Qarissa yg lehernya berlapis-lapis. Hehehhee
Malam ini, saya menerima panggilan istimewa dari rakan UTM saya,
Naimah yang kini mengikut suaminya yang bertugas di kedutaan M'sia di
Vienna, Virginia, US. Seronok & bertuah betul sahabat saya ni, sambil menyelam minum air org kata. Jadi
housewife, jaga anak dan dapat tgk negara org! Seronoknya, saya ni ntah bila nak dapat peluang cam tuh yerk! Hmm..kalau dapat pun, tak mungkin suami nak ikut saya keluar negara tuh! Tak mungkin hubby saya nak korbankan kerjayanya sekarang ...saya boleh terus
BERANGAN..Hhehehehe
Lama juga kami berborak, hampir 45 minit. Macam-macam lah cerita keluar tapi boleh kata 90% pasal anak! Hehhehe..lain betul rasanya jadi ibu kan! Secara automatik topik ketika berborak adalah ANAK! Dulu masa kat UTM, lain topiknya bila berbual...aduhai...masa betul-betul telah merubah kita kan ..(rasa semakin tua pulak....aduh..)
Sahabat saya ini juga merupakan "pembaca setia" blog saya. Hhehehe..saya suruh dia buat blog juga, katanya, ada 2 entry sahaja setakat nih, jadi dia malu nak tunjukkan pada saya. Saya galakkan @ "paksa" jgk dia buat entry baru, hehehe.. Insya Allah lepas ni, dapatlah saya lihat tumbesaran Kashful yang comel & gebu cam anak mat salleh tuh! (dah maknya comel versi siti nurhaliza pakai tudung! hehhe...)
Jadi, sebagai galakan & tanda terima kasih sebab sanggup telefon saya jauh-jauh, saya "hadiah" kan video ni utk tatapan sahabat saya ni. Bukan untuk dia sahaja tau, tapi untuk anda semua yang mempunyai anak berusia 0-6 bulan. Kashful ketika ini berusia 3 bulan, jadi memang sesuai kalau aktiviti ini di amalkan oleh Mummynya setiap hari..Hhheeh.. Kalau baby anda berusia lebih 6 bulan & anda masih belum melakukan aktiviti seperti ini, jangan risau Masih belum terlambat untuk melakukannya! Buat sekarang ok!!
Aktiviti di dalam video ini di ambil semasa kelas Gymboree Qarissa untuk Level 1. Masa ni umur dia 4 bulan. Basiccally, this activity is stimulate her eyes, be more focus & stimulate the whole part of the body & to be more socialise. Video nih lama jugak, dalam 9 minutes ++ but its worth watching. Ada 3 aktiviti yang kami lakukan. Saya terangkan secara ringkas jadi mudah untuk anda melakukannya di rumah!
1. Mirror Time
- untuk Qarissa bersosial bersama teman2 sekelas (masa kat Gymbo). Kalau kat rumah, saya bersosial berdua jer ngan Qarissa depan cermin. Hehhehe.. Lebih bagus kalau anda dapatkan cermin yang "bukan cermin" tapi jenis plastik yang memantulkan semula wajah kita.Bukan apa, takut nanti tgh2 social kan..pecah plak cermin tuh, terus jadi so..si*l..hahahhahaa..Macam saya kat rumah, memang takder cermin plastik ni, tapi dalam bilik saya ada cermin besar (pintu utk walk in wardrobe saya adalah cermin sepenuhnya, senang nak mekap..hahahha) jadi saya gunakan cermin itu sepenuhnya untuk bermain dengan Qarissa. Sejak dari dia LAHIR tau!. Bukan tuh jer, seluruh cermin saya kat rumah jadi tempat kami bergurau. Setiap kali nampak cermin, mesti saya akan berborak dengan Qarissa melalui cermin. She like it so much!! Dalam usia 6 bulan, dia dah pandai main Peek A Boo kat cermin tu. Yang geramnya, pandai pulak dia sengetkan kepala sampai terteleng2 nak pandang saya yang ada belakang pintu cermin tuh. Hehehe..Kelakar!
2. Kain jarang bewarna warni.
- Aktiviti ni pun best. Untuk stimulate mata dia. Banyak jenis aktiviti yang kita boleh main dengan kain nih. Tak kesahlah apa jenis kain yg anda gunakan, janji jarang supaya our baby can actually see our face (untuk main Peek A Boo, teringat plak saya, hari tu masa main ngan Qarissa kat rumah, dia tgh excited dan saya sempat capai lampin jer untuk main Peek A Boo! Buruk perangai btol! Hahahhaha..) Selain dari permainan Peek A Boo guna kain ni, kita boleh baling-balingkan kain tuh ke udara dan grab balik bila nak dekat2 sampai kat muka anak kita. mesti dia excited tgk benda tu terbang depan mata dia (hati hati tau! Jangan sampai terlempang anak plak! Hahhaa..) .
Then kita boleh gumpal-gumpalkan kain tu dan usap2 kat bhg2 badan anak kita sambil bgtau dia nama bhg2 badan tu. Biar anak kita rasa the different of the material. Satu lagi, kita boleh guna gulung-gulung kain tuh, letak kat kepala sambil nyanyi lagu "Head, Shoulder, Knee & Toes" dekat anak kita. Sambil nyanyi, sambil letakkan kain tuh di bhg2 yang kita sebutkan. Satu lagi, another way untuk main Peek A Boo, kita letakkan kain di atas kepala anak kita, dan kemudian nyanyikan lagu (sebarang lagu lah, lebih bagus kalau anda reka sendiri yg ada kaitan dengan mainan sembunyi-sembunyi, hehehe) dan kemudian sebut Peek A Boo sambil tarik kain tu dari kepala anak anda. Lebih best lagi, buat silly face dekat dia. Mesti dia suka giler... (muka saya nih dah macam joker kalau main ngan Qarissa...siap jelir-jelir lidah macam si Roy dalam filem Remaja tuh...penat buat muka silly tau!)
3. Baby Massage.
- Aktiviti ni bagus sangat untuk tumbesaran anak anda. Siapa yang anak lahir tak cukup bulan tuh, memang bagus kalau amalkan baby massage at least 2 kali sehari. Pagi selepas mandi dan petang pun lepas mandi. Anak akan jadi cepat besar tau. Boleh guna any losyen yg anda ada, Tak semestinya massage oil. Dalam video ni, ada teacher dia ajar camner nak massage baby. Maid saya memang rajin massage kan Qarissa sejak lahir. Saya pun sama. Qarissa apa lagi. Memang jadi boss tau! Time massage tuh, saya akan borak-borak dgn Qarissa. Saya selalu kata, "Boss, nak massage Boss..? Sedap Boss..?" Member muka syioookkkk ooo... Hehhehe.. Sambil-sambil massage tuh, nyanyi-nyanyilah untuk anak kita ..Mesti dia suka dengar suara "buluh perindu" anda tu tau!! Selain tuh, anda juga bolehlah lakarkan ayat "I Love You" atau eja nama anak anda di perutnya! Selain untuk stimulate kulit dia (rasa geli), secara tak langsung anda curahkan perasaan sayang pada anak anda!
So, inilah serba sedikit tips & ilmu yang dapat saya kongsikan bersama anda hari ini. Jangan tak buat tau! (penat saya tulis..skang kul 3.08 pg tau..hu hu). Amalkan yer..PERCUMA jer nak buat2 nih semua, bukan kena bayar pun kan! Semua barang memang dah ada dekat rumah kita. Hhehehee.. hendak dgn tak nak jer kita amalkan..:)
Selamat menonton video ini...Adios...Enjoy....!
Wargh..kain batik tak tahan..heheh..maid saya lupa bawak selimut!! Hehhee.
Mummy Qarissa,