Thursday, March 3, 2011

Bersyukurlah Wahai Para Ibu & Bapa..


Bersyukurlah ...


Bersyukurlah  apabila anak kita menangis, kerana itu menandakan dia ada suara dan ada air mata

Bersyukurlah apabila anak kita kuat menyepah, kerana itu menandakan dia ada tangan, dia ingin meneroka

Bersyukurlah apabila anak kita tantrum, kerana itu menunjukkan dia ada perasaan, dan dia cuba melepaskan rasa di hati. 

Bersyukurlah apabila anak kita mengamuk sambil menendang-nendang, kerana itu menandakan yang dia ada kaki dan cuba memaksimumkan kakinya sebaik mungkin. 

Bersyukurlah apabila anak kita kuat membebel, kerana itu menandakan dia ada mulut dan tidak bisu. 

Bersyukurlah apabila anak kita banyak bertanya soalan, kerana itu menandakan yang dia ingin tahu, dan ingin belajar sesuatu. 



*Kita terlalu banyak mengeluh dan merungut apabila berlaku perkara di atas. Kita sering melihat sesuatu yg berlaku dr sudut yang negatif sahaja, cuba kita lihat dari sudut yang lain pula, dan kita akan bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah SWT berikan. Fikirkan seketika, sekiranya Allah menarik kembali nikmat ini, rasanya sudah terlambat untuk kita bersyukur ... * 


post signature

Peringatan untuk saya juga yg kadang kala tersasar....
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading