Sunday, May 9, 2010

Quzayra- Lahirnya Menyemarakkan Kasih Sayang Kami Sekeluarga!

*entry khas sempena Hari Ibu ...*
*****************************************************************

Alhamdulillah, setelah genap usia kandungan 40 minggu (siap extra 1 day lagi, tu pun sebab doktor pecahkan ketuban, kalau tak, silap-silap lagi lama aku bawak perut kot ..hahahah), anak kedua me & hubby selamat di lahirkan. Memang kelahiran kali nih sangatlah berbeza dari yg pertama, sakitnya tak yah cakaplah, insaf & trauma aku...aku budget lagi senang dr kelahiran pertama (kata pun dah 2 kali bersalin kan .. heheh) tapi mmg aku silap besar!!!! Maybe sebab Zayra ni 3.3 kg & besar dr Q. Mmg aku akan wat satu entry untuk pengalaman tuh ..hahaha..kalau nak citer skang, penat lah korang nak baca dalam entry nih .. :)

Kelahiran Quzayra sememangnya istimewa kerana tanpa ada "angin & ribut" atau sebarang tanda-tanda pelik sepanjang aku mengandung dan melahirkan, hanya selepas lahir barulah doktor dapat tahu ada sedikit abnormality di tangan kanan Quzayra. Tangan kanan baby Zayra atau lebih tepat lagi bermula dari pergelangan tangan kanannya, tak membesar sepenuhnya. Dalam istilah saintifiknya, ia di namakan amniotic band. Maybe ada my blogger friends yang tahu dan pernah dengar istilah ni, tapi untuk sesiapa yang tak tahu, secara ringkasnya, menurut pakar yg sambut baby Zayra ni, amniotic band ni terjadi apabila lapisan amnion @ air ketuban tu terkoyak dan menjadi bebenang @ tali-tali yg membelit fetus di dalam kandungan. Pakar kata macam layang-layang putus tali. Ikut suka tali tu lah nak ikat kat mana. Kalau dia ikat leher atau tali pusat, meninggal lah janin tuh. Kalau dia ikat dekat mana-mana bhg di badan janin, selepas ikatan tuh, memang anggota badan tuh takkan membesar sepenuhnya kerana nutrien tak dapat sampai ke bhg tu. Ia juga bergantung pada kekuatan ikatan tali-tali tuh. Kalau kuat sgt ikatan dia, bila baby lahir, bhg yg terkena ikatan tuh boleh putus selepas kelahiran. Seram jer bila dgr especially bila part "ikat kat leher" tuh kan..Perghhh....

Macam kes Zayra, doktor tak dapat detect masa buat detail scan sebab they believe it happend terlewat dan selepas detail scan dibuat (lucky her jugak kan ..) . We all buat detail scan masa minggu ke 20 dan doktor kat SMC tunjukkan semua anggota badan Zayra, everything seems normal dan takder pun apa-apa yang berbeza. Even Dr Azmi @ Putrajaya pun masa wat last cek up kata, my baby is fine cuma air ketuban banyak sket, dia takut aku kencing manis (tapi tak pun...) . Aku pun rasa memang the amniotic band berlaku after the 20 weeks sebab seluruh tangan Zayra dah pun form, ada saraf dan salur darah & all her five fingers siap ada ruas-ruas cuma ia tak membesar dan tulang tak sempat tumbuh. Tulang tumbuh sampai pergelangan tgn. Dan selebihnya tuh ada lah tgn yg comey & sedap untuk digigit sebab lembut & pejal (oleh aku & Zayra sendiri - bila dia lapar susu ..hahahah). Bersyukur jugak sebab aku ada tanya doktor, ada ke potensi tapak tangan Zayra tuh terputus dengan sendirinya selepas nih, Doktor kata takder, sebab kalau terputus, selepas lahir dia akan putus, lagipun salur darah dan saraf nya ada, Zayra still ada deria rasa kat bhg tuh, cuma tangan dia tak dapat berfungsi seperti biasa sebab tulang tak sempat tumbuh. Another thing yg aku bersyukur, mungkin sebab Zayra aktif sgt masa dalam perut, gerak sana sini sampai aku tak tahan...aku rasa itu yg menyebabkan tali-tali tuh tak dapat ikat kuat sgt kat bhg pergelangan tgn (yg boleh menyebabkan tapak tangan dia putus).


*updated: Thorough check up yang kemudiannya dilakukan di Hospital Selayang mengesahkan yang kondisi tangan Quzayra bukanlah Amniotic Band, tetapi Symbrachydacytly - rujuk entry INI

Kalau nak cerita tentang rasa terkejut @ penerimaan me & hubby after dapat tau, secara jujur nya, bila aku pikirkan balik, aku pun tak sangka yang aku tak nangis lepas dapat tau berita tuh. In fact, aku dapat tau sendiri sebab lepas jer Zayra keluar, dalam keadaan penat nak mati tuh (mau tidak, lebih dr 10 kali push hokayyyy.....), sempat lagi aku menjenguk Zayra dari celah-celah kaki tuh ..hahahha..dan masa tuh Zayra tengah menangis & dengan bangganya dia angkat kedua-dua tangan dan kaki dia ke atas..aku nampak semua complete, cuma aku perasan tapak tangan kanan Zayra comey ...dan teruslah aku teringatkan istilah amniotic band, sebab one of my good friend juga ada amniotic band baby (well, aku sangat kagum dengan ketabahan kawan aku nih, respect dia sesangat!!!). Ganas tak ganas lah aku nih kan .. direct jer aku terus tanya doktor tuh, "Doktor, my baby punya right hand ni due to amniotic band ker?" Doktor Azmi pun cam terkujat sket sebab aku tau istilah tuh! Hahhaa.. Poyo jer setakat tau istilah tapi bukannya aku reti sgt pun nak explain .. wkakaka...Aku tau my hubby & even the Doctor risau kalau-kalau aku sedih dan tak dapat terima berita tuh, sebab after dapat tau, aku senyap jer, nangis tak, melalak tak, mengeluh pun tak, dia takut lah dalam diam-diam & senyap-senyap tuh, mana tau aku "makan dalam", takut aku meroyan pulak kang ...:) Nak-nak pulak petang lepas Zayra lahir tuh we all dapat tahu sepupu aku @ Singapore meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Ada entry khas yg aku buat untuk arwah sempena sebulan pemergiannya. Moga rohnya dicucuri rahmat...Amin..

Kalau nak kata me & hubby tak sedey, memang pembohong besar namanya tuh.. takkanlah tak sedih kan, selama aku ngandungkan Zayra, memang takder masalah, semuanya ok, Zayra lebih lasak, malah lebih besar dr Q. Semua org ingat aku akan lahirkan Zayra awal sebab anak kedua, tapi sudahnya full term siap extra 1 day lagi.. tapi dah takdir Tuhan, bila lahir baru dapat tau berita ni. Tapi pada aku, kalau dapat tahu sejak dr kandungan pun, apa yg boleh doktor buat pun?? Memang takleh buat apa-apa sebab Doktor pun tak tahu camner lapisan tu boleh terputus. Doktor kata, kalau kat oversea, bila dapat tau baby kena amniotic band, dorang akan gugurkan kandungan, dan ada jugak Doktor cuba buat prosedur untuk putuskan tali yang mengikat fetus tu, tapi dari 20 kes yg cuba dibuat, 19 kes semua baby tuh akan gugur dengan sendirinya. So, dia kata, cam takder point pun dorang wat that procedure..:) Ada juga yang kata, kalau tau awal, leh ah bersedia kan, tapi sekali lagi aku bersyukur, even dapat tau lepas Zayra kuar pun, aku still leh terima ketentuan yang Allah SWT dah tetapkan dengan hari yg terbuka. Alhamdulillah...

Aku pun tak sangka aku akan jadi "sekuat ini". Dulu, masa dengar-dengar cerita kengkawan yg lain, aku selalu berdoa agar janganlah apa-apa yang buruk dan tak di ingini berlaku pada aku @ kandungan aku. Aku takut sangat aku lemah dan tak dapat terima ujian tu. Dalam masa yg sama, aku rasa sgt kagum pada ibu-bapa yang yg dapat menerima ujian Allah SWT dengan hati yang redha. Mmg jeles & sangat kagum kerana pada aku, dorang semua dikurniakan hati yg sangat tabah dan kuat. Belum tentu aku sekuat mereka. But, bila perkara ni jadi pada aku, ternyata Allah SWT memberikan aku hati sekebal kubu yg sangat kuat (cuma aku jer yg tak sedar) sampai setitik pun air mata aku tak meleleh masa dapat tau berita tu. Selepas 2 - 3 hari, bila aku borak-borak atas katil ngan hubby & cerita pasal Zayra, barulah aku rasa sayu dan rasa nak nangis sikit. Tetiba aku teringat pulak, Along aku nangis bila tgk Zayra, meleleh-leleh air mata dia, aku pulak kata, "Yang ko nangis ni kenapa?? Aku ok lah Long ...(sambil aku pun nangis sket)..aku nangis ni sebab ko nangis tau tak??? Dah jangan nangis ahh ....".

Ikhlas aku cakap, aku tak mau menangisi berita ni sebab aku tau, malah sejak aku berblog, aku kenal dengan ramai parents sebaya aku yg lebih banyak ceritanya yang segala-galanya lebih hebat dr apa yang di alami aku sekeluarga. Jadi, aku sendiri rasa malu nak menangis macam nak giler, macam esok tiada lagi atau macam esok nak tsunami... sedangkan perkara yg berlaku ni hanya secebis ujian jer yang Tuhan berikan pada aku & keluarga sebagai tanda dia menyayangi kami. Aku sedar & nampak sendiri hakikat tuh, malah aku bersyukur sebab dengan berblog, aku dapat kenal semua parents ni. Memang ada hikmahnya kan .. sebab tu lah aku dapat menerimanya dengan penuh keredhaan. Kalau parents lain yg ceritanya lagi hebat dari aku pun dapat menerimanya, malulah aku kalau nak sedih beria-ia kan .. :) Bukannya besar sgt pun case Zayra, semuanya sempurna dan complete (malah aku rasa in terms of alertness, dia lebih sket dr Q, maybe sebab aku makan DHA & Royal Jelly masa pregnant), cuma bhg tgn kanan sahaja yang bermasalah sedikit. Aku masih tak tahu apakah alternatif yang pakar akan syorkan sebab we all belum jumpa Pakar lagi, dalam 4 -6 minggu akan datang barulah we all akan pergi ke Selayang Hospital. Kes Zayra dah pun di rujuk ke bhg Hand & Micro Surgeri. Hospital Selayang is the best hospital dalam kes tangan menangan nih ha .. :) Masa Doktor Azmi & Doktor Paediatric jumpa me & hubby & explain, aku dah siap2 tanya tentang the worst case scenario yg akan berlaku untuk case Zayra ni. Pada aku, kalau lain-lain berita yg bakal dikhabarkan oleh Hospital Selayang nanti, da tentu we all akan happy, tapi yang lebih penting adalah the worst case scenario tu yg aku nak tau. So menurut kata Doktor, the worst case scenario adalah artificial hand, so bila dengar camtu, at least aku leh get ready apa yang patut lah kan. Nak kumpul maklumat yang berkaitan tentang artificial hand atau apa2 yg related lah ..:)

Aku pun bersyukur sebab hubby sangat supportive malah sangat cool bila menghadapi saat-saat ni. Dibandingkan aku dengan dia, mmg dia cool (agaknya lelaki mmg gitu, mak jer yang suka pikir lebey-lebey kot..heheh). Aku selamba jer tanya dia soalan-soalan provokasi yg dia pun tak sangka aku tanya, memang brutal bini Saiful nih ..malam pertama lepas bersalin kat Putrajaya, aku terus tanya dia dengan muka selamba, "Bang, camner Zayra nak drive bang, camner Zayra nak salam bang? Camner Zayra nak pakai cincin kawin bang?". Baru-baru ni pulak aku bgtau hubby, "Alamak bang...i baru ingat nak htr Zayra kelas piano macam Q jugak, camner dia nak main piano nih ha?". Hahhahaa... mengong laki aku dengar soalan selamba takder perasaan dr mak Zayra ..Jauh sungguh otak aku berimaginasi yerk! Wakakaka...Tapi tu lah, aku dah tak berani nak underestimate anak aku lagi. Aku dah kena ngan Q .. baiklah aku ikutkan jer rutin yg aku buat setiap hari...kalau tak..aku yg ter"malu" nanti .. Haahahah!

Dan both of us dah pun capai persetujuan bersama (tak sesia me & hubby amalkan konsep open talk selama ni ..takder nak simpan-simpan..cakap jer apa tak puas hati atau apa nak bincang .. mmg best camtuh! Takder nak cover2 atau makan dalam ...) nak bg yg terbaik untuk both Q's, nak treat Q & Zayra equally, takder special to Zayra just because of her hand. My hubby lagi brutal, dia kata, kalau betul kena pakai artificial hand, biarlah lambat sket pakainya, sebab dia nak Zayra hidup dengan apa yang dia ada, sebab my hubby kata Zayra can cope with it sebab ia terjadi sejak lahir, pada Zayra, mender tu adalah normal (tak macam org yg sempurna tetiba gi perang hilang tangan ..mau meroyan kan), so biar dia biasa dengan keadaan dia, then kalau mmg kena pakai artificial hand, barulah pakaikan (maybe at 2 years), so katakanlah at any point of time, the artificial hand tuh takde, Zayra still can do whatever she want with the hand yang asal tu. As for me, kata pun mak kan ..heheh..lagi cepat dapat alternatif, lagi bagus ..but anyway, we will listen to the suggestion by the pakar lah ..heheh..

To all my friends yang mengikuti blog nih, aku tau korang suma prihatin dan mungkin akan sedih dan tumpang simpati, terima kasih seikhlas hati aku ucapkan ..:) Dont worry, alhamdulillah aku & family ok.. kalau nak kata sedih, of course as parents kita akan sedih, tapi bak kata arwah Din Beramboi, bukannya menangis tu leh selesaikan masalah kan? Dari aku bersedih melampau-lampau, membazir air mata, baiklah aku pikir cara nak kumpul duit for at least 21 years untuk Zayra nih kalau betul dia kena guna artifical hand kan. Ada gak pekdahnya .. Hhehehe..

Me & family telah pun menerima ketentuan Allah SWT ini dengan hati yg penuh redha, tidak langsung menganggapnya sebagai musibah, malah kehadiran Zayra telah menyemarakkan lagi kasih sayang kami sekeluarga. Tuhan jer tahu betapa happynya aku tgk Qarissa sayang sgt kat adik dia (selepas malam pertama yg huru hara- mmg aku nak wat entry pasal nih nanti..hehehe). Pada kami, inilah tanda Allah SWT menyayangi kami dan menguji kami untuk melihat sejauh mana kami redha dengan qada' dan qadarnya. Semoga ianya dapat menghapuskan dosa-dosa silam kami sekeluarga. Amin..Aku bersyukur sgt kerana ujian Allah ini cuma di pergelangan tangan Zayra, syukur juga kerana Zayra sihat & aktif seperti kanak-kanak lain...mmg tak dapat dinafikan, sebagai seorang ibu, sedikit sebanyak, mesti aku terfikir akan masa depannya, kengkadang pikir yg pelik2 pun ada, but from day to day, aku makin positif dan aku tau..Zayra juga mempunyai semangat yg kuat macam aku & Daddynya ..! Dia dah tunjuk sket dah ...suara dia menjerit nangis lagik kuat dr Q dulu...! Haaaa...jiran sebelah pun boleh dengar tau!!! Tu belum lg dia senyum & gelak serta pandang muka & mata aku dengan penuh perasaan sambil tersenyum manja! Bukan main lg! Tak padan umurnya masih dlm hari! Hehehe..


Zayra: Ni baru sket i senyum tauuuuuu!!! Lum tgk i gelak lagiiii....


Dan disebabkan ke "advance" nan (ada ke ayat tu..ahahh) Zayra memberi tindak balas pada aku sejak dia lahir, mmg agak berbeza dari Qarissa, menyebabkan aku makin bersemangat nak ajar dan stimulate dia. Mmg nampaknya aku takkan tunggu 3 bulan ah kot.. Hahhaha.. sekarang pun aku dah start sikit-sikit, tapi rasanya nak fokus to both of my Q's pas habis pantang ah .. Lagipun, masa Q dulu aku banyak trial & error .. bila sampai kat Zayra, rasanya aku dah "pandai" sket kot.. Hahhaa...Perasannnn!!! So mmg aku nak apply cepat2 apa yg aku tau & apa yg aku dah berjaya buat kat Q pada Zayra pulak... Hmmm.. Mmg tak sabar nak tgk perkembangan Zayra terhadap all the stimulations yg bakal aku buat nanti! Tak sabar jugak nak masukkan Zayra ke Gymboree 2 bulan lagi!

Sempena hari Ibu tahun ini, aku rasa sangat bangga dengan kedua-dua anak yang aku lahirkan ini. Ni kali kedua aku sambut Hari Ibu dan dah ada 2 anak..happy!! Membuak-buak semangat aku nak bg yg terbaik for both of my Q's. Semoga Allah SWT memudahkan segala-galanya untuk kami sekeluarga. Kesihatan yang baik & berpanjangan untuk menjaga amanah ini, rezeki yang murah untuk memberikan mereka ilmu yg terbaik dunia & akhirat dan segala urusan menjadi senang. Amin...

*masih teringat ketika aku memandang wajah mulus Zayra, dan terkenangkan bayi-bayi malang yang dibuang tanpa rasa berdosa, bergenang air mataku sambil berkata pada Zayra "Sebab tu lah Allah SWT bagi Zayra kat Mummy sayang...." (ohh...touchingnya sampai bergenang lagi air mata aku ni...hu hu ..) *

"Zayra Darling, Mummy & Daddy will take care of u & kakak Q no matter what sayang..Both of u are our soul....forever & ever...."

Zayra: Autie Ros, takmo simbah kat mata ahhhh....!! Takut pedihhh..!

My precious Baby Quzayra @ 5 days

(aku tukang amik gambar jer ..hehehhe..dlm hari semua gambar berbungkus, time ngah mandi & bersiap br lah dpt capture whole body Zayra yg GEMOKKKK)


Thanks Allah SWT for this precious gifts....:)

Mummy & Daddy Of Q's..


16 comments:

Haiza said...

Speechless......tak tau nak kata apa..u memang kuat dan tabah...bertuah anak-anak u dapat mommy & daddy sehebat u & saiful...tak dapat nak tahan air mata ni dari mengalir bila baca entry u ni..naluri seorang ibu..berlainan antara satu sama lain...tapi bila tengok gamba Zayra tersenyum tu...buat i pun tersenyum jugak...serius she's really cute...semoga Allah permudahkan segala jalan buat u untuk membesarkan dan mendidik anak-anak u :)

HAPPY MOTHERS DAY....U memang ibu yang hebat dan tabah

alinalan said...

Touching & speechless too. Semoga ketabahan & kekuatan Watie & Saiful akan dicontohi dan diberikan ganjaran yg terbaik oleh Allah. Hanya insan2 yg terpilih shj diuji olehNya.

Pose fr Zayra really sweet & adorable.

Kasih Ibu membawa ke syurga... Happy mother's day dear!!

Nanak said...

tak tau nak ckp apa tp i tau u tabah dan kuat mhadapi semua ni.tabahkan hati,ada hikmah semua ni ok..

Fiza Rahman said...

Zayra sgt istimewa. Semoga watie & hubby dpt mengharungi hari² yg mendatang dgn penuh tabah dan sabar. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.

BabyIntan said...

Me pon speechless bila baca nie...but uols berdua mmg tabah and what a great example for ur children and me too!

Bertuah sungguh both ur daughters dpt u as their mother :)

Happy Mother's Day to u dear!

Qarissa's Parents said...

Haiza,tq so much dear .. happy mothers day to u too yang .. thanks for the doa.amin ..terharu jer baca komen2 kengkawan kat sini ..dah aku plak yg meleleh air mata baca ..hahaha.. Zayra macam paham2 jer ..dia pun join nangis sama .. wakakak.. nak netek ah tuh ..:)

Qarissa's Parents said...

Momma Mia, thanks dear ..:) yup betul..dulu pun i takut i tak kuat, tapi bila Allah bg ujian nih, Dia bg sekali kekuatan utk i ..sampai i tak nampak langsung kekurangan Zayra ..bila dah redha dengan ketentuannya, semua jadi mudah Insya Allah .. doakan yg terbaik utk Zayra kay yang ..:) berdebar nak gi Selayang nih..nak tgk apa alternatif doktor leh wat .. ehhehe

Qarissa's Parents said...

Nanak, yer betul, i pun percaya ada hikmah disebalik semua nih.. Zayra bertuah sebab ramai sayang dia ...termasuk aunty2 kat blog ni ..silap2 lagi glamer dr kakaknya ..habislah merana si Q nanti ..ahahahha

Qarissa's Parents said...

Fiza, tq so much dear ..Insya Allah yang ..mmg ada hikmah disebalik semua nih ..:)

Qarissa's Parents said...

Intan, tq so much dear ..harus i tunjuk this blog to both of my babies bila dah besar nanti . heheh..biar dorang tgk betapa ramainya org puji parents dia ..ahahaa..(eksen plak tuh ..wkaakka)

Happy Mother Day To U too!!

MrsYusofhussain said...

kak, u are very strong...kagum sy ngan ketabahan akak...actually that's the best way kan...sy doakan dipermudahkan segala urusan akak 1 family....

mila.ibunajihah said...

watie, u r one of my daily inspiration bab mdidik genius baby.I know u are strong.. stay that way dear, zayra will get your aura. zayra is one very lucky baby :)

Unknown said...

watie, rasanya ni kali pertama kot saya komen .. saya tak tau nak cakap apa .. yg saya nampak, zayra sangat comel .. moga awak kuat dan tabah ..

Unknown said...

errr .. tak lambat juga nak ucap, selamat hari ibu .. :)

Ros Ibrahim said...

watie, i baru baca this entry.. zayra is comel and special in every way.. i know you're a strong mom.. as you said.. no need to be sad.. accept with open heart.

i sokong yg tak bagi artificial hand tu so soon.. zayra can manage using her right hand very well nanti..walaupun tak sama dgn tangan kiri but i believe she will find ways.. kiss to zayra..muah.

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading