Thursday, March 31, 2011

Miss Anne J: Wanita Kecelaruan Identiti?

Kalau tak kerana sepupu hubby, Irwan bgtau aku, aku pun tak tahu yg sebenarnya gambar aku dah kena curi dan dijadikan profile picture untuk satu akaun bernama Anne J di akaun Tagged. Irwan msg aku kat FB dia kata dia nampak gambar aku kat sana, betul ker tu aku? Aku cuma sempat baca dalam hp jer, tak sempat nak gi cek dalam tenet, maklumlah, kan kebelakangan nih aku dapat jawatan baru - House Manager a.k.a Maid memandangkan aku takder maid lepas Nor balik Indon dan maid sorang lagi dah cabut, so mmg aku sgt bz dengan rumah dan anak-anak serta kerja2 pejabat. So, memang jarang dapat online, sebab tuh korang tgk blog ni jarang berupdate lately. Tak tahulah sampai bila, sampai dapat maid barulah kot, baru tenang hati aku nak mencurahkan apa2 idea yg best-best dalam blog ni. Hehehehe.. :)

Miss Anne J kononnya! J for?? 

So, only after few days baru aku berkesempatan bukak link yang Irwan bagi. Mak aiii.. terkejut jugaklah aku bila terpampang muka aku yang muda belia terpampang dengan gahnya dalam akaun tuh! Masa gua umur 25 tahun bai... muka stok tegang giler kulit, hahhaha.. (skang dah kedut ker? erkk!) aku tau sgt dari mana minah nih curi gambar aku! Dia amik kat website CRONY! Kan dulu aku kerja CRONY, so memang aku ada letak my story pasal Program Pembentukan Tubuh yang CRONY offer. Memang aku gunakan diri sendiri as Testimoni masa tuh, dan aku letak gambar before and after, tak sangka plak minah nih berkenan gambar aku yg tengah "gemuk" nih! Hahahaha.. Aku actually taklah gemuk sgt, biasa-biasa jer, cuma shape makin ketara especially the sexy bone part,  so this minah yang aku rasa "kecelaruan identiti" dah curi gambar aku siul! Hadoii... aku pun tak tahu nak marah ker tak .. kalau aku nih artis ker, pelakon ker, penyanyi ker, aku tak kesah pun dia nak curi gambar tuh dan jadikan Profile Picture, berlambak2 orang letak gambar artis as Profile Picture kan, tapi masalahnya aku nih orang kebanyakan, bukan glamor pun, so apa motif dia pun aku tak tahu. 

Dia curi gambar ni dari website aku ni ha!

Mula-mula aku ingat nak abaikan jer, malas nak add as friend pun, tak kuasa aku nak buat akaun Tagged weh! Tapi aku risau juga kalau minah nih salah gunakan akaun tuh dan muka aku utk lakukan perbuatan yang tak baik dan menyalahi undang-undang. Kebetulan pulak, adik Irwan pun penah kena curi gambar kat FB pastu this lady siap offer khidmat sex guna gambar dia lagi! So, aku rasa lebih baik aku bgtau kat blog aku yg gambar aku dah kena curi ngan Miss Anne J dan sila jgn percaya itu adalah aku yg saja nak guna nama glamer konon! Hahhahaah... Kalau rajin, korang clicklah "Report Abuse" so that pihak Tagged leh remove that account immediately. In the mean time, I hope this Anne J (kalau dia baca blog ni lah kan .. ), sila lah guna gambar sendiri baiiiii! Sungguh tak pro lu guna gambar gua wei! Baik ko guna gambar Rozita Che Wan ker, Fasha Sandha ker, lagik best! Dorang kan menang anugerah artis terseksi Harian Metro baru-baru nih! Ekekekekeek... Ker indirectly ko nak ngutuk aku, nak bgtau yang aku dah tua? Maklumlah, 6 tahun dah berlalu kan? Hhahahahha... Sapa nak tgk akaun nih, ni link dia :


So kengkawan, kindly take note ok! This account does not belong to ME!! Kalau nak tgk info penuh pasal gambar nih, ni link dia ..:) 




post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading