Monday, August 13, 2012

Qarissa: Hari Raya Yang Paling Bermakna Buatnya!

Rasanya semua tgh excited sebab this week adalah minggu terakhir sebelum kita semua bercuti panjang sempena Bulan Syawal yang akan menjelma tak lama lagi. Sedih rasanya meninggalkan Ramadhan yang penuh barakah ini kan? Semoga ibadah kita sepanjang bulan ini diterima oleh Allah SWT. 

Ha .. mesti sekarang kebanyakan dari dari anda yang sedang membaca ini dah banyak dengar lagu Raya kan? Dah terngiang-ngiang lagu Raya setiap hari, semua tak sabar nak balik kampung berjumpa dengan keluarga tercinta, bawak anak jalan balik kampung di hari mulia ni memang best. Dapat pula kampung yang saujana mata memandang, ada sawah, ada ayam, ada itik, ada sungai ..perghhhh! Bestnya... susah dah nak dapat this kind of view kat kota metropolitan ni kan? Jadi, sesekali dapat balik dan perkenalkan anak dengan alam semulajadi dan binatang ternakan yang ada memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Jangan lupa bawak anak anda ronda satu kampung okeh!

Selamat Hari Raya Aunty-Aunty & Uncle-Uncle semua...cantik tak spek mata  Raya saya? Hhehehe

Sebelum anda semua bercuti raya, Wati nak kasik semua "panas punggung" melihat video si Qarissa yang sungguh excited nak "balik kampung". Hehehe.jangan tak tahu, Q tiap2 hari cakap, "Kakak nak pakai baju Raya!Kakak nak pakai kasut raya!" kesian pulak Watie menengoknya. Masa 1st time try baju kurung tuh, dia punyalah suka sampai tak nak bukak! Nak tidur sekali dgn baju raya. Hehhehe... Bahagia betul rasanya tgk anak kita happy dan dah faham konsep Raya. Dulu masa Q kecik, dalam 1-3 years, Watie excited lah jugak nak Raya tapi tak lah beria-ria, maybe sebab Q pun tak faham lagi konsep Raya, dia pun tak sibuk nak raya time tuh, jadi auranya kurang sedikit. Tahun ni Qarissa dah faham konsep Raya, apatah lagi, setiap hari di sekolahnya, during Circle Time, mereka akan nyanyi Lagu Raya every morning! Pergh..mau tak terpengaruh Mak Q dengar ...terus rasa teruja lebih sikit nak Raya tahun nih! Dan bila Watie ajak Q nyanyi lagu Raya, Q pulak excited terlebey sudah dan Watie pun jadi sama-sama excited lah pulak!! Barulah Watie faham dan dapat rasakan keseronokan beraya bila anak dah mula faham konsep Raya dan excited nak beraya. Sememangnya, Raya kita akan lebih bermakna dengan anak-anak di sisi dan merekalah yang memberikan Aura pada Hari Raya itu sendiri.

Kalau pose camni time Raya, agak-agak leh dapat Duit Raya lebih tak? Kikikiki...

Zayra pula, dia taklah begitu faham konsep raya tapi bila tgk kakak dia excited sampai dah hafal Chorus lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman, si budak kenit yang petah ni mulalah terikut2 sama. Sekejapan jer dia pun dah hafal lagu Balik Kampung tu! Dan bila mereka berdua nyanyi dalam kereta, memang riuh dibuatnya! Tergelak-gelak Watie n Hubby tgk keletah anak2 syurga ni. Padahal nanti raya bukanlah "balik kampung" pun, tapi "balik bandar!". Hehhehe.. Watie akan beraya di Singapura tahun ini dan memang rasa excited sebab dah lama tak balik. Malam Raya we all dah plan nak gi Geylang dengan adik beradik dan saudara mara yang lain. Gempak oh Geylang kalau malam Raya!! Macam Jalan TAR lah jugak.. ehhehe...

Kakak jangan hover boleh tak?? Gi Solat Raya dulu ahhhhhhh - kata Zayra yg tak pueh hati! Hahahha..

Jom kita tengok video Qarissa berjoget sakan nak "balik kampung" beraya. Heheheh.. Masa ni we all baru sampai rumah. Watie ada beli VCD Raya @ Jusco dan bukak dalam kereta, nak rasa bahang raya katakan. Sekali Qarissa sudah addicted dengan lagu Balik Kampung, so dia asyik minta bukakan lagu tuh so that she can dance and enjoy the song. Tgklah bukan main bergelek lagi si Q bila dgr lagu Balik Kampung nih, siap nyanyi kemain kuat time Chorus tuh.. hehehhe.. Dah sampai depan porch pun pun masih takmo masuk rumah dan nak joget sampai habis. Bila tgk aksi dia dalam video nih, memang rasa tak sabar nak ajak dia berjalan time Raya supaya dia faham erti Hari Raya - berkunjung kerumah saudara mara, pakai baju & kasut baru, minta maaf, ucap selamat hari raya, makan kuih, ketupat ..rendang..hmm..mesti best kan..? Boleh ah tunjuk anak anda video ni juga, mana tau dorang pun akan berjangkit jugak, excited nak Raya macam Q sekarang. Hhehehe.. Hari-hari kita kata nak raya, tapi tak raya-raya gak, asyik takleh pakai baju baru jer .. kesian Qarissa. Hhehehe...

Jangan lupa tutup Aurat time Raya tau semua Aunty2 yang cantik... UAI kata, dalam Quran takder kata pun kena pakai tudung! Yang ada cuma KENA TUTUP AURAT! Kalau pakai baldi pun boleh... janji tutup Aurat. Cth macam Yaya ni lah ..hehehhehe..:P 

Di kesempatan ini juga, Watie nak minta ampun dan maaf pada anda semua, pembaca blog Genius Baby On Board, jika selama Watie berinteraksi di alam maya ini dengan anda, ada yang terkecil hati, terasa hati atau ada salah silap Watie yang Watie tak sedar. Maafkan Watie dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semoga Lailatulqadar milik kita tahun ini...dan semoga Aidilfitri kali ini akan lebih bererti, Insya Allah. Amin.

Balik Kampung! Oh Oh Oh! Balik Kampunggggggg!Hati Girangggggg!



post signature

1 comment:

transformed housewife said...

Mmg seronok beraya bila anak2 dah faham. Kalau buat persiapan raya pun byk belikan utk diaorg je.

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading