Ingat tak entry yang saya janji nak kongsikan minggu lepas? Tentang apa yang kawan saya tag saya di laman Facebook? Hari nih saya nak kongsi kan apa yang kawan tulis di notesnya. Dia malas nak buat entry kat blog dia, jadi dia buat notes sahaja. Tak kesahlah, janji ia memberi manfaat pada semua. Kan Eyna kan! Hhehehe..
Saya rasa isu yang akan diutarakan di sini mungkin ada yang akan buat sesetengah para ibu;
- Sentap tak tentu pasal
- Hangin jer sebab terkena batang hidung sendiri. Rasa nak lepuk jer kawan aku tuh!
- Tergelak sebab rasa kelakar
- Tersenyum
sumbingkambing sebab rasa "Hhehehe..macam kena jer citer ni ngan diri aku?" - Sokong 100% pendapat kawan saya itu! Memang betul sungguh apa dia tulis nih tau!
- Rasa nak buat satu entry plak dekat blog sendiri pasal isu yang sama! Ekekekek....
- Kata dalam hati "Ada aku kesah? Aku nak cantik aku punya pasal lah! Aku takmo nenen aku londeh! Tak paham2 ker ha! Kang kalau dah londeh sapa nak jawab ha????"
Tak kesah lah korang berada di nombor berapa pun di kedudukan di atas, atau mungkin ada nak tambah situasi sendiri ker kan..hehehe.. apa yang boleh aku cakap. Korang nilaikan lah entry ni dengan hati terbuka tanpa rasa prejudis ok. Yang mana perlu didahulukan, yang mana perlu dikemudiankan. Atau bagi yang berduit, isu ni mungkin hanya picisan, beli dua-dua sudaaaaaa.. Apa ada hal kan? Satu untuk nampak cantik depan suami, satu untuk dapat berkasih sayang dengan anak dan dua-dua dapat pahala. Tapi kalau pakai korset nak nampak cantik kat opis utk lelaki lain tgk...heehe..sendiri jawablah dengan Allah yer noksss.. Ahcik takmo campur! Wakakakaka.. Ok, di bawah ni Notes di FB kawan saya..:) *saya betulkan sedikit ejaan yang silap atau colorkan perkataan penting ikut suka saya .. hehehehe.. tapi tak ubah apa2 yang dia dah tulis tau!
***********************************************************************
Sebelum membaca perlu korang ingat note ini tiada kaitan dgn ibu2 yg dah berusaha menyusukan anak tetapi tidak berjaya...
Saya terpanggil untuk menulis note ini kerana ada perasaan utk saling ingat mengingati sesama ibu-ibu. Selain itu mungkin kerana tidak berapa setuju dengan pendapat seorang rakan yang mengatakan membeli Breastpump itu mahal jika dibanding dengan corset yang baru dibelinya. Sebenarnya saya menerima panggilan telefon drp seseorang, juga yang melahirkan anak lebih kurang tarikhnya dgn saya. Pn. X telah menyatakan bahawa dia telah pon membeli sepasang corset yg berharga "*K!!" untuk kelihatan KURUS sebelum naik opisss. Hmmm.. terus sy ty padanya.. "Tak susah ker pakai corset nak pam susu nanti??" Jawabnya "Tak laaa..senang jer tak susah.. lagi pon corset ni membanyakkan susu kauuu.!!".. Oh, dalam hati saya bagus laaa pakai corset boleh banyak susu.."So nanti naik keje tak susah laa kau .. sebab stok susu ko mesti dah banyakkkk kan..". Jawabnya ..."Taklaa aku tak stok pon.. lg pon aku pam pam takmo keluar. malas aku nak pam! aku bg baby direct jer!!"....(Nak jer aku ni ckp .. apa laa punya emak td kata susu banyak mencurah-curah sbb pakai corset tu so.. pelik naper tak nak stok susu??) Hmmm...tiba2 dia tanya saya "Ko tak nak pakai ker corset nihhh???.. Beli ngan aku laa.. bagusssssss aku baru pakai seminggu dah KURUSSSSSS"....
Ehem... dlm hati saya nak jer cakap.. aku ni gemok sangat ker?? dan dlm hati sy dah agak dia sebenarnya hendak mencari 'client' haha.. tapi sy jawab, "Tak nak laa.. lagi pon aku dulu BF Aqeel pon aku dah ilang beribu2 lemon kg..kang aku pakai corset lagi bersilang pangkah tulang rusuk aku!! Haha lagi ponn aku nak menten mcm ni..tak terpikir pon dlm otak aku ni nak kurus hehe.. yg aku pikir mcmana nak menten berat sekarang! " :D .. tiba2 dia ckp ... "Ooo ko punya stok dah banyak ker??" then bila sy ckp dah banyak and boleh support sehingga Aryn berumur 4 bulan.. member mula terkerjuttt dan tanya "Pam brand apa yg ko pakai.. harga berapa???" saya pon terangkan pasal pam tersebut dan harganya (iaitu lebih kurang SATU PER-EMPAT dari harga corset dia) dan tiba2 dia kataaa "MAHALLLLLLLLLNYAAAAAAAAAAA".. hahhh?? Bg sy itu tidak mahal . Saya invest utk masa depan anak saya!!!! Mungkin dia lupa dgn penyusuan badan yg berterusan boleh munguruskan badan malaaahh menjauhkan ibu dr breast cancer dan cancer ovari!!.Jika dibandingkan dgn corset dia.. yg dia kata mampu menghindarkan cancer dgn adanya "infra red!" dan segala tok nenek punya kaler infra !! :p.. Ok fine.. tp dia lupa BF ini caranya lebih ASLI dan tiada kesan tindak balass.. InsyaAllah..
Sebenarnya hendak seribu daya betul tak?? Untuk ibu-ibu yg baru melahirkan... rebut laa peluang ini masih belum terlewat.. saya harap sangat-sangat kawan saya itu dapat berfikir lebih *WARAS* dan meng-invest duit dia ke pilihan yang lebih bermakna!! :D. Nak jer BEBEL panjang pd dia...
1) Ko tak rasa kesian ker tgk orang lain susu anak tp ko dah siap2 letak target "Aku maybe susu anak aku sampai 4 bulan jer kot.. or 6 bulan jer kot.. mcm tak boleh laa..susu tak kuar!!" Weh NIAT itu PENTINGGGGGGG.. kalau awal2 niat tu dah setakat itu mcmana nak sampai ke 2 tahun!! Tiada susu dan badan GEMOK bukan alasannnn.. Aku yg kurus seikat kangkung ni pon boleh kenapa ko tak boleh??? (FYI Aqeel tu dia stop menyusu badan dengan aku sewaktu umur dia 2 tahun 10 bulan!! Itu pon doc yg suruh stop sebab aku peknenkan Aryn).. Yang ko ikat perot semata-mata untuk kurus tu naper? Sedangkan anak itu lebih memerlukan zat-zat dari ibunya????
2) Tak sedih ker tgk anak tu terkulat-kulat pandang kita time ko nyusu kan dia.. and tetiba ko stop pastu bagi dia susu formulaa???... BF tuuuuuu merapatkannnnn IBU dan ANAK tauu.. sangat-sangat.. ko tak nak ker anak tu rapat dengan kau??
3) Ko tak tgk ker zaman skarang ni budak yg dah mcm2 spesis dan 'peel' wujud yg tak boleh nak dikawal.. hasil dr susu formula tuu?? Tak nak ker tgk anak tu jd manusia dari SUSU MANUSIA??
4) Breastpump yg ko kata mahal tuuuuu jauh lebih murah dari pada susu tin yg ko akan beli setiap bulannn.Silap2 dalam setahun harga susu yg ko beli tu 3 biji breastpump yg BAIK!
5) Tak rasa rugi ker...dengan peluang yang ada.. PELUANG ni DATANG SEKALI jer tau. Yer hanya SEKALIII.. umur anak tak mungkin berundur.. semakin hari semakin besar...curi laa masa 2 tahun ni.. untuk menyusu sambil merapatkan kasih syg ibu n anak... :) Rugiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....
6) Jangan laa bg alasan... umur baby tuu baru 2 bulan BELUM terlambatttttt.. Mmg belum terlambat untuk ko menyusukan diaaa.. maksud AKU MENYUSU SECARA EKSKLUSIF!!.. Ada caranya untuk tambah susu.. letak tepi laa dulu 'corset mahal ' tuuuuu jangan ikat perot untuk kurus kerana anak!!!..Yg penting jaga kesihatan. Kalau rasa nak KAYA or tambah rezeki dgn jual corset.. pendapat aku la kan.. better tumpu kat baby ni duluuuuuu... ANAK itu REZEKI dari ALLAH... selagi dia masih ada ko jagalah sebaiknya.. Jangan nanti ko leka.. ALLAH AMBIL ANAK KO SEMULAAA.. ko menyesal.. masa tu dah TAK BERGUNA...
Sekiann..ko buat laa pilihan dan investment yang BIJAK!!..Note ni tiada kene mengena dgn ibu2 yg x dpt bf bb atas sbb kesihatan dsbgnya ;)
-hanya mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan- ;) Dan nak budak ni baca sebenarnya!!.. xoxo
***********************************************************************
So apa pendapat anda? Hmmm.. pendapat saya? Dah pun saya jawab kat wall FB dia secara giler2. Saya kan memang giler giler-giler orangnya! Jadi, pendapat saya untuk entry kali nih, di blog ini ..Adalah ..jeng jeng ...
*
*
*
*
*
*
*
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KER "MOM'S DAY OUT" @ BLING LUSTRE PADA 29 JANUARI 2011 NANTI & BERJUMPA SENDIRI DENGAN PUAN FARAH FARHAN DARI SARAKIDS UNTUK MENDAPATKAN TIPS-TIPS DAN NASIHAT-NASIHAT BERGUNA DAN BERILMIAH TENTANG SUSU IBU! :) :D KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT!
* bukan Puan Farah Farhan jer yang ada tau! Ramaaaiiiii lagi ..siap ada bidan bersalin Kak Engku lagi yg akan bg talk pasal penjagaan lepas bersalin! Hehehhehe...
2 comments:
mcm sial...shallow...tak smua org xnk menyusu sbb ramping..
mcm sial...shallow...tak smua org xnk menyusu sbb ramping..
Post a Comment