Friday, May 29, 2009

Children Toys Warehouse Sales @ Pedypak

Hi Friends,

Petang ni saya & suami nak ke Pedypak sebab ada warehouse sales untuk Children Toys & Acessories. Hhehehe..Nak beli pagar..saya dah penat main kejar-kejar dengan Qarissa. Habis semua tangga dari bawah sampai atas (yer ..sampai atas..) semua dia jelajah..as i always said "Siap buat lawatan sambil belajar ke setiap bilik kat tingkat atas!!"

Memandangkan sekarang ada warehouse sales, we all pun tak sabar-sabar nak pergi dan beli pagar untuk Qarissa. Hheheh.. So, saya nak berkongsi info ni semua dengan anda. Sesiapa yang rasa nak beli barang-barang anak maacam Tricycle, Baby Stroller, Car Seat, Baby Walker dan segala macam keperluan anak, bolehlah ramai-ramai serbu warehouse nih wokeh...:)

Pada kawan-kawan, jiran-jiran, makcik-makcik, pakcik-pakcik, atuk-atuk & nenek-nenek sekalian, bermula hari Isnin ni, genap lagi 26 hari selepas tu b'day Qarissa YANG PERTAMA (wahh...dah besar anak Mummy sayang..), jadi memang moleklah kalau semuanya berkunjung ke warehouse nih, macam-macam barang boleh dipilih untuk...ehem ehem ...isk malulah nak sebut ..ahaks ..!!!



28 Mei - 7 June 2009
9.00 am - 6.00 pm

Nanti kalau dah pergi, saya update kan apa2 info yg patut ok..hehhe..harap2 murahlah barang2 dia...takut nama jer warehouse, tapi harga still mahal...hampess jer nanti..hehehe

Ok, alamatnya kat sini:

KLTC Corporation Sdn Bhd Lot 10797 Lebuhraya Petai, Pandamaran Light Industrial Area, 42000 Port Klang +603 31650910/ 0920


Sapa tak tahu jalan, leh tgk map nih...


Mari serbu,


Thursday, May 28, 2009

Aktiviti: For Your Babies 0 - 6 month old.


Qarissa yg lehernya berlapis-lapis. Hehehhee

Malam ini, saya menerima panggilan istimewa dari rakan UTM saya, Naimah yang kini mengikut suaminya yang bertugas di kedutaan M'sia di Vienna, Virginia, US. Seronok & bertuah betul sahabat saya ni, sambil menyelam minum air org kata. Jadi housewife, jaga anak dan dapat tgk negara org! Seronoknya, saya ni ntah bila nak dapat peluang cam tuh yerk! Hmm..kalau dapat pun, tak mungkin suami nak ikut saya keluar negara tuh! Tak mungkin hubby saya nak korbankan kerjayanya sekarang ...saya boleh terus BERANGAN..Hhehehehe

Lama juga kami berborak, hampir 45 minit. Macam-macam lah cerita keluar tapi boleh kata 90% pasal anak! Hehhehe..lain betul rasanya jadi ibu kan! Secara automatik topik ketika berborak adalah ANAK! Dulu masa kat UTM, lain topiknya bila berbual...aduhai...masa betul-betul telah merubah kita kan ..(rasa semakin tua pulak....aduh..) 

Sahabat saya ini juga merupakan "pembaca setia" blog saya. Hhehehe..saya suruh dia buat blog juga, katanya, ada 2 entry sahaja setakat nih, jadi dia malu nak tunjukkan pada saya. Saya galakkan @ "paksa" jgk dia buat entry baru, hehehe.. Insya Allah lepas ni, dapatlah saya lihat tumbesaran Kashful yang comel & gebu cam anak mat salleh tuh! (dah maknya comel versi siti nurhaliza pakai tudung! hehhe...) 

Jadi, sebagai galakan & tanda terima kasih sebab sanggup telefon saya jauh-jauh, saya "hadiah" kan video ni utk tatapan sahabat saya ni. Bukan untuk dia sahaja tau, tapi untuk anda semua yang mempunyai anak berusia 0-6 bulan. Kashful ketika ini berusia 3 bulan, jadi memang sesuai kalau aktiviti ini di amalkan oleh Mummynya setiap hari..Hhheeh.. Kalau baby anda berusia lebih 6 bulan & anda masih belum melakukan aktiviti seperti ini, jangan risau Masih belum terlambat untuk melakukannya! Buat sekarang ok!! 

Aktiviti di dalam video ini di ambil semasa kelas Gymboree Qarissa untuk Level 1. Masa ni umur dia 4 bulan. Basiccally, this activity is stimulate her eyes, be more focus & stimulate the whole part of the body & to be more socialise. Video nih lama jugak, dalam 9 minutes ++ but its worth watching. Ada 3 aktiviti yang kami lakukan. Saya terangkan secara ringkas jadi mudah untuk anda melakukannya di rumah! 

1. Mirror Time 
- untuk Qarissa bersosial bersama teman2 sekelas (masa kat Gymbo). Kalau kat rumah, saya bersosial berdua jer ngan Qarissa depan cermin. Hehhehe.. Lebih bagus kalau anda dapatkan cermin yang "bukan cermin" tapi jenis plastik yang memantulkan semula wajah kita.Bukan apa, takut nanti tgh2 social kan..pecah plak cermin tuh, terus jadi so..si*l..hahahhahaa..Macam saya kat rumah, memang takder cermin plastik ni, tapi dalam bilik saya ada cermin besar (pintu utk walk in wardrobe saya adalah cermin sepenuhnya, senang nak mekap..hahahha) jadi saya gunakan cermin itu sepenuhnya untuk bermain dengan Qarissa. Sejak dari dia LAHIR tau!. Bukan tuh jer, seluruh cermin saya kat rumah jadi tempat kami bergurau. Setiap kali nampak cermin, mesti saya akan berborak dengan Qarissa melalui cermin. She like it so much!! Dalam usia 6 bulan, dia dah pandai main Peek A Boo kat cermin tu. Yang geramnya, pandai pulak dia sengetkan kepala sampai terteleng2 nak pandang saya yang ada belakang pintu cermin tuh. Hehehe..Kelakar!

2. Kain jarang bewarna warni. 
-  Aktiviti ni pun best. Untuk stimulate mata dia. Banyak jenis aktiviti yang kita boleh main dengan kain nih. Tak kesahlah apa jenis kain yg anda gunakan, janji jarang supaya our baby can actually see our face (untuk main Peek A Boo, teringat plak saya, hari tu masa main ngan Qarissa kat rumah, dia tgh excited dan saya sempat capai lampin jer untuk main Peek A Boo! Buruk perangai btol! Hahahhaha..) Selain dari permainan Peek A Boo guna kain ni, kita boleh baling-balingkan kain tuh ke udara dan grab balik bila nak dekat2 sampai kat muka anak kita. mesti dia excited tgk benda tu terbang depan mata dia (hati hati tau! Jangan sampai terlempang anak plak! Hahhaa..) . 

Then kita boleh gumpal-gumpalkan kain tu dan usap2 kat bhg2 badan anak kita sambil bgtau dia nama bhg2 badan tu.  Biar anak kita rasa the different of the material. Satu lagi, kita boleh guna gulung-gulung kain tuh, letak kat kepala sambil nyanyi lagu "Head, Shoulder, Knee & Toes" dekat anak kita. Sambil nyanyi, sambil letakkan kain tuh di bhg2 yang kita sebutkan. Satu lagi, another way untuk main Peek A Boo,  kita letakkan kain di atas kepala anak kita, dan kemudian nyanyikan lagu (sebarang lagu lah, lebih bagus kalau anda reka sendiri yg ada kaitan dengan mainan sembunyi-sembunyi, hehehe) dan kemudian sebut Peek A Boo sambil tarik kain tu dari kepala anak anda. Lebih best lagi, buat silly face dekat dia. Mesti dia suka giler... (muka saya nih dah macam joker kalau main ngan Qarissa...siap jelir-jelir lidah macam si Roy dalam filem Remaja tuh...penat buat muka silly tau!) 

3. Baby Massage. 
- Aktiviti ni bagus sangat untuk tumbesaran anak anda. Siapa yang anak lahir tak cukup bulan tuh, memang bagus kalau amalkan baby massage at least 2 kali sehari. Pagi selepas mandi dan petang pun lepas mandi. Anak akan jadi cepat besar tau. Boleh guna any losyen yg anda ada, Tak semestinya massage oil. Dalam video ni, ada teacher dia ajar camner nak massage baby. Maid saya memang rajin massage kan Qarissa sejak lahir. Saya pun sama. Qarissa apa lagi. Memang jadi boss tau! Time massage tuh, saya akan borak-borak dgn Qarissa. Saya selalu kata, "Boss, nak massage Boss..? Sedap Boss..?" Member muka syioookkkk ooo... Hehhehe.. Sambil-sambil massage tuh, nyanyi-nyanyilah untuk anak kita ..Mesti dia suka dengar suara "buluh perindu" anda tu tau!! Selain tuh, anda juga bolehlah lakarkan ayat "I Love You" atau eja nama anak anda di perutnya! Selain untuk stimulate kulit dia (rasa geli), secara tak langsung anda curahkan perasaan sayang pada anak anda! 

So, inilah serba sedikit tips & ilmu yang dapat saya kongsikan bersama anda hari ini. Jangan tak buat tau! (penat saya tulis..skang kul 3.08 pg tau..hu hu). Amalkan yer..PERCUMA jer nak buat2 nih semua, bukan kena bayar pun kan! Semua barang memang dah ada dekat rumah kita. Hhehehee.. hendak dgn tak nak jer kita amalkan..:)

Selamat menonton video ini...Adios...Enjoy....!

Wargh..kain batik tak tahan..heheh..maid saya lupa bawak selimut!! Hehhee.

Mummy Qarissa,



Wednesday, May 27, 2009

Write Up About My Business @ SuperMummy Blogs!

Wah, banyak betul perkara-perkara yang menggembirakan saya minggu ini sampai tak sempat-sempat saya nak update blog ni. Rasa lama betul saya tak update sejak hari Isnin lagi!Hari ni dah hari Khamis! Gosh..got to catch up fast!! Bukan apa, sejak saya jumpa FORUM pasal reading @ 1 year age tuh..saya teruja betul..2 hari saya mengadap forum tuh & DOWNLOAD learning kit utk Qarissa PERCUMA! Leka sampai lupa nak mengpdate blog! Tau tau dah malam jer...

Takperlah, tu cerita kemudian, banyak saya nak kongsi nih, satu-satu okay ..takut nanti panjang sgt - lari topik plak. Saya sebenarnya gembira dan terharu hari ni sebab rakan internet saya, Intan Zalina a.k.a Malaysian Super Mummy telah menulis write up khas untuk Perniagaan Internet pertama saya iaitu - Perfume For All di laman blognya! Bukan itu sahaja, alhamdulillah, sebab banyak dapat komen positif dari rakan-rakan blog yang lain terutamanya Mummy-Mummy sekalian. Hhehehe..

Ceritanya begini, saya menjadi salah seorang penaja dalam Pertandingan Super Mummy Award baru-baru ini. Pemenangnya adalah Mommy Lyna from My Superkids (she really deserved it tau...). Mula-mula saya ingat nak join (menang kalah lain cerita, yang penting seronok sama-sama, heheehh) tapi dah tutup pula contestnya ..hu hu, sedeylah plak..so saya pun bercadang nak sponsor hadiah sebab saya tahu perempuan mesti suka minyak wangi. Hehhee..mesti mak mak ni happy dapat hadiah perfume..Saya pun emel lah pada Intan, dan after few emails, i pun semangatlah nak jumpa Intan @ Bangsar. yerlah, nak gak tgk muka Super Mummy kan ..tgk kat blog tak sama weh..hehehehe, tapi sayangnya, tak dapat jumpa sebab Super Mummy tak kuar rumah hari Ahad lepas..saya pun tak der ke area Kelana Jaya. Pikir punya pikir, sudahnya saya pos sahaja perfume tuh..(tapi saya risau betul kalau kemek tau..yerlah, kalau boleh, saya nak bg perfect gifts pada the winner, kalau kemek2 kotak dia, mesti buruk dah ..huhu...sayangnya ..). Saya balut tebal-tebal dan pastikan dia tak kemek walaupun abg posmen campak-campak (manalah tau kan..). Selagi tak sampai, risau jer saya..

Alhamdulillah, sampai jugak hadiah tuh pada Intan & double happy sebab Intan kata suka my gift tuh! Nasib baik lah tak kemek kotaknya ..Lega saya ..Sekali tuh, tetiba bila saya bukak blog Qarissa, saya nampak ada write up pasal PFA kat blog Super Mummy. Wah..terharunya saya. Memang Intan ada kata dia akan wat write up sket dalam blog, tapi tak lah sangka dapat respon yang baik & secepat ini. Thank u Intan..Really appreciate it..:) suka juga i baca komen-komen tuh yang kata this perfume good & long lasting. Yerlah, this is my main business sejak menjadi WAHM kan, I need to make sure i deliver the best to my customer. Hehhehe

Pada rakan2 yang lain, feel free to surf Super Mummy blog to read the write up ok.. Just click the picture below..& feel free to drop some comments ok! Thank you friends...sejak saya berblog, saya dapat ramai kawan baru & I'm really happy .. Memang patut mak-mak yang WAHM nih berkumpul & berblog tau..release tension sket erk..kalau saya tau..dari dulu saya berblog. Ini tak, sibuk ber "website" sampai blog saya terbekanglai, tak update pun...Thanks to my dearest Qarissa - she is my main motivation to blog. Hehhehe...


I Love My Online Friends...

Monday, May 25, 2009

Baby Can Read @ 1 Year Age!! Fantastic!

To all my blog readers,

I want to share this fantastic video with you all. Punyalah semangatnya saya nih..lepas jer nampak video nih kat my PC @ my SOHO office, terus saya stop buat kerja dan turun ke living room membawa laptop saya. Tujuan saya hanya satu, menujukkan Qarissa video tersebut seterusnya mengajar Qarissa membaca! Wah..tak sabarnya!!!

Saya rasa kawan2 semua boleh nampak tru my blog yang saya nih memang  semangat sket kalau anything related to my baby development. Memang excited & kadang-kadang saya rasa nak buah homeschooling untuk Qarissa jer! Hahhha...tak tahulah bertauliah atau tak but setakat nih, we're having fun together!!! Sebab tuh lah bila nampak this kind of video, saya mesti share dengan semua mak mak yang masuk blog nih sebab saya tahu semua mak mak yang berblog pasti nak anak dorang bijak cam dorang gak kan! (tak semua mak mak berblog hokayyy.. hehehe) 

So guys, selepas surfing berkenaan dengan "brilliant baby" ni, saya menyeru lah kepada semua ibu-ibu untuk menyertai forum brilliant baby ni. Memang banyak faedahnya. Macam-macam u all boleh dapat FREE kat sini. Ada juga program berbayar (tak lah mahal sgt cam GOGO Education tu, after convert duit M'sia dalam RM 300 ++). Saya baru survey2 website tuh dan dah download few FREE things dalam website tuh. Ushh.,..banyak lagi belum download ni...tapi sebab excited nak share info nih ngan u all, sambil menaip, sambil surf the web. Hehhehe..2 in 1 job (macam tak biasa ..ahaks!)

Kat forum dia, ada jugak ibu-ibu dr Malaysia bukak thread. Saya pun baru reply kat thread tuh.Nampak semuanya ramah. Memang saya rekomenlah pada semua rakan blog saya yg ada anak, mehlah kita ramaikan forum tuh dan bertukar-tukar fikiran. Sambil-sambil download the flashcard tu. Then kita ajar sendiri anak kita kat rumah! Bayangkanlah, baby Felicity nih boleh BACA BUKU masa dia umur 2 tahun setengah! (Mungkin lebih awal). Kagum betul saya! 

So kawan-kawan, mari kita ramai-ramai pandaikan anak kita jom!!! 

Klik kat gambar bawah nih untuk ke FORUM yer! 




Click the picture above!




Dan marilah kita saksikan kehebatan Baby Felicity nih bersama-sama! Ada 3 Video...


Video Pertama masa umur 1 tahun 2 hari

Video kedua masa dah pandai cakap


Video ke 3 adalah compilation antara 12 bulan hingga 2.5 years! Memang menakjubkan!

Yang Nak Anak Genius,

Qarissa Kiss & Lick Daddy!


My Little Diva - Qarissa

Saya pun tak tahu nak komen apa bila tengok balik video di bawah ni. Hehehe...nasib baik baby, kalau tak org kata "Video Lucah" dah! Ahaks. Entahlah anak manja saya sorang nih, kecik-kecik dah pandai tunjuk "sayang" kat Daddy dia. Masa ni umur dia 5 bulan.Melampau btol sayang sampai habis leher & lengan Daddy nak dijilat & di makannya!! Habis basah baju Daddy dengan ayaq liurnya tuh! Sampai nak muntah-muntah si comel nih...Suami saya tergelak-gelak tahan geli (nasib baik baru lepas mandi!) Heeheh...Anak dia rilek jer, leh wat muka slumber...macamm jilat coklat!! Yang peliknya, ngan saya tak pulak dijilatnya cam tuh (agaknya ngan Mummy dah dapat nenen kot! Hhehehe) ..Siap boleh buat mulut lagi lepas menjilat! Nak kata gatal sebab tumbuh gigi, takder pun...pelik lah si comel nih... tak kesahlah apa sebab nya yerk..? Meh kita dengar komen-komen Auntie2 & Uncle2 yang melawat blog Qarissa pulak? (nanti besar biar dia baca & tgk aktiviti dia masa kecik!) Hehehehe...Jom Layannnnnn...


Artikel: FAQ Selsema Babi

Saya terpanggil untuk berkonsi info dengan semua kawan-kawan online berkenaan dengan penyakit Selsema Babi yang kini telah menyerang Malaysia. Adui, risau  betul saya...Nak pergi tempat ramai orang pun rasa risau. Kalau pergi pasar malam tuh, setiap kali ada org batuk sikit, mesti saya suruh maid saya tepikan Qarissa jauh-jauh. Saya berharaplah kita semua dijauhkan dari penyakit yg boleh membawa maut ini. Di sini saya attachkan informasi berkenaan dengan Selsema Babi ini, moga kita dapat jadikan panduan dan berhati-hati dengannya. (BTW, saya tak setuju gomen suruh tukarkan nama Influenza A (H1N1) ini. Nampak sangat nak jaga industri BABI di Malaysia...hhmmm...menci! Dulu time selsema burung, takder pun guna nama saintifik, napa skang nak guna plak? Double standard!) 

1.Apakah Influenza A(H1N1)

Influenza A(HH1N1) adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit di kalangan babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air,pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimtomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit membawa virus influenza A (H1N1).

2.Berapakah subtypes(jenis) Virus Influenza A(H1N1) yang wujud?

Virus influenza A(H1N1) sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain.Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi),H1N2,H3N1 dan H3N2. Babi boleh dijangkiti virus Avian influenza (Selsema
burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Influenza A(H1N1)). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada suatu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus
influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Walaupun virus influenza A (H1N1) pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun virus ini boleh menjangkiti manusia.Virus influenza yang dijumpai pada babi pada masa kini adalah virus H1N1.

3.Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi? 

Sejak perlaksanaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) pada 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan kes influenza A(H1N1) dari Amerika Syarikat dan Spanyol. Pada masa ini negara-negara yang terjejas dengan kes influenza A (H1N1) adalah Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada. Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang terjejas, sila rujuk laman web www.moh.gov.my

4.Apakah tanda dan gejala influenza A(H1N1) pada manusia?

Tanda dan gejala Influenza A(H1N1) pada manusia adalah serupa dengan gejala selsema manusia termasuk demam, batuk,sakit tekak,sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5.Adakah babi dan produknya selamat untuk dimakan?

Ya, tiada bukti mengaitkan Influenza A(H1N1) boleh dipindahkan melalui makanan sekiranya daging atau produk babi disediakan atau dimasak secara betul. Virus Influenza A(H1N1) boleh dihapuskan dengan suhu masakan 160F/70C, sejajar dengan panduan am bagi menyediakan daging babi dan daging lain.

6.Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Manusia selalunya dijangkiti Influenza A(H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1). Terdapat kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara
langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan rapat dikalangan manusia dan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.

7.Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Influenza A (H1N1)?

Tidak ada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Influenza A(H1N1). Tidak juga diketahui samada vaksin bermusim boleh mencegah jangkitan virus Influenza A(H1N1) yang berlaku sekarang.

8.Apakah rawatan bagi Influenza A(H1N1)?

Kebanyakan kes Influenza A(H1N1) yang dilaporkan sebelm ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

9.Berapakah tempoh masa jangkitan Influenza A(H1N1) daripada manusia kepada manusia lain?

Mereka yang dijangkiti virus Influenza A(H1N1) boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan(onset). Kanak-kanak terutamanya yang masih
kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

10.Apa yang boleh dilakkan untuk melindungi diri daripada sakit / dijangkiti /menjangkiti

Elakkan penyebaran kuman selsema dengan mengambil lanngkah-langkah berikut

  • Jika anda batuk atau bersin

    • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu atau saputangan

    • Buang tisu yang telah digunakan

    • Basuh tangan dengan sabun dan air bersih

  • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol juga boleh digunakan.

  • Elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit

  • Jika anda sakit kerana selsema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka. Elakkan dari menyentuh mata, hidung atau mulut anda

  • Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda gejala penyakit ini setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selsema Babi

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian kesihatan Malaysia digov.my talian 03-88810200/0300 atau email ke  cprc@moh.gov.my

Sumber dari: www.moh.gov.my

Yang Risau & Prihatin,


Saturday, May 23, 2009

Lovely Award To Grab!


Petang Sabtu yang syiok, saya dapat Award dari kawan online saya yang besh - Farah! So dengan bangga, saya nak tempek that award kat sini..mari kita tengok....



7 sebab kenapa bangga jadi wanita...
1. Boleh melahirkan anak dan memberi susu badan! (lelaki tak leh wat langsung!heheh) 
2. Boleh melawa-lawa, bermekap-mekapan, kalau lelaki buat mesti dah jadi "arboq" namanya! Ahaks..
3.Sebab ada peribahasa " Tangan yang memegang buai boleh MENGGONCANG dunia!" (walaupun i tak pakai buai, pakai rocking chair jer..hahaha) 
4.Sebab semua org tau (termasuk lelaki -sudah semestinya) - Syurga di bawah tapak kaki IBU! 
5. Boleh nangis kaw kaw kalau pressure! Tak lah malu sgt. Pompuan kan hatinya lembut dan mudah menangis. Kalau lelaki mesti dah kena pelempang (paling teruklah..) . Paling koman pun kena ejek! hahaha...
6. Kalau berjaya dalam hidup atas usaha sendiri, mesti org pandang tinggi sebab kita "perempuan". Kalau lelaki, memang SEPATUTNYA berjaya! Sebab nak tanggung anak bini! Hehhehee...
7. Boleh shopping giler-giler tanpa rasa bersalah! Hahahaha....Nama pun pompuan...Biasalah tuhhhh!.


Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. (Err..rasanya cam nak bg kat semua yg ada dalam listing saya boleh tak? Saya letak nama kat bawah nih utk cukupkan syarat jer tapi siapa yg singgah blog nih, silalah ambil award nih ok!! If dah dapat & dah tampal sebelum ni, just ignore jer kay! Tuh maknanya ramai org sayang anda! Hehehe)

1. Lovely Mummy - Suliana
2. Rainbow - Lia 
3. Styletto - Nana 
4. Girl79Diaries - Angah 
5.Yulie's Corner - Yulie
6. Smelly Butt Ama - Chern
7.Words Inside Me - Adra
8.SuperMummies - Intan Zalina 
9. Mummy Affan Rifqy
10. Button & Ribbon - Azlyna



Super Singer On Board!!

Oh Guys, I really can't wait to show u all this video.. It really make my day. Hahaha..
To My Dear Darling Qarissa, make sure when u grow up, ur accents will be "A Lot Better" than this Darling...

To all of my online friends..now I present you - Super Singer On Board with her Song Tittle - "Ken Lee....."  (clap clap clap.....)




Aktiviti: Duyungku Qarissa Terdampar (Video 2)

Qarissa di usia 3 bulan!

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda semua aktiviti yang saya lakukan ketika Qarissa berumur lebih kurang 5 bulan 1 minggu. Saya namakan aksi ini - Aksi Duyung Qarissa. As usual, aktivitinya masih di waktu malam, sebelum Qarissa tidur dan tempat kejadian masih di atas katil Mummy & Daddy..hehehe...

Semasa berusia 5 bulan, Qarissa belajar ingin memusingkan badannya (roll over) dan cuba menolak dirinya ke hadapan. Memang kelakar tengok aksinya itu. Sebijik macam Duyung terdampar sebab "salah parking" dan berusaha nak masuk balik dalam air. Hehehe..Saya bagi galakan sepenuhnya untuk Qarissa explore dirinya habis-habisan. Memang time tuh, saya excited nak dia cepat merangkak. Kalau anda tgk dalam video nih, muka Qarissa gebu sket, tangan masih berketak-ketak, lepas jer dia MASTER dalam merangkak, dia cam kurus sket (tapi tulang still semangat oooo) sebab aktif sangat. 

Masa ini juga, saya suka ajar Qarissa tentang beza terang & gelap. Saya tutup lampu & sebut "Gelap.." & kemudian bukak lampu & sebut "Terang". Suami juga dalam keadaan gelap, suka on kan torch light dan halakan torch light ke penjuru bilik, ke ceiling dan ke semua arah dalam bilik sambil menunjukkannya kepada Qarissa. Qarissa leka memerhatikan cahaya yang keluar dari lampu suluh itu. Teknik ini saya belajar dari Gymboree. Ia bagus untuk stimulate mata anak, menajamkan fikirannya, memfokuskan pandangannya. Anda boleh cuba kat rumah yer. Free jer..kalau takder torch light, BELI SEKARANG!! Hehehheheh

Saya jadi "pengulas sukan" dalam video nih, dan suami jadi pemerhati. Sekali sekala , dia jadi "jurulatih" tolong anak dia pusing badan.. heheh..Untuk anda yang anaknya baru-baru nak belajar "menduyungkan" diri, jangan lupa bagi galakan sebaik mungkin yer! Mesti anak u all suka & excited nak cepat-cepat merangkak. Apa pun...meh kita layan video ni hokay...





Friday, May 22, 2009

Baby Product: Combi High Chair Yang Berjasa..

Saya memasukkan entry khas ini untuk memberikan informasi yang jelas kepada sahabat internet saya, Una, yang saya kenali melalui blog BabahMummy. Kedua-dua rakan saya ni tengah pening kepala whether perlu atau tak nak beli walker @ high chair for their babies. When i put my comment in BabahMummy blog, Una cam berminat nak tau lebih lanjut pasal my baby high chair. So, I'm happy to help her by "copy" & "paste" gambar Qarissa dalam high chair nya. Hhehehe..untung juga sebab gambar memang dah ada dalam my facebook. So tinggal tepek jer dalam my blog. Hope it can help them utk wat decision. Selemat memeningkan diri! Hehhehe..

Ok, high chair ni saya beli after one of our best friend, Ejump & Fara recommended us to buy it masa saya pregnant dulu. Katanya memang berbaloi sebab boleh pakai until 4 years old (but depends lah baby u all gemok mana, kalau gemok sangat masa umur 4 tahun, hehehe..tak muat rasanya!) Masa mula-mula tengok, saya tak sangka langsung ianya high chair sebab tak nampak langsung "high" nya..heheh..saya nampak High Chair nih masa melawat Ejump di rumah abangnya, baby Ejump tidur kat rocking chair tuh. Napa dia panggil high chair erk? Ahhahaha.. Rupanya mender Allah ni boleh bertukar bentuk dan ada pelbagai fungsi yang buatkan saya...WOWWW!!
Ia bolehlah dikatakan "All in One" chair. Memang berbaloi lah saya rasa.

Ejump explained the benefits & how to use the product. Then nak dekat2 bersalin, saya & hubby beli. We all beli @ One Utama kat kedai Toy City. Susah gak nak cari high chair nih sebab brand COMBI cam ada kat Toy City jer. Memang nampak tegap kaki dan badan high chair ni dan sedap baby tidur dalam tuh. Bukan main tebal lagi cushion tidur dia tuh..Washable sum more..


Happynya Qarissa duk dalam high chair nih...Gemok kan cushion tuh!

Dipendekkan cerita, lepas bersalin, memang this high chair betul2 berjasa pada saya. Saya memang tak mahu Qarissa tidur dalam buaian tradisional sebab nanti balik kampung, susahlah saya ngan suami. Adui, mana muat nak masuk kereta tuh! All the besi-besi thing! Nanti org ingat aku tokey besi plak..hahaha...(memang leceh, saya dah tgk sendiri sepupu hubby sampai beli satu buaian extra untuk letak kat kampung hari raya tahun lepas...terbang ratusan ringgit gak sebab siap ngan auto buai tuh..hu hu...).

Setiap masa, bila Qarissa tidur, saya akan letakkan dia dalam high chair, then saya akan "rock" kan dia..lena dia tidur. Bila siang, saya bawak high chair tuh ke bawah, bila malam, saya letakkan di sebelah katil saya. Ada safety belt so saya tak risau! Masa kecik, memang saya turunkan ke bawah habis kerusinya (ala-ala tidur lah), bila dah besar dan pandai duduk sendiri, baru saya naikkan untuk Qarissa duduk layan TV. Yang bestnya, high chair nih, boleh ditinggi @ direndahkan. So, bila saya duduk kat lantai (masa dalam pantang dulu), saya rendahkan high chair tuh semaksimum mungkin, dan saya "rock" kan dia. Bila duduk atas kerusi, saya tinggikan kerusi tuh separas kerusi, dan saya "rock" kan jugak bila dia nangis @ nak tidur. So tak perlulah saya tertunduk-tunduk kan..:)


Masa dalam pantang, saya tinggikan high chair nih selari dengan kerusi.

Bila Qarissa dah pandai duduk sendiri, dia suka duduk tengok TV sambil buai2 diri sendiri. Seronok dia mender tuh boleh goyang-goyang. Kalau nak bg makan kat high chair nih pun ok, tapi setakat nih, saya tak bagi lagi. heheh...Sayang nanti kain dia kena makanan Q. Qarissa ni suka elak-elak masa mula-mula kita nak suapkan dia. (lepas dah bagi sesuap, dia rasa sedap, baru dia nak continue). Tu yang takut terkena makanan dia. Hhehehe. Memang leh cuci tapi takut bertanda! Hehhehe..sayang ooo...nanti dia dah besar sket, baru saya bg makan dalam high chair tuh. Jadi, buat masa ni, saya keluarkan dulu tempat letak makanan nya. Kalau saya letakkan sekalipun, bukan saya letak makanan, saya letak buku atau mainan! hehehe..Bolehlah Q "membelek" buku-buku itu!

So, inilah serba sedikit komen saya tentang high chair ni. Semoga kawan-kawan saya dapat a bit of idea about this baby product! Happy choosing yeah! Opss..lupa pulak nak bgtau, harga high chair nih dalam RM 600++ after diskaun 15% rasanya, Dulu lagi mahal, dalam RM 700++. Saya rasa harganya not bad, kalau boleh pakai sampai 4 tahun! Hehehe...






Artikel: Mengapa YAHUDI Bijak?

Ketika saya leka melayari internet, saya terjumpa artikel di bawah ini dan merasakan saya patut berkongsinya dengan anda semua. Saya harap anda tidak akan memandang serong apa yang saya cuba kongsi ini. Saya harap anda berfikiran positif kerana saya percaya kita semua inginkan yang TERBAIK untuk anak-anak kita. Jangan kerana terdapat perkataan "YAHUDI" di dalam artikel ini, anda langsung memandang serong & mendiskriminasikannya kerana ia bukan sebab "AGAMA" tetapi teknik yang tersembunyi dalam mendidik anak-anak kita. Semoga artikel ini (yang ditulis oleh seorang Doktor dan dia juga bukan YAHUDI) dapat dimanfaatkan kita bersama. Insya Allah. Mungkin kita boleh mengubahsuai perkara yang mereka lakukan selari dengan agama & kebudayaan kita. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Yang baik datangnya dari ALLAH SWT, yang buruk datangnya dari kekhilafan diri saya sendiri.



Mengapa YAHUDI BIJAK??

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke
California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya
cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti
Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di
California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, Idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design
Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan
New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (bodoh) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke
Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka (Singapore) hampir serupa dengan Israel, Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, Yang ingin saya ketengahkan ialah, MAMPUKAH KITA DAPAT MELAHIRKAN GENERASI YANG BIJAK SEPERTI YAHUDI? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, Setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.


Dr. Stephen Carr Leon

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading