Friday, March 4, 2011

Quzayra Read With LR @ 10 Months Age.


Masih ingat video di bawah? Inilah video pertama yang saya rakamkan, saya menjadi titik tolak bermulanya Genius Baby On Board. Saya tidak menyangka dan tidak juga menduga, yang video ini memberikan inspirasi yang bukan sedikit untuk para ibu bapa di luar sana. Saya gembira dapat berkongsi maklumat dengan anda, dan membuktikan yang anak kita sememangnya bijak! Dan saya lebih gembira apabila mendapati, semakin hari, semakin banyak video-video sebegini dihasilkan oleh rakan-rakan saya, baik rakan-rakan sekolah, universiti, FB malah rakan-rakan yang saya kenal melalui alam internet, atau mungkin melalui perbualan di telefon sahaja. Bertambah bangga kerana hampir kesemuanya bayi dan kanak-kanak melayu Islam yang ibu bapanya percaya & yakin dengan konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 

My Genius Qarissa

Kini, segala-galanya seolah-olah berulang kembali. Saya seolah-olah di bawa kembali ke masa silam, setahun setengah yang lepas, melihat kembali senario yang sama, tempat yang sama, meja yang sama, file yang sama cuma orang dan umurnya sahaja yang berbeza (oh, dan Lappynya pun lain sedikit..heheheh..ni memang Lappy anak-anak saya). Ya, kali ini dengan Quzayra pula. Terharunya saya, kerana saya merasakan saya semakin tua, anak sulung saya dah masuk 2 tahun 9 bulan, yang nombor 2 dah pun 10 bulan. Tau-tau jer nanti, Zayra pun dah 2 tahun lebih..:( Sekejap betul masa berlalu kan? Memang pilu juga mengenangkan anak-anak kita akan besar, akan bijak, akan pandai, masuk sekolah Tadika, kemudian Sekolah Rendah, seterusnya Sekolah Menengah & Universiti, Insya Allah. Dan kita akan mengharungi hari-hari tua bersama suami tercinta jika panjang umur dan kalau dapat rezeki cepat, mungkin bercucu pula. Hmmmm.. Putaran dunia.:) Sesungguhnya, inilah bekalan dan kenangan yang akan saya simpan sampai bila-bila. Melihat kembali anak kecil saya yang bijak, melihat kembali betapa petahnya mereka berkata-kata dan membuat aksi, menggembirakan saya setiap hari, memenatkan saya tanpa jemu. Merekalah bayi yang pernah saya kendong, yang pernah saya pangku, saya pernah saya peluk, cium, babab dan gomol. Selamanya mereka akan menjadi bayi saya, menjadi puteri di hati saya & suami. :) Saya tidak akan jemu memainkan setiap video yang ada dalam koleksi saya untuk mengingatkan saya apa yang telah saya lakukan sebagai ibu semasa mereka kecil, apa tanggungjawab yang saya telah laksanakan sebagai pemegang amanah Allah SWT dan apa yang telah saya lakukan kepada masyarakat sebagai rakyat Malaysia. Apabila saya berusia 60 tahun nanti, kalau panjang umur dan jika saya menatap kembali setiap video yang ada, mungkin saya akan menangis dengan penuh rasa terharu, mungkin saya akan menontonnya dengan cucu saya pula, dan ketika itu, saya sangat berharap saya telah pun melakukan sesuatu yang anak saya banggakan. Saya harap, ketika itu, blog ini masih lagi aktif dan anak saya dapat membaca setiap patah kata yang ibunya coretkan, setiap inci pencapaian mereka saya tuliskan, bukan bermaksud saya menceroboh privasi anak saya, langsung tidak terniat begitu, tetapi kerana ingin mereka tahu yang saya bangga, cukup bangga dengan mereka dan saya ingin memberitahu dunia betapa gembiranya saya memiliki anak secantik dan sebijak mereka. :) Semoga Allah SWT merahmati dan memanjangkan usia kami sekeluarga. Amin ..:)

My Genius Quzayra


post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading