ker?
Power kan saya guna tangan kanan nak tampung berat badan saya yang gebush nih! Saya memang hebat tau!
Macam-macam soalan yang aku cuba jawab tapi satu pun tak terjawab. Sebabnya, aku pun tak sampai hati nak tanya pada kedua-dua Miss X & Y tuh kenapa dorang tak bukak cerita pasal anak masing-masing sebelum aku tanya. Kedua-dua Miss X & Y yang aku jumpa tuh rasanya bukan blogger, so maybe keterbukaan mereka terhadap persepsi "cacat" atau "anak istimewa" itu berbeza dari kita yang rajin dan gigih berblog ni kot? Mungkin..entah ..I really have no idea.
Saya dengan Kak Long saya. Kak Long saya nampak jer Otai, tapi saya yang selalu buli dia, kengkadang dia hangin dia pulak buli saya. Masa ni Kak Long leka tarik bibir dan saya leka makan tangan takder tulang!
Mungkin di entry ini, sesuai aku ajukan pertanyaan dan meminta pendapat ibu-ibu yang ada anak istimewa. Adakah anda cukup terbuka dan bersedia memberitahu masyarakat di luar sana, yang anak anda istimewa, sedikit berbeza dari orang lain, jika anda bertemu sesiapa secara 4 mata? Maksud aku, bukan di blog. Mungkin kita di blog secara sukarela dan suka hati nya menceritakan tentang anak istimewa kita, tetapi apa yang aku nak tahu adalah apabila kita berhadapan dengan masyarakat luar. Orang baru, orang yang tidak kita kenal. Strangers. Mungkin berborak2 biasa pada awalnya, tetapi kita dengan sempoi dan selamba serta bangga memberitahu tentang anak istimewa kita kepada mereka bila kena pada pointnya. Cara kita beritahu mereka tuh pula menunjukkan yang kita ini ok, redha dengan ketentuan Allah, dan berbangga kerana di pilih Allah menjadi ibu pada anak istimewa, dan bangga yang anak kita adalah cth "SURVIVOR" paling hebat yang wujud di muka bumi ini. Macam mana kita bangga ada anak yang nomal, macam tu lah kita bangga bila kita ada anak istimewa. Tiada bezanya. Hmmm..nak sangat tahu pandangan kawan-kawan. Tinggalkan komen yerk?
Saya dah pandai memanjat dan berdiri di katil. Memula pakai tangan kiri jer, tapi Mummy tuh asyik bising pastu suka bebel jer.. Suruh saya pakai jugak tangan kanan dan Mummy kata JGN MALAS. Jadi sekarang saya dah rajin sebab tiap2 hari Mummy stimulate telinga saya! Isk isk iskk..
Di sebabkan situasi yang berlaku dan rasa pelik yang menyerang diri inilah membuatkan aku merasakan yang aku perlu menggerakkan FAMEKids secepat mungkin. Aku secara peribadi merasakan yang masyarakat Malaysia masih lagi tidak begitu TERBUKA terhadap persepsi "CACAT" atau "ISTIMEWA" ini. Memandangkan aku hanya berpeluang berjumpa dengan ibu dan makcik pada anak-anak istimewa ini, jadi aku tak dapat nak bg komen pada mereka-mereka yang "istimewa" yang sudah besar dan akil baligh di luar sana. Jadi pendapat aku tentang "Malaysia masih lagi tidak begitu TERBUKA terhadap persepsi "CACAT" atau "ISTIMEWA" ini" adalah khusus untuk sesiapa yang ada anak istimewa. Dan aku rasa, kalau aku ada kuasa, aku nak ubah persepsi tu.
Ha, saya pun tgh cuba-cuba pegang pensil. Tapi tgn kanan mmg tak leh pegang ah kan. Mummy suka sebab dia kata dari dulu dia teringin nak dapat anak kidal. Dia syukur sebab dapat saya yang sah-sah akan kidal. Ekekek.. Saya kan mmg anak yg bertuah. Tapi Mummy risau bila saya gurau-gurau ngan kakak, main tarik2 tangan. Mummy takut tangan kiri plak hilang..ekkeke.. Apa lah Mummy nih ..kuat merepek kan anty??
Aku nak semua ibu bapa bangga dengan anak masing-masing, Bukan setakat hanya menunjukkan rasa bangga di depan anak, di dalam blog atau di FB, tetapi melakukan perkara yang sama ketika berhadapan dengan masyarakat luar yang mereka ketemu. Aku nak mereka luahkan dan ceritakan pada orang ramai yang mereka jumpa, tentang anak mereka tanpa rasa prejudis, tanpa rasa malu atau rasa teragak-agak memikirkan apa yang orang lain akan fikirkan terhadap anak mereka. Aku nak mereka yakin sepenuhnya dan menceritakan bagaimana hebatnya anak mereka berjuang untuk hidup dan apa yang telah anak kecil itu lalui dari bayi hingga umurnya sekarang. Apa yang anak mereka telah capai, yang membanggakan kita selaku ibu bapa dan mungkin juga mereka diluar sana. Biar orang semua tahu betapa hebatnya anak kita. Biar semua orang tahu betapa berjayanya anak kita mengharungi kehidupannya. Biar orang yang mendengar itu malu pada diri sendiri jika mereka yang normal dan sudah tua itu masih gagal mengemudikan bahtera kehidupan masing-masing dan menyalahkan takdir, menyalahkan orang lain dan menyalahkan Tuhan masing-masing tanpa rasa malu, tanpa rasa mahu berusaha mengubah kehidupan @ menyelesaikan masalah masing-masing menggunakan akal fikiran yang telah Allah bagi pada mereka.
Semoga melalui FAMEKids ini, cita-cita aku akan termakbul. Amin.
Sedapnya gula-gula nih .. Macam mana nak bukak nih? Tak boleh pun ..masuk mulut terus boleh tak? Hu hu. Mummy kata dia baru terfikir yang mungkin saya tak boleh bukak plastik gula-gula by my own. Tapi Mummy positif. Dia kata, pepandai ko lah nak..mesti boleh punya! Senang jer mulut Mummy cakap macam takder apa2 jadi jer tau. Saya rasa cam nak kecik hati tapi saya tahu Mummy saya nak saya kuat, nak saya positif dan cekal, jadi dia latih saya dari baby. Lagipun Mummy kata dah besar nanti mesti ramai kawan-kawan saya yang cantik mantik dan kacak macak nak tolong bukakkan gula-gula untuk saya. Tak payah minta tolong, dorang sendiri offer diri. Ekekekek.. Betul ker? Yokoyo lah Mummy nih! Saya akan pastikan saya boleh jugak!
No comments:
Post a Comment