Wednesday, March 2, 2011

Memperkenalkan Duta Rasmi GBOB!


Heheheh.. Tajuk gempak tak hengat! Poyo jer Watie nih! Eekkeke.. Niat di hati memula nak gak cari Duta Rasmi GBOB, tapi sudahnya saya  rasa yang terbaik untuk jadi Duta Rasmi GBOB anak-anak saya sendiri iaitu Qarissa & Quzayra dan mungkin juga anak-anak yang bakal lahir akan datang. Eekekke.. Sebab nya mudah, kalau tidak kerana anak-anakku yang tersayang ini, takkan lah wujud Genius Baby On Board di muka bumi ini! Seriously!! Its all because of my children, sebab tu lah tertubuhnya GBOB. Dan saya percaya, apa sahaja yang kita buat ikhlas demi untuk anak dan keluarga, Allah SWT akan merahmati perjalanan dan memudahkan segala-galanya. Just like Dr Titzer, apa yang beliau lakukan? Mengeluarkan produk khas untuk mengajar bayi membaca, semuanya bermula kerana anaknya, Aleka. Dan kini, produknya terkenal di seluruh dunia! Walaupun anak beliau dah pun masuk Havard, video beliau dah agak oldies terutama warnanya, tapi masih lagi kita gunakan kerana kaedahnya yang berkesan. Begitu juga dengan Mr KL Wong, yang juga mengeluarkan produk Little Reader, kerana anaknya Felicity, dan kini makin ramai ibu bapa menggunakan Little Reader sebagai alat bantu mengajar bayi mereka membaca. Malah GBOB selain ADH Brillkids merupakan pengedar produk ini di Malaysia. Alhamdulillah, happy sgt dapat kongsi produk yang baik di Malaysia dengan semua para ibu bapa yang cintakan ECE.


 Qarissa my genius model!

Both of them, Dr Titzer dan Mr KL Wong menggunakan anak masing-masing sebagai contoh terbaik membuktikan pada dunia yang bayi sememangnya genius, dan itulah juga yang ingin saya lakukan. Menggunakan anak sendiri untuk membuktikan bahawa dengan bimbingan berterusan, dengan permainan stimulasi yang sering dilakukan, segalanya mungkin. Bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk, sedikit pun tidak terniat di hati saya begitu, kerana apa yang lebih penting bg saya ialah mengubah minda ibu bapa terhadap ECE. Hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya saya apabila hari demi hari, saya menerima msg, sms, komen dan video dari para ibu bapa memberitahu perkembangan anak mereka yang sangat positif selepas menerima consultation dari saya, menggunakan produk yang saya syorkan dan selepas menghadiri Seminar saya. Tidak sabar untuk saya dengar komen para ibu bapa yang datang bengkel dan kemudian mengaplikasikan kaedah yg diajar pada Bengkel tersebut terhadap anak mereka. :) Apa hasilnya yer? Sudah pasti positif dan memberangsangkan! :) 

Both of my babies..will always be my babies..!

Video ini di ambil around 1 am! Yer, kul 1 pagi dan si Qarissa nih masih lagi "tergila-gilakan" Little Readernya. Percaya tak kalau saya kata, sometimes pukul 2 am Q boleh bangun tidur dan mengigau mintak Little Reader sampai menangis-nangis!! Mau tak tensen me & hubby! Bangun pagi, terpisat-pisat dia turun katil, muka dan rambut masih serabai, gi depan Lappy dan sebut Little Reader!! Pepagi buta, datang dekat saya, saya kemain peluk, say good morning, kiss and hug bagai... suruh dia peluk dan sayang saya (which she did) dan bila saya kata, "Do you love Mummy?". Apa dia jawab? dengan muka toya, "LITTLE READER!" Caittttt!  Ni apa kes nih??? Memang rasa nak hangin dan marah jer tau, tapi saya pikir sebab dia dah addicted sgt dengan LR, dan dia anggap tu mainan dia, saya sabarkan hati jer. Malah, saya "tegur" diri sendiri yang sometimes tersasar jugak, saya sepatutnya bersyukur sebab anak saya suka pada permainan yang mendatangkan faedah dan bukan permainan yang bukan-bukan!

Model saya yang gediks! 

Dan video ini juga membuktikan bahawa tidak kira apa jenis font, bercampur antara huruf kecil atau tidak, bewarna-warni atau satu warna, ia masih lagi boleh dibaca dan difahami oleh anak kecil saya, seterusnya menidakkan apa yang dipercayai dan diamalkan oleh pihak lain. Kalau siapa pernah baca entry saya bertajuk, "Padanlah Anak Kita Lambat Baca!", saya ada memberitahu tentang seorang kakak yang mendengar presentation saya tentang LR, katanya, mereka tidak dibenarkan tunjuk font yang berbeza pada student, tidak dibenarkan tunjuk warna selain merah, hitam dan putih pada student. Tidak boleh tunjuk huruf besar kerana takut mengelirukan kanak-kanak genius tersebut. Hmmm..saya personally rasa apa yang dipercayai itu really insult the genius student tau! Memalukan bila kita underestimate kemampuan otak bayi dan cuba membandingkan dengan otak kita yang kononnya bijak pandai nih. Saya tak salahkan akak tuh pun, beliau hanya mengikut arahan, jadi saya rasa yang membuat arahan tu lah yang patut memperbaiki semula struktur pengajaran mereka apabila buat program untuk pihak Taska atau Tadika ni. Haruslah tukar kalau silibus tuh zaman 80an punya atau mungkin 90-an punya yang dah tak relevan atau tak sesuai lagi, haruslah disemak kembali. :) Itupun kalau kita nak anak-anak ini setanding dengan anak-anak negara luar yang maju :)  Oklah, takmo bebel panjang2, meh kita layan video nih jom!


Qarissa Read Genius Baby On Board & Say Welcome to uols! :) 


post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading