Be The 1st To Read Our Entry

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Friday, December 31, 2010

Isu Sensitif: Malu Ker Ada Anak Cacat?


Isu yang akan aku ketengahkan ini mungkin akan: 
  1. Mengganggu perasaan sesetengah pihak yang suka sentap tak tentu pasal :P
  2. Memberikan inspirasi pada ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa @  cacat :) 
Terpulang kepada bagaimana mereka menilai entry ini. :) Apa yang dapat aku sampaikan : Nilaikan entry ini dengan hati terbuka, lupakan seketika yang kita ada anak istimewa @ kalau bukan kita pun, sedara-mara atau kawan-kawan kita. Mungkin dari situ, kita akan menilainya dengan lebih adil. 

Soalan aku: Khas untuk ibu-ibu yang ada anak istimewa, marahkan anda jika orang sebut atau cakap anak anda cacat? Yer, ayat yang dia guna CACAT, bukan istimewa ker, special ker .. tapi CACAT!! Marah Ker? Sentap Ker? Tension Ker? Kecik hati ker?

Pandangan Peribadi Aku: Pada ibu-ibu yang suka sentap atau terasa hati bila orang guna perkataan tuh, takyah lah kita nak sentap sangat pun. Menyediakan diri untuk menerima kata-kata yang "paling tak sedap di dengar" adalah lebih baik daripada mengharapkan orang mengguna kata-kata yang "lebih lembut" seperti istimewa, special dan sebagainya. Tak semua orang akan guna ayat lembut macam itu. Lagipun, apa salah guna ayat CACAT? Memang itu realitinya. Kita sendiri yang dah setkan bahawa perkataan CACAT itu adalah perkataan yang "keji, buruk, teruk, memalukan dan tidak sopan", sebab tuh kita tak boleh terima bila orang guna perkataan tuh, betul tak? Cuba kalau kita dah setkan di minda kita yang CACAT hanyalah satu perkataan yang memberi gambaran anak kita sedikit berbeza dengan anak orang lain, mungkin kita akan menghadapi saat-saat orang lain menggunakan perkataan itu dengan lebih relax dan tanpa rasa sedih atau marah.Mungkin orang tua yang suka guna perkataan tu, sebab time dulu-dulu belum ada lagi perkataan lebih sopan seperti "Orang Kurang Upaya" atau OKU, belum ada lagi  istilah "anak istimewa" pada zaman dahulu, yang memang digunakan adalah istilah CACAT itu sendiri .:) 

Mungkin juga yang guna istilah CACAT itu ialah kanak-kanak bawah umur yang masih belum mengerti bahawa perkataan tersebut "sangat menyakitkan" bagi sesetengah ibu bapa. For me kanak-kanak ini sangat pure, jujur dan bercakap sebenarnya. Agak sukar untuk mereka menyebut istilah2 bombastik seperti "Orang Kurang Upaya" misalnya, jadi istilah yang paling senang adalah perkataan CACAT itu sendiri. :) Mengapa mesti sentap sendiri sedangkan itulah hakikat sebenar dan itulah takdir Ilahi? 

Ini anak sulung saya, Qarissa. Nak kata "cacat" pun okeh sebab dia memang berbeza dari kanak-kanak sebaya. Dia boleh membaca seawal satu tahun, membaca dengan kuat pada usia 17  bulan dan membaca buku pada usia 2 thn 5 bulan. "Berbeza @ Cacat" lah gak kan?  :)

Sebab tuh aku kata, menyediakan diri menerima perkataan yang paling tidak enak didengar adalah lebih baik. kerana, apabila orang disekeliling kita menggunakannya, kita tidak akan terasa, dan jika mereka menggunakan perkataan yang lebih sopan seperti OKU, istimewa, special dan sebagainya, kita akan lebih gembira dan berterima kasih. Semuanya bermula dalam diri kita, otak kita. Sekiranya kita MEMBENARKAN perkataan CACAT itu menghantui hidup kita, maka ia sememangnya ia cukup menyakitkan. Jika tidak, maka perkataan CACAT itu hanyalah salah satu daripada jutaan perkataan yang ada di dunia ini. Pada aku sendiri, aku jarang menggunakan istilah CACAT itu untuk anak aku mahupun anak orang lain (kerana kita tidak tahu apa anggapan mereka kalau aku guna istilah tuh) tapi aku tak kisah pun jika ada sesiapa menggunakan istilah CACAT untuk menggambarkan keadaan tangan Zayra.:) Itu lah juga yang aku rasa patut ada pada semua ibu bapa yang ada anak istimewa. :) 

Daripada kita bersedih dan terasa hati, lebih baik kita lakukan sesuatu dan buktikan pada mereka bahawa anak kita juga berupaya melalukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak lain, malah mungkin lebih lagi. Ini akan membuatkan orang lain lebih menghormati kita dan secara tidak langsung, memberikan inspirasi pada orang lain, Bukankah itu lebih baik? Hidup ini terlalu singkat untuk kita menangisi nasib diri wahai kawanku sayang.. :) 

Biarlah aku berterus terang. Sepanjang 8 bulan Zayra lahir dan hidup di dunia ini, sepanjang aku membesarkan, cuma ada sekali sahaja kata-kata orang yang buat aku menangis sepanjang malam. Itu pun dilakukan secara "baling batu sembunyi tangan". Aku rasa dia nak tuju kat Zayra, tapi bila aku sound tepat dan tanya apa maksud dia, dia terus tukar channel dan buat cerita lain kata ayat tuh utk kawan dia lah ..apa lah .. whateva! Aku tak kisah langsung kalau dia "usik" aku, tapi secara terang2 aku rasa dia nak kata anak aku sebab ayat yang digunakan ialah  "Allah dah bagi petunjuk besar pun masih tak sedar .. bla..bla ..bla..". Apalah salah bayi sekecil Zayra sampai dia pulak nak tanggung mak dia punya salah (kalau betul mak dia salah dan kalau betul ayat tuh sebenarnya dituju utk Zayra lah kan ..) Di sebabkan dia dia dah tukar channel, aku pun malas nak panjang cerita sebab nanti aku pulak yang nampak bodoh. Cukuplah dia sorang jer yang "bodoh". Ekekeke... Aku senang jer, kalau nanti dah kena batang hidung ko.. tak pun anak cucu ko, tolong ingat balik nama Watie & Zayra yer! Sekian terima kasih! Hahhahaha... Tapi rasanya, bak kata Lyna & Jie, dorang tak layak pun ada anak istimewa @ cacat.. Hhehehe.. betul gak lah tuh .. :) Sebabnya, cukup2lah dia tu sendiri yang "cacat". kang lahir lak anak cacat, kesian lah pulok... :P 

Ini anak kedua saya Quzayra. Dia cacat di tangan kanan, tiada tulang atau namanya Symbrachydactyly yg berlaku 1 dari 32,000 kelahiran.Satu lagi kecacatannya, dia boleh "membaca" seawal usia 5 bulan. :) 

So, kesimpulannya, ia bergantung pada otak dan minda kita. Bagaimana kita menerima sesuatu perkara tersebut. Daripada memikirkan kata-kata orang yang takkan habis, lebih baik kita lakukan sesuatu yang berfaedah pada masyarakat. Orang akan lebih respect pada kita. Kita buktikan kat orang, ada anak istimewa tak menghalang kerja harian kita, kita jadi lebih baik, lebih maju, lebih berdaya saing dari mereka yang ada anak normal. Malah, kita boleh motivate orang lain untuk terus maju ke depan. Cukup-cukuplah bersedih, kerana ia tidak membawa kita ke mana-mana, kita akan nampak lebih lemah dan orang juga akan memandang lemah, malah mungkin syaitan juga bergembira bila tengok kita lemah, supaya senang dia nak tusuk-tusuk dan tanam-tanam wasangka jahat dalam hati kita kepada Allah SWT. Mintak dijauhkanlah perkara camtuh kan.. 

Banggalah dengan setiap anak kita, tidak kira mereka normal atau cacat kerana di mata Allah SWT mereka adalah sama sahaja tarafnya. Begitu juga di mata kita kan? :) Alangkah bahagianya kita bile kita dapat katakan pada masyarakat luar sesuatu yang membanggakan kita, seperti , "Yer, anak saya memang berbeza dari anak orang lain kerana dia boleh melukis dengan mulut pada usia 4 tahun!" atau "Yer, anak saya cacat kerana dia boleh bermain piano dengan kaki pada usia 5 tahun!" Siapa lagi yang nak ubah pandangan masyarakat kalau bukan kita, ibu dan bapa anak-anak cacat ini sendiri dan mereka-mereka yang cacat diluar sana. :) Secara jujurnya, apabila melihat orang dewasa yang cacat atau kanak-kanak cacat yang melalukan sesuatu yang hebat, seperti bermain piano menggunakan kaki misalnya, aku malu pada diri sendiri, sebab umur dah 30 tahun, main piano pun tak reti! :) Jangan kata pakai kaki, pakai jari pun belum tentu bunyi! Kekkeke... Syabas pada ibu budak tu :) Proud of you! 

Dan, di akhir tahun 2010 ini, marilah kita bersama-sama menanam azam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat supaya apa yang kita lakukan itu membawa erti dan manfaat pada orang lain. My company under Genius Baby On Board with my partner Lyna ada macam-macam plan utk dilakukan pada tahun 2011 dan semoga ianya menjadi kenyataan. Insya Allah ..kawan-kawan doakan yer! 

post signature

post signature

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi Che Mat Adik Ipar Aku??


Wah ...rasanya hari ni punya paper bersepah-sepah nama Khairul Fahmi  Che Mat ni. Glamor betul dia. Mencanak-canak nama jadi sebutan. Penatlah dia tak habis-habis asyik terbatuk-batuk jer sejak semalam kot? Kekekke..  Malaysia bangga tak hengat dunia dengan kejuaraan membawa balik Piala Suzuki selepas  menewaskan Indonesia semalam. Aku pun nak tumpang bangga lah jugak kan ...:) Setelah sekian lama tak ikuti bola ni .. bukan bola jer ..banyak lagi rancangan yang aku tak ikuti ...:P Sungguhlah ketinggalan feri! 

Tapi kenapa tetiba jer aku jadi excited plak nak wat entry pasak KFCM nih yerk? Korang tengok nih!!



My hubby punya status today..

Aku cam blur-blur lah jap kan? Siapa pulak Khairul Fahmi Che Mat nih? Yerlah, korang marahlah aku sebab memang aku tak tahu pun nama keeper Malaysia. Sungguh tak patut kan? Kan dah 3 hari aku selsema dan sakit tekak, sepanjang 3 hari ni jugaklah aku weng-weng dan memang blur tahap cipan. Entah hapa2 lah yg aku ingat. Semalam, bila petang jer hubby dah sound nak balik cepat2 sebab nak tgk bola. Aku pun excited nak tgk sama. Tapi masa tgh2 memula nak lawan tuh tengah lawan we all ada kat Giant Klang Sentral. Sempat lah tengok KFCM nih tangkap bola time penalti. Bangga giler dowhh... laki aku siap gelak kuat2 kat Giant pastu dia kata, "Adoiiii... hantar budak sekolah jer lah tendang bola tuh ...penalti pun takleh masuk! " sambil 3 orang Indonesia kat belakang dia dengar!! Hhahahaha....Aku rasa dalam hati dorang pun mesti hangin kan..sebab bola tuh tak masuk padahal penalti! 

Then, bila M'sia dapat masuk gol 1-0 tuh, aku dalam bilik mandi lah pulak... bengong lah ..tak dapat tengok camner .. pastu aku pun sibuk ngan anak-anak dan Lappy nih .. sambil2 tengok TV, sampailah akhir .. Walaupun kalah 2-1, tapi tetap bangga dengan team M'sia especially keeper sebab mmg nampak jelas muka dia kena laser.. Kesian dia kan? Sungguh tak gentle lawan cam tu .. Ntah hapa2 ntah .. :) 

Pastu pagi nih, bila nampak status FB hubby, then nampak pulak kengkawan dia kata, muka tak sama lah .. sorang cam anak cina, sorang cam anak mami, aku pun dengan semangatnya men"google" lah page KFCM nih .. Lorrr.... muda lagi budaknya ..encem plak tuh .. memang cam anak jepun @ korea.. :) Dan.. selamatlah semua aku google, dari "LIKE" page dia, sampai ke blog2 awek dia pun aku skodeng ..:) So sweet lah depa berdua nih .. :) Terkenang lah pulak zaman2 aku bercinta ngan hubby dulu .. kekeke.. ni blog awek KFCM tuh : http://jejariruncing.blogspot.com. Siap ada ceritera cinta lagi sejak mula dorang kenal sampailah bercinta .. Shuweeet jer lah ..:) 

Aku pun tumpang bangga lah gak .. walaupun setakat nama bapak sama ngan hubby, dan hubby nak tumpang glamer jugak.. wkakakaka.. aku pun teruslah tgk gambar2, dan kemudian siap tgk You Tube siaran ulangan camner si KFCM ni tangkap bola. Semua org puji, melekat lah, leh ganti Van De Sar lah ..memacam lagi lah orang puji2 kan ..Bangga lah anak M'sia sangat cekap dan tangkas..:) Tapi aku harap, jgnlah bila dorang kalah, kita kutuk2 pulak kan .. Teruslah sokong M'sia ..Aku respek gak ngan Rajagopal tuh.. pandai dia latih dan tgk potensi pemain2 dia ..:) 

Dan, to both Khairul Fahmi Che Mat & Elia, semoga korang akan berkekalan selamanya. Kahwin cepat2. KFCM, jadilah anda seperti "abang" awak, Saiful Rizal Che Mat nih, yang sangatlah romantik, baik, sayang dan setia pada yang satu. :) Jangan ko layan kalau ada mana2 (mesti banyak giler dowhhhh) minah2 yang tgh nak try cucuk dan try ngorat hang ... :) Jgn lupa daratan yer dik ..:) Ko kenal Elia tuh time ko belum lagi "sapa-sapa". Sekarang ko dah jadi "somebody", siap aku tgk Nora Danish kemain suka, suruh call lagik! Hang jgn nak carik pasal yer dik oiii... bukan senang nak carik org yang akan suka kita time kita tiada apa2 dan setia selamanya. Ewah ... sibuk2 pulak hal orang aku nih! Hhahahaha.. No lah .. ni nasihat ikhlas dari kakak nih ..:) Semoga korang akan berbahagia selamanya ..:) SAY NO TO CURANG! Wakakakakka...

Ni lah buah hati pengarang jantung KFCM. Elia nama dia..:)
Ni KFCM kat Manchester ... time nih kot dorang kata cinta sudah berputik yaaaa! ekekkeke..

Dan, video ni pulak, buat aku bangga tak hengat dunia ... :) Memang melekat lah ko Khairul Fahmi Che Mat!! Wa cayang caya lu! Pheweeiiiittt!


Tengah-tengah gelabah time nih pun masih encem lagik muka ko ..aku rasa semua anak Che Mat memang ensem kot? Wakakakakaka.. (gelak guling2....)

Bangga wei jadi anak Malaysia .. pasni leh ah aku pakai jersi M'sia pulak nih .. hahhaa..sebelum ni pakai team Jepun masa Piala Dunia .. konon2 sokong Asia lah kan .. masa bday Qarissa.. :) So, kalau tahun depan ada tema Sukan lagi, nanti we all beli jersi M'sia pulak.. ahaks! 

 
Us during Qarissa 2nd B'day!

Sekali lagi tahniah setinggi-tingginya untuk pasukan Malaysia khasnya. terima kasih kerana membuatkan kami bangga menjadi warganegara M'sia!!! Wa caya lu beb! Hiduplah Che Mat untuk M'sia! Ekekeke.. Mesti pak mertua aku bangga tak hengat nih! :) 

post signature

post signature

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Pendaftaran Playgroup Level 2 (6-12 Months) Kini Di Buka!


Alhamdulillah, rasanya dah ramai juga ibu bapa yang tertunggu-tunggu bila agaknya pihak GBOB akan membuka kelas Playgroup untuk Level 2 @ Crawler (6-12 Months). Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kami kini membuka pendaftaran untuk kelas Playgroup Level 2 @ Crawler (6-12 Months) untuk tahun 2011. 

Kelas akan bermula pada bulan Januari 2011 bermula 8 Januari 2011 dan sekiranya anda berminat untuk menghadiri Trial Class bagi sessi ini, anda boleh membuat pendaftaran dengan pihak kami. Sila hubungi kami di talian 016-2033340 (Watie) untuk sessi pendaftaran penuh atau kelas percubaaan . 

Apabila kami melancarkan kelas Playgroup Level 2 ini, terdapat sedikit perubahan dari segi jadual untuk Playgroup Level 1. Berikut adalah maklumat terkini tentang Jadual Playgroup Class yang akan diadakan di Genius Baby On Board. 

Level 1 (Infant - 0-6 Months) - 9.30 am - 10.15 am 

Level 2 ( Crawler- 6-12 Months) - 10. 30 am - 11.15 am 

Level 4 (Runner - 18 Months - 4 years) - 11.30 am - 12.30 noon.

Harga untuk kelas mahupun Trial Class masih sama iaitu: 

Trial Class: RM 35 / Sessi (maksimum 2 Sessi untuk Trial Class) 

Harga Pakej: RM 150 setahun utk Yuran Pendaftaran & RM 35 / Class yang perlu di bayar untuk 4 kelas sekaligus. Jumlah yang harus di bayar ialah RM 290 ( RM 150 + RM 140) untuk kali pertama pendaftaran dan bulan-bulan berikutnya cuma RM 140 sahaja. 

Tempoh: 4 kelas tersebut boleh dihabiskan dalam tempoh 6 minggu bermula dari hari pertama anak anda datang ke kelasnya. 


Sebarang pertanyaan sila hubungi Watie supaya anda mendapat maklumat yang kelas dan lengkap. :) Ada juga ibu bapa yang berminat untuk membawa anak ke Playgroup @ BOB, cuma kekangan masa yang menyebabkan niat mereka terbantut dan ada yang meminta Watie menyediakan satu pakej untuk mereka yang tidak dapat commit setiap minggu. Insya Allah, Watie masih dalam perancangan untuk mereka bentuk satu program dan penyelesaian terhadap permintaan ibu bapa ini. Kalau  dah siap, akan Watie kongsikan yer :). Until then, jumpa anda di tahun baru 2011. Semoga ia membawa sinar yang lebih baik buat kita semua! Amin..

post signature


post signature

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Wednesday, December 29, 2010

Padanlah Anak Kita Lambat Baca!!



Karnival Upin & Ipin yang baru sahaja tamat semalam di SACC Convention Centre menemukan aku dengan pelbagai lapisan ibu-bapa, orang perseorangan dan agensi yang terlibat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Semuanya suka dan percaya dengan kehebatan Little Reader dalam mengajar anak mereka membaca seawal usia. Ramai juga yang skeptikal dan bertanya macam-macam soalan, tapi bila tengok video testimoni Qarissa, Quzayra dan Felicity yang dimainkan berulang kali, mereka mulaa membuka minda.

Memang tak menang tangan aku melayan pelanggan dan membantu Team Brillkids sepanjang 5 hari tersebut. Staff Brillkids sememangnya sangat fokus dan komited dalam melaksanakan tugas mereka, malah lebih seronok dan bersemangat apabila mendengar aku membuat presentation pada pelanggan. Its all facts dan takder "kang kalikong". Semuanya benar dan realiti, memang seronok buat bisnes yg direct to the point dan ada matlamat serta objektif nih. :) Walaupun penat sampai hilang suara dan demam menjelang hari terakhir Karnival, aku tetap datang dan bertahan kerana merasakan betapa perlunya produk ini diperkenalkan pada ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang masih kecil. :) 

Apa yang mengejutkan aku sepanjang 5 hari ni, adalah tentang cara-cara yang Tadika amalkan ketika mengajar kanak-kanak. Aku berjumpa dengan 2 pelanggan yang berbeza. Satu pengetua Taska dan Tadika  dan satu lagi kerja di Kementerian yang related to ECE. Bila aku tunjukkan flash card LR yang memberikan variety (4 design, font, saiz dan warna yang berbeza), akak tuh macam terkejut sikit. Dan aku pulak yang terkejut bila dia kata lebih kurang camnilah bunyinya, "Kita kat tadika tak dibenarkan tunjuk font atau color yang berbeza pada murid. Cuma warna hitam & putih dan satu font sahaja.Sebab tuh akak pelik tengok flashcard you nih!".  Aku memang terkejut giler dengar, pastu aku tanya lagi, "Siapa yang suruh ajar camtuh kak? Maksud saya, guideline tuh dah diberikan ker?" Dan kakak tuh yer, memang ada guideline untuk Tadika-tadika ni semua, aku rasa maybe ikut garis panduan yang diberikan oleh kementerian yang berkaitan. Aku pulak dengan selambanya cakap, "Ohhhh.. padanlah budak-budak kat Malaysia ni agak kureng advance kalau nak dibandingkan dengan budak oversea, sebab kita sendiri yang limitkan pemikiran mereka!". Akak tuh cuma mampu mengangguk dan tersenyum. 

Akak kedua yang kerja di bahagian yang ada kaitan dengan Kementerian pun berkata perkara yang sama. Suaminya juga pernah kerja di bahagian yang berkaitan ECE, seingat aku more to Tabika KEMAS kot, dan dia pun setuju yang cara pendekatan yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak nih outdated dan membosankan. Dan, diakhir pembentangan, she bought the whole set of Little Reader utk anak-anak dia:..) 

 Well, melihat 2 situasi dan senario di atas, this is my personal view. Aku mengaku yang aku tiada Tadika, aku tak pernah pergi kursus mengendalikan Tadika @ Taska (sebab memang tiada keperluan pun, aku memang tak operate Taska @ Tadika), jadi maybe aku tak tahu syarat-syarat yang kementerian tetapkan dalam mengendalikan subjek-subjek untuk semua murid. Aku hanyalah seorang ibu yang mempunyai anak kecil dan telah pun diberikan pendidikan seawal usia dan alhamdulillah, anak-anakku berjaya mengenalpasti perkataan dan "membaca" seawal 1 tahun (anak pertama) dan 5 bulan (anak kedua). In fact, aku sangat percaya yang ALL BABIES ARE GENIUS! Pendapat peribadi aku - KENAPA KITA NAK LIMITKAN PEMIKIRAN ANAK KITA DENGAN HANYA MEMBENARKAAN MEREKA TENGOK FONT YANG SAMA DAN CUMA WARNA HITAM & PUTIH?  

Bukankah bagus jika anak kita dapat melihat KEPELBAGAIAN dalam sesuatu perkataan dan boleh menyebut kesemua perkataan tersebut tidak kira apa pun saiznya, apa pun warnanya, dan apa pun fontnya? Seperti contoh : fishfishFISH dan Fish. Ia masih mempunyai maksud yang sama walaupun font, warna, dan saiznya berbeza bukan?  Itulah KEPELBAGAIAN yang aku maksudkan. Anak kita boleh menyebut kesemuanya kerana ia adalah perkataan yang sama! Sedihnya kalau anak kita tidak dapat menyebut FISH berbanding fish hanya kerana kita TIDAK MEMBERI PELUANG pada anak kita melihat perkataan tersebut! Tidak hairanlah jika anak kita ketinggalan berbanding dengan anak orang lain! Kita yang SEMPITKAN pemikiran kita sendiri, dan mengajak anak dan bayi kita yang GENIUS tuh bersama-sama! Goshh... sedihnya!

Aku tidak pasti samada hanya Tabika KEMAS di bawah kerajaan sahaja yang begitu, atau semua Tadika dan Taska Swasta juga bergitu. I have no idea sebab aku belum hantar Qarissa ke Tadika @ Taska lagi. Mungkin ibu bapa yang dah ada anak yang ke Tadika atau Taska boleh ulas isu ini. Tapi pada aku, tak kira Tadika@ Taska kerajaan mahupun swasta mestilah memberi peluang seluas-luasnya pada bayi dan kanak-kanak ni meneroka potensi mereka sejauh yang boleh. Jangan limitkan pemikiran anak kita. Aku yakin dengan adanya bantuan dan guideline  dan cikgu yang bertauliah, anak kita pun boleh setanding dengan mereka di luar negara!. Tak semua orang mampu nak hantar anak ke Tadika Swasta sebab kos nya tinggi, jadi Tadika @ Taska Kerajaan kenalah juga ubah subjek atau cara pendekatan mengajar bayi dan kanak-kanak. kalau cara lama tuh dah lapuk sangat, tukarlah ikut arus terkini. Kesian budak-budak tuh..:(

Mengajar bayi? Hmm..rasanya masih belum ada lagi mana-mana centre yang declare that they can teach baby on daily basis. Seminggu sekali mungkin ada like Shichida Method atau Tweedle Wink. Kebanyakannya aktiviti @ playskool untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, itupun tak semua Taska yang buat. Sebab tuh, kita sebagai ibu bapa, kena jugak amik tahu, apa aktiviti atau stimulasi yang boleh kita lakukan dirumah untuk bayi kita. Kita tak boleh nak harapkan orang lain! Kita yang bertanggungjawab terhadap perkembangan fizikal & mental anak kita dan bukan  cikgu! Itulah yang selalu aku tekankan dalam Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang aku kendalikan di Genius Baby On Board. 

Bercakap tentang Seminar, di sini aku nak mengajak ibu bapa, wanita mengandung atau ibu yang dah ada anak berderet tapi masih lagi nak tahu tentang Early Childhood untuk sama-sama mendaftarkan diri ke Seminar yang bakal dianjurkan oleh Genius Baby On Board pada bulan Januari nanti. Macam-macam maklumat yang akan uols perolehi dalam tempoh 4 jam (atau mungkin lebih bergantung pada sessi diskusi) tentang kepentingan ECE dan kaitannya dengan perkembangan otak bayi. Its very important for us to know why we must start early and as soon as the baby born!. Berikut adalah maklumat tentang seminar ini.:

Informasi Seminar

Dan pihak Genius Baby On Board juga membuat promosi-promosi berikut. 





Harap maklum bahawa seminar yang bakal di adakan ini adalah seminar tertutup dan terbuka untuk 10 orang pertama yang mendaftar sahaja. :) Anda di alu-alukan untuk membawa anak ke Seminar ini. Dan pihak Genius Baby juga mempunyai kawasan khas iaitu Kidz Zone untuk anak anda bermain. :) Selain itu, kami juga menyediakan persekitaran stimulasi dan mesra keluarga. So, marilah sama-sama memeriahkan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini supaya kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita dan bukan setakat menjadi "pengikut" kepada apa yang telah di setkan berkurun dahulu.. :(

post signature

post signature

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Monday, December 27, 2010

Preview Session @ GBOB:How to Generate Millions With Your Own Products?


Ok, seperti yang aku beritahu dalam entry sebelum ni, iaitu Bagaimana Menjana RM 1 Juta With Our Own Product @ Svcs?, aku kata nak kongsi info on how we can market our produk secara offline kan? Terdapat banyak cara kita boleh memasarkan produk kita secara offline mahupun online. Terpulang pada kita nak guna kaedah mana satu yang sesuai dengan apa yang kita tawarkan. Persoalannya bagaimana untuk memasarkan produk kita dengan lebih baik? Meh kita tgk analisis yang sempat aku fikirkan - serba sedikit cara-cara nak memasarkan produk kita nih:

Beli iklan di majalah & suratkhabar. 
  • Kalau kita nih kaya, banyak duit atau ada funder yg tak kisah nak berhabis ratusan ribu macam Dr Rozmey tuh, bolehlah kita ikuti langkah beliau. Tak perlu wartawan buat write up., tak perlu pelakon datang promote. Sendiri beli iklan, sendiri tulis, sendiri datang sign poster. Tapi, kalau bisnes baru nak naik, memang susah nak tepikan budget utk buat iklan di majalah. Its not cheap wei.. baru jer aku "rasa" nih, kan Kay, kan Lyna, kan Nini ..:)
 Flyers/ Brochures
  • Memasukkan flyers & banners ke kotak-kotak peti surat rumah mempunyai 3 kemungkinan. Samada terus di bakulsampah kan, di baca kemudian di buang @ di simpan (bergantung pd produk apa yg kita tawarkan, sama ada pelanggan nak atau tidak pd ketika itu) atau langsung tak sempat dibaca kerana flyers dah lencun kena hujan. Sometimes bila banyak sgt iklan kat dalam peti surat, nak nak hari hujan, potensi pelanggan membaca flyers atau brochure kita sgtlah sedikit. Tetapi, melalui brochures & flyers juga, kita boleh capture perhatian pelanggan tentang produk kita, tak lah nampak cikai sgt kan, brochure pun takder nk tunjuk pada client. Hu hu ..
Sertai Roadshow @ Exhibition Berkaitan
  • Medium ini juga sesuatu yg baik untuk memperkenalkan produk ini pada masyarakat awam. Kos Roadshow bukanlah murah, tetapi ia dapat memberi impressi yang baik kepada pelanggan yang datang ke Roadshow tersebut. Bergantung kepada jenis roadshow, kita boleh jadi untung dan boleh jadi rugi apabila membeli booth. Jadi pastikan roadhsow yang hendak disertai itu adalah roadshow yang dapat menghasilkan pulangan pada kita. 
Buat Billboard yang power dan menarik perhatian. 
  • Rasanya satu Malaysia masih ingat yang satu jejaka melamar wanita idamannya di hari Valentine melalui Billboard. Hmm..belum kawin dah puluh-puluh ribu habis oo..memang respek kat mamat tuh, kalau ai pun teruslah kata "I do" kan! Hahhaha... Billboard juga suatu kaedah pemasaran offline yang sering digunakan, tetapi harganya mahal dan tidak meluas.Kalau nak beli Billboard di kawasan hotspot, harganya mak aiii..boleh beli rumah kekdahnya! :)  
Product Consignment 
  • Untuk mereka yang ada produk fizikal, bolehlah gunakan cara ini tetapi personally aku tak berapa galakkan sebab risikonya ada. Sekiranya syarikat yang korang nak buat Consigment ni dah establish, atau uols kenal tuan punya kedai, maka bolehlah diletakkan produk uols secara consigment. Consigment ni maksudnya, korang letak jer produk tuh dulu, company tuh hanya akan buat pembayaran produk sekiranya ada pembeli yang membeli produk tersebut. tetapi sekiranya uols tak kenal syarikat tuh sangat, owner dia pun uols tak berapa kenal, setakat kenal gitu-gitu jer, aku personally rasa jangan lah. Kang hilang barang korang sesia jer beb, unless uols sanggup tanggung risiko tuh, then shud be ok. yerlah, meniaga mana boleh takder risiko kan. Tapi kalau boleh kita minimumkan risiko, kan lebih baik?
Lantik dealer @ Networker di setiap kawasan @ daerah. 
  • Cara ni juga selalu di lakukan & in fact, inilah cara yang paling mudah untuk kita pasarkan produk kita. Ni lah juga yang di namakan Affiliate tapi sebab dia dilakukan secara manual, selalu orang tak guna term Affiliate tuh, dorang guna perkataan dealer @ agen @ stokis  @ wakil. Semuanya memberi maksud yang sama. Cara ini rasanya lebih murah dan berkesan. Kita ada pengedar sendiri, they buy by bulk dan kita tak yah pening2 coz bila dah jual, biasanya peniaga tak boleh  pulangkan produk semula. So, just imagine korang ada wakil di seluruh pelusuk dunia (bukan Malaysia jer yer..) menggunakan sistem Affiliate dan Business Page yg mengandungi 50 Intelligence Mktg Tools behind it. Menarik kan. tak perlu jumpa our Affiliate, cuma perlu bayar mereka sahaja setiap hujung bulan apabila mereka berjaya menjual produk anda. Its a win-win situation. A very fair deal kan? Hmm..itulah yang ditawarkan oleh OleWorld, syarikat milik Dr radha Krishna yang aku terangkan dalam entry sebelum ni. 
Ok, itulah sebahagian antara pemasaran offline yang boleh dilakukan. Kalau kita cerita dari segi online, pun ada banyak. Antaranya:

Buat Iklan @ Website Popular 
  • Kita boleh membeli iklan di laman-laman web rasmi atau peribadi yang menawarkan kotak iklan untuk disewa. Selalunya kotak-kotak iklan ini harganya lebih murah berbanding dengan pemasaran offline seperti di suratkhabar atau majalah. Bergantung kepada tahap populariti sesuatu website itu, makin popular laman web tersebut, makin tinggilah harga iklannya. Dari segi rekabentuk iklan pula, ada pemilik laman web memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma dan ada juga yang berbayar. Harganya pula bergantung kepada saiz iklan. 
Aktifkan Diri di Forum. 
  • Terdapat pelbagai forum yang ada di internet. Anda boleh memilih forum yang berkaitan dengan produk yang anda jual dan jadilah ahli yang aktif. kebanyakan forum sekarang adalah forum yang berbayar sekiranya anda ingin mengiklankan produk anda. Persaingan untuk produk-produk fizikal di laaman forum selalunya sangat sengit antara satu sama lain sekiranya anda menjual produk yang hampir sama. 
Bina laman web @ laman perniagaan* 
  • Untuk lebih rasmi, anda digalakkan untuk membina laman web syarikat atau produk anda menggunakan domain anda sendiri. Jangan gunakan laman web percuma atau dalam erti kata lain - menumpang website orang. Nampak tak pro dan anda tak serius dalam perniagaan. Nak meniaga tapi nak kuar modal buat laman web pun kedekut ker? Hu hu .. Kalau anda pandai design sendiri website, bolehlah design tapi kalau tak pandai, boleh hire orang designkan laman web for u . Kalau anda tiada laman web yang rasmi, bolehlah jadi ahli Premium untuk OleWorld dan dapatkan laman web perniagaan anda sendiri. :)

Dapatkan emel pelanggan melalui mailing list. 
  • Bila customer masuk laman web kita, ada page yang khas untuk mereka join our mailing list, jadi apa maklumat terbaru yang kita nak sampaikan atau sebarang promosi produk dapat dilakukan segera. 

Gunakan Social Media seperti Facebook, Twitter , My Space & You Tube & Yang sewaktu dengannya.*
  • Social Media merupakan platfrom yang paling mudah untuk kita berinteraksi dengan pelanggan. Terdapat berpuluh ribu, ratusan ribu malah berjuta pelanggan sedang menanti kita, Jika betul caranya, kita boleh manjana wang melalui Social Media ini, and it is a very huge amount of money we're talking about, malah, ia akan berterusan kerana hubungan baik yang dibina dengan pelanggan. But how to use the Social Media as our marketing platfrom based? 
Well, uols nampak kan  tanda * yang i letak di atas nih untuk certain2 point. Itulah yang akan di fokuskan sekiranya anda menjadi Premium User di OleWorld ini. Apa & Siapakah OleWorld?

OleWorld merupakan satu syarikat yang memfokuskan tentang hal-hal online marketing. Ia menyediakan satu platform untuk mereka yang berminat menjana jualan melalui Business Page yang mengandungi 50 Intelligent Marketing Tools tersembunyi di belakang page tersebut. Apa yang menarik, anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar apabila menjadi ahli OleWorld. Satu sahaja yang anda perlukan - pandai menggunakan komputer secara asas. OleWorld menyediakan template perniagaan untuk anda menjual produk anda (anda hanya perlu isi tempat kosong yang diminta dan klik next sahaja sampailah siap) dan bukan itu sahaja, anda akan diajar tentang asas-asas ini: Social Media Marketing, Fusion Marketing & Video Marketing dalam memasarkan produk-produk anda. OleWorld pakar dalam bidang ini dan melalui latihan yang diadakan apabila anda menjadi Premium User, anda mampu menghasilkan jualan yang lebih banyak. Selain itu, OleWorld juga akan bertindak menjadi penasihat on how  u can double & triple your income, dan apabila pendapatan anda mencecah amount tertentu, consultation akan diberikan on how you can make a passive income from itThen, we duplicate the same process all over again sehinggalah kita berjaya mencapai RM 1 juta yang di idamkan. :) Its a long process, but we try to shorten the time. How? Hmmm.. that want u have to come & listen to the preview presentation yang akan diberikan oleh Doktor Radha Krishnan. You boleh tanya banyak soalan pada dia on the day ..:)

Bila PREVIEW akan dilakukan? Dimana? PREVIEW ni FREE ker berbayar? Hmmmm.. All the details are below: 


Tarikh: 2 Januari 2010 (Ahad) 
Masa: 2 pm - 4 pm (atau lebih bergantung pada soalan yg bakal di tanya) 
Tempat: Genius Baby On Board , 47-2, Jalan  Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, 41050, Puchong, Sgor 
Bayaran: PERCUMA

Call Watie @  016 203334 untuk menempah tempat anda. 

Jadi, sekiranya anda merasakan inilah masanya untuk anda bertindak, keluar dari kepompong kebiasaan yang anda lakukan dalam melakukan pemasaran terhadap produk anda, this is THE BEST TIME TO ACT!. Personally, saya sangat menggalakkan kawan-kawan semua datang, sebab Program ni memang unik dan boleh dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.Lepas dapat tahu dan pergi training nih, I called few of my friends & tell them about this. Semuanya sangat berminat dan tak sabar nak datang. Kebanyakkan usahawan internet, WAHM, SAHM dan ada juga jutawan yang bakal datang yer.  In fact, one of my friend bgtau I, dia kata dia ada pernah dengar this kind of program, similar  jugak katanya, tapi company nih ada their own produk semua, dan siapa yang join perlu hadir kursus 3 hari 2 malam, dapat produk dan sebagainya & how much it cost? RM 3000! My friend kata terbantut dia nak pergi sebab belum mampu lagi. Bila I bagitahu harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan perkhidmatan OleWorld - Business Page with 50 Intelligence Marketing Tools punya harga, she was so excited sebab dia pun tak sangka its very affordable! .

Now, let me be frank & reveal the price. Jadi, sebelum anda decide nak datang, u have something in your mind already. This is a real business & sorry to say I dont have to con here & there, cover sana sini takmo bgtau apa business. Waste time kan ..:) Pada Watie senang jer, I tell you the opportunity, the program so that u akan clear,  I've done my part & its up to u to decide. Opportunity knocks once - U nak, U amik, kalau takmo pun takpe, coz I don't loose anything, I'm happy to tell u coz I've done my part as a friend. :)

Anda boleh menyertai OleWorld secara PERCUMA BERBAYAR . Apabila BERBAYAR, anda akan menjadi PREMIUM USER dan akan mempunyai Business Page Anda sendiri (with all the Intelligence Mktg Tools built inside your page).Berapa harga yang perlu anda bayar?

SETAHUN cuma USD 95 sahaja atau dalam RM cuma RM 332.50 ( lock @ 3.5) 

* ini bermakna anda cuma perlu membayar ~ 0.91 sen sahaja sehari !

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghadiri latihan di OleWorld sepertimana yang saya terangkan di atas, dan semuanya dalah berkenaan dengan your own produk. Jadi, apa sahaja yang bakal diajar, anda mesti relatekan balik dengan produk anda. :) 

Not only that, from Ole World juga, anda boleh menjana wang! How? Ada 3 cara anda boleh menjana wang dari Ole World. :)

But, saja aku takmo citer dulu, sebab dah panjang sangat entry nih. Insya Allah di lain masa, aku akan buat entry atau kalau nak tau dengan segera, I suggestkan uols datang dengar preview OleWorld di Genius Baby On Board pada 2 Januari 2011 ini. Ia PASTI merubah pandangan anda! Buat masa sekarang, why not anda semua join FanPage OleWorld di FaceBook?  Klik gambar di bawah untuk ke FanPage OleWorld. 




Sekiranya anda rasa artikel ini dan ini berguna untuk keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai perniagaan onlineoffline tidak kira besar, kecil atau sederhana, di pasar malam, di tepi jalan atau di mana sahaja, kongsikan artikel ini dengan mereka. Ia mungkin berguna dan mereka pasti akan berterima kasih dengan anda atas perkongsian ini.  Anda boleh klik logo printer dibawah untuk mencetak atau kongsikannya di FaceBook anda. Heartiest thanks from me .:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Bersama Membantu Menaikkan Produk Kawan-Kawan, 


Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Saturday, December 25, 2010

When Q's Playing Together!


I just dont know how to explain it ... the feeling bila tgk adik beradik nih main bersama-sama. Its a nice feeling as a mother kan? Melihat aksi kedua-dua anak cuba menggembirakan hati masing-masing. Yang kakak kemain semangat nak gurau ngan adik, siap lari-lari lagi, yang adik pulak, walaupun tak boleh lari, tapi tergelak-gelak tgk aksi kakak. Sampai tergolek-golek dibuatnya!

Dua beradik ni memang manja. A simple activity camni pun boleh buat 2 beradik nih happy tau .. Just run & stop! As simple as that! .. :)

video
Bergurau-gurau with adik..:)

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Friday, December 24, 2010

Karnival 1Nita Yang Penuh Inspirasi!



Alhamdulillah, sesungguhnya, kami adalah orang-orang yang bertuah! Semuanya bermula pada satu petang Isnin yang lepas. Sedang aku sibuk menyiapkan barang-barang Learn By Art yang ingin di bawa ke Karnival Upin & Ipin, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari my partner - Kay memberitahu tentang Karnival 1Nita @ KLCC Convention Centre. Kay ajak aku join sama Karnival 1Nita ni. Dia pun dapat last minute info hari yang sama, baru dapat all the details. Aku pun semangat lah nak join sekali. Aku tanya bila. Dan Kay kata - "Malam ni pukul 8 kena setup booth!" Terkejut beruk aku dibuatnya! Ha? Malam  nih? Sekarang dah pukul 5 wei! Hapa pun tak siap nih! Mak aiii.. memang teruslah aku jadi sotong kurita. Nasib  baik gak lah aku memang tgh punggah2 barang utk Karnival Upin & Ipin, sekaligus lah aku kemas barang untuk Karnival 1Nita pulak.. Again .. nasib baik jugalah brochure Playgroup dah siap print, tinggal bawak jer. Cuma aku print informasi pasal GBOB dan Event yg bakal diadakan sepanjang December & Januari. pergh..Memang mencabar sungguh but I love it! Sesungguhnya, aku tak menyesal malah mensyukuri peluang yang datang ini. :)


Memang hebat Karnival ni. Bukan calang-calang!
Our Booth @ Number 17. Lucky number tau!

My main intention ke Karnival tuh bukanlah for sales, tetapi lebih pada memperkenalkan Genius Baby On Board & Wisma Bling Lustre pada masyarakat. Supaya kewujudan kami ini disedari dan apa yang kami lakukan mendapat sokongan dan perhatian mereka yang berkenaan. Karnival ini anjuran .MY Domain Registry dan mendapat sokongan kerajaan serta Kementerian. MOSTI, MY Ideas dan banyak lagi. :) Ia  dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Secara jujurnya aku bgtau, I really have NO IDEA AT ALL apa sebenarnya Karnival ni, yang aku tau, ia untuk usahawan Wanita, best sebab buat kat KLCC Convention Centre!

Me yang gedik di hari pertama. Siap pakai baju ala-ala Wanita Lindungan Kaa'bah tau! (bak kata Sheila Rusly kot!) 
Rak VCD GBOB

Sebab tuh lah aku bersyukur sangat dapat menyertai Karnival 1Nita nih, sebab di sinilah platform yang me & partner cari-cari selama nih. Barulah aku tau apa itu 1Nita, apakah visi, misi serta objektif mereka. Apa yang mereka lakukan untuk membantu golongan wanita, tak kisahlah ibu tunggal ker, ibu tinggal ker, wanita muda ker atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan internet dari 0! Pelbagai latar belakang yang menyertai 1Nita ni. Aku bersyukur juga, kerana apabila dah tahu pasl nih, bolehlah aku kongsikan di blog GBOB dan blog peribadi Genius Qarissa supaya sesiapa sahaja yang singgah atau terjumpa this blog dapat manfaat dari apa yang aku kongsikan. :) 

Shaklee Display
Baju Playgroup @ GBOB

Di hari kedua Karnival, sementara menunggu Jutawan Muda yang kacak lagi hensem bergaya serta chumel orangnya - Irfan Khairi  berucap dan memberikan Seminar tentang Perniagaan Internet, sempat juga aku mendengar sendiri ucapan dari Ketua Pelatih 1Nita - Datin Norizan Abdul Razak tentang apa yang 1Nita cuba lakukan. Memang berbaloi rasanya aku meninggalkan booth kami dan minta tolong jiran depan tengok-tengokkan booth sebab memang teringin sangat nak dengar Irfan Khairi kongsikan. Bukan senang nak dapat PELUANG PERCUMA ni. Kenalah manfaatkan sebaik mungkin. dan yang best, lehh kongsi2 maklumat ..:) 

Datin Seri Rosmah sudah sampai! 
Salammmmm
Keretanya...

Ok geng, secara ringkasnya, 1Nita nih menyediakan platform untuk sesiapa sahaja yang berminat melakukan perniagaan internet. Tak kisah latar belakang anda. Sila letakkan segala mak-bapak diploma, ijazah, master mahupun PHD yang anda anda untuk menyertai 1Nita ini (ni aku yg cakap bukan Ketua Pelatih tuh ..wakakka.. Pn Norizan tuh baik tau ..lembut and so motherly ...i likeee...) sebab dalam 1Nita, terdapat pelbagai latar belakang yang berbeza. dari orang yg tak pernah pegang komputer, tak tahu apa tuh mouse (dengar org sebut mouse bawah meja, dia lari sebab ingat mouse betul..hahaha.. ni Ketua Pelatih tuh cakap..) sampailah ke peserta yang lebih pandai dari cikgu yang mengajar tuh sendiri. :) Jadi, they cater all.:)





Anak-anakku yg glamer dua hari walaupun tak datang.. ekeeke
Brillkids display

Apa yang mereka lakukan adalah mengadakan bengkel secara PERCUMA kepada mereka yang berminat. Bengkel ini akan diadakan selama 3 hari. Kalau di KL, Selangor dan Melaka, ia di adakan di UKM Bangi. At the end of the 3 days, peserta akan mendapat satu domain sendiri yang berakhir dengan .my dan satu laman web perniagaan secara PERCUMA untuk tahun pertama. Bukan itu sahaja, peserta juga akan jadi ahli 1nita dan akan di didik secara berterusan oleh pasukan-pasukan dan pakar runding dr UKM. Memang hebat sebab mereka berkoloborasi dengan universiti tempatan. Banyak lagi yang mereka lakukan dan kengkawan boleh rujuk di laman web 1nita di www.1nita.my.

Ramai oooo... ni baru separuh gambar depan..
Melihat Datin Seri Rosmah menuju ke kerusi VIP

Watie menggalakkan sangat kawan-kawan mendaftar di laman web tersebut. Jadi apabila ada informasi dan maklumat terkini, kita akan dapat tahu. Bagi sesiapa yang nak register perniagaan mereka pun boleh. :) Rasanya tahun depan mereka akan mengadakan bengkel sekali lagi di UKM. Insya Allah Watie nak join juga. Kengkawan nak join sama tak? Mehlah sesama kita join untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita juga.:) Walaupun Watie dah tahu serba sedikit pasal perniagaan internet, tapi Watie tetap berhasrat nak pergi kalau ada peluang sebab bukan mudah kita nak dapat semua nih :) Sebab utama: SEBAB KITA TAK TAHU ADANYA PROGRAM SEPERTI INI YANG DISEDIAKAN KERAJAAN UNTUK KITA.Secara PERCUMA lagi. Mengenali mereka yang hebat2 di Karnival 1Nita itu sememangnya membuka mata dan minda! Watie dapat banyak kawan baru tau! :) 

Hasil board Playgroup GBOB yg disiapkan pada pukul 4.30 am !
Product learn By Art

Jadi, pada kawan-kawan, step pertama adalah MENDAFTAR diri di laman web tersebut okeh! :) Mari kita sama-sama menaikkan bangsa :) Bangsa Malaysia! Dan membuktikan yang WANITA JUGA BOLEH MAJU SETANDING DENGAN LELAKI MALAH LEBIH LAGI! Ewahhh.. :) 

Product Nursing Kurung dr Bling Buubies

Sememangnya, misi kami - Genius Baby On Board, Scriptory BoxBling Buubies dan My Shaklee Store tercapai sepanjang 2 hari di Karnival tersebut. Kami bertemu dengan banyak persatuan dan NGO yang ada kaitan dengan kerajaan dan sangat-sangat berminat dengan apa yang syarikat kami lakukan dan berminat pula untuk mengetengahkan konsep kami kepada badan-badan kerajaan yang berkaitan. Mereka sangat inspired with what we are doing currently, our future target dan seronok melihat kesungguhan kami. :) Bila mereka tahu me & Lyna ada special baby & toddlers, mereka lebih teruja.:) Sesungguhnya, Allah telah menunjukkan kekuasaan-Nya kan. Ada hikmahnya me bertemu Lyna secara online bila berblogging, jumpa di gathering, dapat tahu anak Lyna is a special baby after we met, then me mengandung lagi, pastu anak me pulak is a special baby, then kita jadi business partner with Kay and now, di sinilah kami berada. Cantik sungguh apa yang Allah telah rancangkan. Semoga persahabatan da jalinan ini berkekalan, Insya Allah ..:) 

Insya Allah, nanti Watie kongsikan lagi pasal Karnival 1Nita ni yer. Banyak sangat maklumat, kena pecah-pecah few entry. :) Watie pun nak bersiap ke Karnival Upin & Ipin jadi tak boleh lama-lama nak ngadap Lappy ..:) Kita jumpa di entry yang lain okei! 



post signature


Bersyukur Atas Kurniaan-Nya,
post signature

Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading