Pergh! Buat pertama kalinya, saya terpaksa meng "copy paste" apa yang ditulis oleh rakan niaga saya, Mommy Lyna, secara bulat-bulat tanpa sempat "membebel" seperti kebiasaannya pasal Program Breastfeeding Day ini. Serius saya makin sibuk, ditambah pula maid saya yang setia dan bagus dah balik kampung hari Selasa, dan maid pengganti yang ada masih lagi lemau selepas 3 bulan berlatih, membuatkan hidup saya terkejar-kejar sikit. Nak tinggal anak kat rumah dengan dia pun saya tak percaya. Adoi.. Ntah sampai bila lah agaknya nih ..saya pun tak tahu ..:( Sebab tu lah nak update blog pun, hampir tiada masa. Saya sibuk nak siapkan Program2 Playgroup sebab dah ramai mak bapak yang tanya dan bising2 juga. Insya Allah, kelas Level 3 akan bermula awal bulan 4, iaitu pada 9 April 2010. Dan saya juga akan merombak kembali waktu kelas untuk Level 1,2 dan 4, saya akan mengumumkannya kepada semua apabila tiba masanya nanti, Insya Allah.
Maafkan saya kerana sedikit terlewat mengumumkan tentang Breastfeeding Day ini, tapi rasanya kalau siapa nak join masih sempat. Hari Ahad nih, pukul 9 am - 1 pm. Insya Allah, kalau tiada aral melintang pukang, saya akan jadi Emcee lagi kot .. hehhehee.. So, sapa nak datang, leh call watie ok.. atau call terus Kay di 016 3222760.
******************************************************
Scriptory Box menempatkan galeri penyusuan susu ibu, dan menampilkan antaranya baju-baju khas untuk ibu menyusu, Bling Buubies. Kami menganjurkan satu program ala kelas penyusuan yang interaktif, khas buat Ibu Bpasa dan bakal ibu bapa. Program ini dinamakan Breastfeeding Day (Hari Penyusuan Susu Ibu) yang dianjurkan oleh Bling Lustre.
Program ini pastinya lebih menarik kerana:
- Kehadiran kaunselor laktasi LELAKI yang pasti memberi lebih pendedahan tentang penyusuan kepada kaum bapa.
- Kehadiran seorang tetamu istimewa yang akan berkongsi perasaan dan pengalamannya tentang penyusuan ibu.
- In person dengan kaunselor laktasi bertauliah bagi menyelesaikan masalah anda.
- Jualan pelbagai produk penyusuan dan demo pam susu.
Majlis bakal diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh para pemenang My Bling Moment : Breastfeeding.
Hari Penyusuan Susu ibu di Scriptory Box juga adalah titik tolak kepada kumpulan sokongan penyusuan ibu yang sedang dijalankan.
Daftarlah hari ni di www.scriptorybox.com dan jadilah peserta terawal untuk menikmati diskaun yuran penyertaan.
Yuran penyertaan : RM80 satu pasangan (jika datang bersama pasangan). Digalakkan membawa anak/bayi.
Pembayaran dan pendaftaran boleh dibuat di www.scriptorybox.com
No comments:
Post a Comment