Monday, August 1, 2011

Bebelan Panjang Selepas Ketiadaan Maid!


Rasanya semua dah tahu yang sejak 4 bulan lepas, aku memang maidless, after Nor balik kampung, dan maid yang ganti lari 9 hari lepas Nor balik, then adalah dapat 2 maid baru yang memang tak bagus dan takleh buat kerja, so hantar  balik pada agen. Sejak 4 bulan lepas, so many things happened in our life, boleh dikatakan totally change sebab sebagai suri rumah + business woman, its not easy to handle and its a challenge. Kenapa aku cakap suri rumah? Yerlah, aku kan tak htr my Q's to nursery, aku jaga sendiri at home, at the same time aku masih buat bisnes whereby I need to go to the office every weekend for my Playgroup classess. Memang situasi ini sangat tough di permulaannya, but getting better over time. Lucky me sebab ada mak yg boleh bantu untuk tengok my kids during weekends time aku ke ofis. 

Sekarang nih, hidup aku macam ala-ala nomad zaman moden lah kekdahnya. :) Berulang alik dari rumah ke pejabat dan kemudian ke rumah kakak di Kajang setiap minggu. Dan aku rasa situasi ini dapat menjawab mengapa blog ini seakan-akan sepi tanpa berita. Memang aku jarang sungguh dapat update blog lately kerana hari biasa, aku sibuk menguruskan anak (yer, saya sungguh respek dengan suri rumah kerana ianya kerja tanpa henti 24 jam!) dan program Playgroup yang mungkin akan dibukukan dan dijual kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan niaga Genius Baby On Board, dan hujung minggu pula, Sabtu & Ahad, kelas Playgroup aku penuh. Memang masa 24 jam itu tidak pernah cukup untuk aku melakukan semuanya walau bagaimana baik pun aku cuba menguruskannya. :( Kerana itu, aku terpaksa korbankan blog ini buat sementara waktu kerana keluarga & Playgroup memerlukan aku lebih dari blog di saat ini. :) Jika ada masa terluang dan berkesempatan, aku akan update this blog dan berkongsi dengan semua as usual.Sekarang tengah belajar2 hapdet blog tru Ipad, masih terkial2 tapi harap2 akan biasa tidak lama lagi, tak banyak sikitt, bolehlah hapdet blog juga time-time menenen Zayra kan? Hehehe...

Insya Allah, selepas raya, after maid sampai, this situation akan reda sedikit. Seriously, aku akan merindui situasi sebegini kerana dah terbiasa. Orang kata, alah bisa tegal biasa kan? Aku seharusnya bersyukur dan melihat secara positif kerana hidup tanpa maid menyebabkan aku lebih memahami tingkah laku kedua-dua anakku dengan lebih mendalam, setiap saat dengan mereka menyebabkan aku  belajar banyak perkara. Ada banyak hikmah yang aku lihat dalam tenpoh 4 bulan ini. Mula2 dulu, susah betul Qarissa nak accept yg ayahnya pergi kerja. Dia macam ketakutan mungkin sebab ketiadaan Nor yang pada dia pergi secara tiba2, jadi Qarissa macam takut yang Daddy akan tinggalkan dia. Dia punya mengamuk Ya Allah... Tuhan jer tahu apa rasanya hati aku ni tengok! Dari terkejut, marah, kesian, sedih, sudahnya sampai dah takder perasaan! Sampai satu tahap, aku hanya tengok dan kata, "Ok.. she will stop crying 1 hour from now!". Serius memang tough, but alhamdulillah, I managed to go through it. Now Q & Zayra dah faham bila aku kata "Daddy work, Mommy ada to take care of you", atau "Mommy & Daddy work, Nenek will take care of you".  Both Q's understand dan tak lah menangis macam dulu lagi. Walaupun ada sedikit rasa risau, sebab umah akak aku tuh besar tak hengat, dan selain Q's , my mum tolong tengok2kan juga anak kakak aku yang kecil. Danisha &  Dayyan, tapi alhamdullillah, so far so good. :) 

We can't win everytime kan, so the saddest part in me is that, both of my Q's jarang dapat datang my Playgroup class coz nobody can help me take care of them while I'm teaching. Kalau sebelum ni Nor jaga di bantu oleh hubby, sekarang cuma ada hubby sorang, dan both Q's sangat manja dengan Daddy. Adik dah pandai jeles dan nampak Daddy pujuk kakak, dia pun nak ngendeng sama, and my hubby terkenal dengan sifat lemah lembut dengan anak, sometimes memang he dont know how to control the situation if both Q's cries atau need attention at the same time. Hahahah.. selalunya hubby kena kerja  on weekends, so memang anak2 tak dapat join sama. How ironic is that? Mak buat Playgroup so that anak boleh happy main sesama ngan kawan, tapi sudahnya, anak duduk umah nenek! Hu hu .. Sepanjang 4 bulan nih, dapatlah my Q's join 3-4 kali jer kot, bila hubby cuti. Tu pun tak bawak dua-dua, bawak salah satu, sebab pernah bawak both, then kakak mengamuk nak Mommy while Mommy was teaching, adik ngah tidur kat dada daddy, kakaknya mengamuk sakan! Pening Mommy & Daddy..:)

Tapi aku still look at the positive side, kat umah my sis ada anak-anak dia dan adik aku. Dalam 6 orang termasuk my Q's. So they can spend time & play together. Ia membuatkan my Q's sangat rapat dengan sepupu dia yang sebelum nih hanya dapat jumpa seminggu atau 2 minggu sekali, itu pun tak lama. Both Q's dah kenal dan pandai sebut nama Pak Tam, Kak Dania, Abang Danish, Caca, Dayyan, Atok, Nenek, Mak Long & Pak Long. Uncle Tom, Aunty Nana pun dorang dah pandai sebut dan tahu they're family. I'm happy with that. :) Dan setiap hujung minggu bersama keluarga dan anak-anak kakak, melalui pemerhatian aku dan keluarga, aku dapat lihat tingkah laku Qarissa agak berbeza dari sepupu-sepupu dia. In terms of speech & behaviour. She's a late talker walaupun she can read at very early age, I noticed that before, cuma tak lah begitu ketara, maybe sebab Q  anak sulung, so we thought its ok, tambahan lagi memang Q punya gen banyak ikut Daddynya. Dari muka sampailah perangai, lebih kurang jer. Daddynya pendiam dan hanya cakap bila perlu berbanding Mommy yang becok, so memang ketara Q ikut Daddy. Hehehe. 

Tapi, apabila Zayra yang berumur setahun sudah pandai "bercakap", dan bukan setakat bercakap malah membebel dengan jelas, aku sebagai ibu dah mula worried dengan perkembangan Qarissa yang "kurang bercakap". Sememangnya bila dah ada 2 anak yang umurnya tak jauh beza, ia sangat membantu untuk para ibu bapa membandingkan perkembangan fizikal dan mental anak-anak, its easy for us to make comparison, so that we can alert anything unusual more faster. As for Q, aku perasan yang Q hanya akan cakap bila perlu dan bila dia nak sesuatu, maksudnya, Q tak berborak atau bertanya soalan macam kanak-kanak sebaya lain yang aku tgk kemain becok borak ngan mak dorang. :) Bila aku berborak dengan parents lain yg aku jumpa, ramai juga yg kata no worries, Q baru masuk 3 tahun, eventually, bila tiba masanya, anak kita akan bercakap non stop! Anak mereka ada juga yang begitu but later on, they start to talk. Ada juga yang kata baguslah, cakap bila perlu jer, nampak Q pun macam good toddler, tak banyak kerenah dan pandai bawak diri , but for me, of course aku nak ada conversation yang lebih panjang, apatah lagi bila tengok Zayra yang kuat membebel. :)

As for my sis, bila dia bersama Qarissa @ home, katanya Q seolah-olah berada dalam dunianya sendiri. Dia tak peduli sangat dengan orang sekeliling kerana sibuk "berlakon" apa yang dilihatnya di dalam VCD terutamanya Charlie & Lola.Semua watak dia nak pegang! Yes, Charlie & Lola is very good, melaluinya kerja memberus gigi Qarissa menjadi sangat mudah dan Q pun suka pakai seat belt bila naik kereta, tetapi apabila dia asyik bermain dengan "imaginary friends" nya, ia sesuatu yang perlu diberi perhatian. Bagi orang yang tidak melihat Charlie & Lola, memang tak paham apa yang dilakukan Q, tapi as for me yang menonton bersama, aku tahu itu adalah lakonan semula Q tentang apa yang dilihatnya di VCD. My sister agak risau dan minta aku diagnose Qarissa, kerana menurut my sis, melalui pembacaannya, ciri-ciri Autism ada pada Qarissa. Sebenarnya, aku pernah baca mengenai simptom-simptom Autism masa Q berusia 2 tahun setengah, dan pernah terfikir juga yang Q mungkin Autism (terutama apabila dia tantrum dan suka main sorang-sorang), tapi apabila kebanyakan simptomnya tidak ada, aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat beberapa bulan lagi. Bila adik aku cadangkan begitu, aku rasa ia idea yang baik, kerana lebih awal diagnosis dilakukan, lebih cepat aku dapat membantunya. Mula-mula my sis risau takut aku kecik hati bila dia suruh diagnose, but as for me, I look at it in a positive way, sejak kehadiran Zayra, aku sememangnya selalu berfikiran postif. My aim is how to help my children to be better in whatever way they do, so if Q really need helps, then I definitely will help her. 

Alhamdulillah, diagnosis dah pun dilakukan and its not Autism. Doktor kata in terms of fizikal dan mental, Q sama seperti rakan sebaya. Cuma dari segi speech dan behaviour sahaja, Q perlukan bantuan. Ada beberapa simptom ASD - Autistic Symptom Disorder pada Q especially on behaviour, so Doktor said its good that I noticed it early so that we can help her dari awal. :) See, its great to be positive kan? Aku sangat bersyukur sebab aku ajar Q dari awal, so she can read early, aku tak dapat bayangkan macam mana agaknya Q kalau aku tak belajar sambil bermain dengannya dari bayi, mungkin outcomenya tidak seperti sekarang. Dengan segala apa yang aku lakukan selama 3 tahun ini, Q masih perlukan bantuan dari segi speech dan behaviour, apatah lagi jika aku tak buat apa-apa 3 tahun lepas kan? Thats why ECE is very important. Doktor suruh buat 3 perkara - ujian Audiologi - takut Q tak bercakap sebab dia tak dengar, Occupational Therapy dan Speech Therapy. Ujian Audiologi sudah pun dilakukan, alhamdulillah pendengaran Q normal. Sekarang, kami sedang buat Occupational Therapy dan time puasa nanti, Speech Therapy. Happy juga sebab melalui terapi-terapi yang akan dibuat ini, banyak perkara yang aku akan belajar dan sudah semestinya aku akan berkongsi dengan para ibu bapa di sessi Playgroup dan juga di blog, Insya Allah. Another great things to share here. :)

Setakat ni, dah 2 kali aku pergi Occupational Therapy @ PPUM. More on borak-borak dengan Therapist, tapi banyak yang aku belajar. Dan percaya atau tidak, within 2 weeks selepas perjumpaan kali pertama, banyak juga perkembangan positif yang aku dapat lihat pada Qarissa in terms of behaviour and speech. In fact, Therapist dia pun puji dan kata Q is an inttellegent & smart girl, its good that we can help her early on her speech & behaviour dan dia siap puji aku yang I really did my job to make sure apa yang dia cakap masa perjumpaan kali pertama tu dilakukan, padahal dia borak-borak tanpa nota. Hehehe..mestilah, nak tolong anak kenalah buat, baru nampak hasil kan? Perjumpaan kali kedua last Monday, so baru lah dapat nota on what to do on daily basis. Insya Allah, kalau berkesempatan, nanti aku sharekan perkongsian dan ilmu yang aku dapat di sana. The best part is, apa yang aku belajar dan ilmu yang aku dapat di sessi Terapi, turut aku amalkan pada Zayra. Double benefits orang kata. Apa yang diajar tuh sememangnya bagus diamalkan pada anak-anak yg tiada masalah speech & behaviour juga, it helps to enhance their brain development. :) 

So, sekarang, kerja makin bertambah but I'm happy with it. Takmo cakap pasal penat sebab aku rasa semua ibu pun penat nak besarkan anak-anak. Sepenat mana pun aku, aku rasa ia tak sepenat mak aku membesarkan kami 7 beradik yang jarak umurnya dekat-dekat dalam keadaan yang serba serbi sederhana. I can never challenge that. Not even close! So, kalau sangat penat, aku rehat dan main ngan anak jer lah, tgk keletah dorang, aku jadi relax sikit, dan kalau anak2 notty sgt, cakap takmo dengar, memang kena rotan jawapnya selepas 3 kali warning. :) (lawak jer si Q aku bila aku bg warning cukup 3 kali, Q tak buat dah perangai notty dia ...paham plak si kenit tu). Hahahha..

Sememangnya banyak perkara positif yang berlaku selepas ketiadaan maid ni. Its not that bad if takder maid kalau kita pandai bahagikan masa dan "smart" in doing our job. Dan perkara paling penting yang aku belajar, positive minds always give us strength to do whatever we think we can't do. Great things come with positive mind thinking. As parents, kita kena amik peduli tentang setiap inci perkembangan anak kita. Kalau kita lihat ada sesuatu yang berbeza antara anak kita dengan anak orang lain, lakukan sesuatu. Dari segi bahaviour dan speech nih, memang agak sukar kita tentukan anak kita ditahap mana, sebab ia kelihatan normal sahaja pada kita, dan mungkin pada orang luar juga. Kalau kanak-kanak yang sejak lahir memang nampak perbezaannya dari segi fizikal dan mental, ia mungkin lebih mudah untuk kita lihat, tapi kalau lahir normal dan apabila membesar, ada sesuatu yang mungkin sedikit berbeza atau banyak berbeza antara rakan-rakan sebaya, ia mungkin agak sukar untuk di kesan awal. Mungkin juga tidak mudah bagi sesetengah ibu bapa untuk menerima hakikat dan perbezaan tersebut dan membiarkannya sehingga terlambat kerana takut menghadapi kebenaran dan kenyataan. Sayang sekali apabila itu berlaku kerana kita kena ingat, semakin awal kita dapat kesan, semakin  mudah untuk kita bantu anak kita. Semakin lama kita biarkan anak kita mengikut arus masa, semakin sukar untuk kita membantu mereka apabila mereka besar nanti. Mungkin ramai yang kata, "Nanti dah sekolah, her speech & behaviour akan berubah lah .. dah jumpa ramai kawan kan ..". Yer, memang betul. Tapi alangkah baiknya kalau kita sendiri belajar mengubahnya dari rumah? Remember, we're the best Teacher for our own children ..:) Kerja guru akan lebih mudah jika kita turut sama membantu mereka, malah hubungan kita dengan anak akan lebih akrab dan rapat. :)  And, tak keterlaluan kalau aku katakan, itulah tanggungjawab dan amanah yang harus kita pikul sebagai seorang Ibu & Bapa - betul tak? :) Aku berdoa semoga dengan kehadiran maid nanti, akan memudahkan kerja-kerja rumah dan anak-anak tidak selalu bergantung harap pada maid sahaja, kerana aku masih ingin melakukan segala yang boleh aku lakukan bersama mereka. :) Mandikan, pakaikan baju, cuci berak, sapu lotion dan sebagainya ..Its a good moment we shared together ..) Insya Allah..Ya Allah, mudahlah perjalanan aku dan suamiku untuk memelihara, membesarkan dan mendidik amanahMu ini dengan penuh kasih sayang dan cinta. Amin..

post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading