Thursday, February 10, 2011

Seminar Khas Untuk Businesswoman @ GBOB

Ok geng, this is a very -very mery-mery good Seminar untuk di hadiri oleh semua usahawan wanita tidak kira apa perusahaan yang anda usahakan, yang anda niagakan, secara serius atau sambilan, secara nyata atau maya. I would like to share this info with uols, pembaca setia blog Genius Qarissa & Genius Baby On Board dan ingin mengajak anda semua menghadiri Seminar ini yang julung-julung kali di adakan di GBOB. The name of this Seminar juga sangat unik dan saya suka! It's called - Wanita, Business & Magic!

Seminar ini bukan saya yang kendalikan (banyak lagi aku kena belajar sebelum nak buat this kind of Seminar.. too big for me weiii! Hahahah) tetapi seorang yang pakar dalam bidang perusahaan dan istimewanya, saya rasa dia seorang sahaja lelaki pada hari tersebut memandangkan Seminar ini diadakan KHAS UNTUK KAUM WANITA. :) Yer, Seminar ini akan di kendalikan oleh Mr Bat @ Mr Sifoo, pengasas Arifbillah yang sebelum ini mengadakan Seminar Rahsia Pesona Wanita di GBOB pada akhir tahun lalu. Kali ini, Mr Bat terpaksa mengalah dengan permintaan anak-anak buahnya yang inginkan beliau mengadakan Seminar Khas untuk usahawan Wanita Muslim. Selepas beberapa bulan mencari waku yang sesuai dengan jadual Mr Bat yang sangat ketat  & penuh tuh, akhirnya tarikh 19 Februari 2011 (Sabtu) ini dipilih.  

Wanita dan perniagaan memang tidak dapat dipisahkan kan? Walaupun kita kata dan kita rasa yang kita nih tak pandai menjual, tapi secara tak langsung kita sebenarnya telah pun menjual! Paling busuk pun kita akan menjual sesuatu tanpa kita sedari pada adik beradik atau saudara mara terdekat betul tak? Sambil-sambil makan kacang Ngan Yin time Raya tuh, sempat lak kita promote biskut Suji yang kawan opis kita buat kemain sedapppp lagi sampai kita termimpi2 kekdahnya! Dan, sedara kita yg dengar pun tetiba terliur  dan terus ter"order" dengan kita! Hahahaha... Nampak tak macam mana hebatnya wanita nih? Dalam sekelip mata boleh "sold" sebotol biskut suji walaupun raya dah habis! Eekekek.

Itu secara tak langsung dan tak sengaja. Tapi bagaimana pula dengan wanita yang sememangnya telah pun berada dalam bidang perniagaan? Tidak kiralah apa pun perniagaan yang anda lakukan. Bagaimana anda melalui naik turun perniagaan yang anda kendalikan selama ini? Andakah anda mengambil serius segala perkara tentang syarikat @ bisnes yang anda kendalikan atau mengambil enteng perkara ini? Ada bisnes adalah, takder business pun takper.Ada aku kesah?? Hmmm ... Tepuk dada tanya diri okeh! Atau anda mungkin rasakan yang anda dah berusaha sebaik mungkin, sehabis daya, mengorbankan hampir segala-galanya demi untuk memastikan perniagaan anda maju dan berjaya tetapi seringnya ada sahaja perkara yang menyebabkan bisnes anda gagal. Tak cukup dengan bisnes A, tukar bisnes B, tambah bisnes C, pastu join pulak bisnes D, tapi satu pun tak maju-maju. Setakat ala-carte kadar sahaja pulangannya. Penat yang lebih, tak setanding dengan apa yang kita dapat. Nak kata muka tak manis, silap2 dah banyak pakai pemanis sampai kena kencing manis kekdahnya, tapi masih juga tak dapat menarik perhatian pelanggan. Nak kata convincing power tak cukup bagus, dah beribu habis  duk pergi Seminar Pemantapan Diri, Sales Seminar dan sebagainya, tapi masih tak jalan. Sampai kadang-kadang mati kutu, tak tahu apa nak buat lagi, sudahnya mengalah jer lah. Baik kerja dengan orang, kerja makan gaji dari buat bisnes kalau apa yang diimpikan tak pernah terjadi. Modal dah banyak keluar, tapi pulangan tak masuk-masuk. Apa silapnya ya? Kita sememangnya ditakdirkan untuk tidak berniaga atau kita yg salah pilih produk? Atau kita cepat terpengaruh dengan kepercayaan yang orang dengki dengan bisnes kita dan menggunakan sihir untuk menutup periuk nasi kita? Samada kita nak teruskan perjuangan, mengalah atau berhenti ditengah jalan? 

Hmmm.. itulah di antara perkara yang akan dikupas oleh Mr Bat dalam Seminar ini nanti. Bukan itu sahaja, banyak lagi input yang akan dibincangkan oleh Mr Bat dengan semua peserta. Sebab tu lah Seminar ini mengambil masa yang agak panjang, dari pukul 12 tgh hari   hinggalah ke malam. Dari apa yang aku tahu dan dapat info melalui my friend, Alina yang mengendalikan proses pendaftaran Seminar ini, antara perkara yang akan di kongsikan oleh Mr Bat ialah :
  • Pesona & Perniagaan
  • Etika Perniagaan  
  • Turun Naik Perniagaan
  • Jalan-jalan Cari Rezeki 
  • Zakat 
  • Pertuturan & Penjualan 
  • Sihir & Permainan Dunia Perniagaan
  • Sangkak, Sial, Suwey  Or What?
  •  dan banyakkkkkk lagiiii....

Istimewanya Seminar ini, melalui apa yang aku dapat tahu from my friend Alina tuh, Mr Bat akan get in touch with all the participants. Maksudnya, semua peserta seminar akan dikumpulkan mengikut jenis perniagaan yang mungkin sama atau hampir sama dalam satu kumpulan, dan beliau akan bertemu face to face dengan kumpulan-kumpulan ini dan memberikan consultationnya around 15 minutes each group. Dengan cara ini, beliau dapat memahami dengan lebih mendalam perniagaan setiap peserta dan memberikan nasihat serta info yang berguna yang dapat diaplikasikan mengikut jenis perniagaan itu. 

Selain dari tips-tips perniagaan yang boleh di amalkan oleh para usahawan Wanita Muslim ini apabila mengendalikan perusahaan masing-masing, Mr Bat juga akan menyentuh tentang keagamaan dalam perniagaan. Kita berniaga bukan setakat nak untung semata-mata kan? Tetapi kita nak juga keredhaan Allah SWT. Tu yang lebih penting sebenarnya. :) So, part ini juga akan disentuh oleh Mr Bat ..:) 

Sebelum bermulanya Sessi Seminar ini, akan di adakan Sessi Pendaftaran pada pukul 12.30 noon dan Lunch yang akan disediakan oleh pihak Arifbillah Team. Dalam pada itu juga, akan diadakan Networking Session @ sessi suaikenal sebelum Majlis bermula dan semua peserta sangat digalakkan untuk membawa sample produk masing-masing atau brochure @ leaflet ke Seminar ini untuk dikongsi bersama ketika Networking Session diadakan. peluang yangs angat baik untuk anda mengembangkan rangkaian perniagaan kan? Hmmmm ..:) Ai Likeee...

Berikut adalah maklumat tentang Seminar ini. Sekiranya anda berminat untuk menghadiri Seminar ini, anda boleh menghubungi Watie atau menghubungi terus Puan Alina di talian 013-3364536 untuk Pendaftaran. I guarentee - You wont regret! 



post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading