Wednesday, August 26, 2009

Qarissa & Her 1st Thomas Shirt!

Qarissa memang suka dengar lagu Thomas & Friend kat Channel 613 tu. Aku purposely belikan DVD Thomas utk dia supaya dia leh dengar lagu tu selalu. Cerita Thomas tuh pun, kalau dia tgk dia akan leka. Dan aku perasan, setiap kali aku sebut ..."Cho Cho...Chaga Chaga Chaga..". Qarissa akan senyum & gelak. Dia suka betul. Bila nampak any train, mesti aku akan sebut Thomas kat Qarissa & she will get excited easily. Hehhehe..

Terlalu teruja sampai satu pun gambar dia tak senyum. Sibuk belek baju baru dia. Hahha

pergi Bandung baru-baru nih, adalah aku belikan satu set baju Thomas untuk dia. Aku tak sempat nak tayang kat korang dalam entry hari tuh sebab tgh cuci. Aku cuci dulu sebelum bg Q pakai. Murah giler baju tuh wei. Menyesal plak aku tak beli bebanyak.. tak silap aku dalam RP 20 - 25 K jer kot. Kualiti printed tu pun not bad. Memang puas lah tgk gambar Thomas sampai ke seluar-seluar suma ada.

Tengah membelek muka kat depan cermin nih sebenarnya!! Poyo sungguh!
Tengoklah tuh, sibuk pandang baju baru si kenit nih!!

Si kenit ni plak, bila aku 1st time pakai kan dia..excited giler hokay...Asyiklah mengadap cermin sambil tgk baju dia tu. teruja sungguh nampak Thomas kat badan dia. Hehhehe.. Ni lah aksi-aksi yang sempat aku rakamkan masa sessi terai menerai tuh. Dah macam Boy pun ada gak si Q ni bila aku pakaikan baju Thomas tuh.. Hheheheh..

Cuba memberikan posing model tapi tak jadi! Wakakaka..
Lekanya tgk Thomas kat cermin!!!

Anakku Peminat Thomas,

Monday, August 24, 2009

Lihatlah Dunia! Kamilah JUARA Pasangan ROMANTIK!!

Macam mana aku nak jerit nih yerk? Nak guna suara Soprano ker Falseto ni?? Erkkk...aku jerit ikut suka hati lah yerk! Aku namakan jeritan ni Sopseto sebab ada bhg Soprano & Falseto sekali. Hheheheh... ok READYYYY......

"DENGAR SINI ORG-ORG KAMPUNG!!! LIHATLAH DUNIA!! (Bayangkan aku tgh pegang trofi berat giloss ni...hahahha). MAK NAK BGTAU KAT KORANG, MAK MENANG NOKS!!! MAK JUARA HOKAY!! BUAT PERTAMA KALINYA DALAM HIDUP MAK NOKS..MAK BERTANDING DALAM KATEGORI ROMANTIK DAN TERUS MENANG!! Pheewiiittt KAT MAK SIKIT WEHHH..!! LIHATLAH DUNIA!!! (Dengan punggung yang melentik dan terkeluar dr landasan sambil mengangkat trofi!!) "

Ok, untuk ucapan, aku guna suara lembut & gemalai pulak yerk....Sila baca dengan penuh kelembutan macam "Perempuan Lindungan Kaabah"...:)

"Terima kasih daun keladi saya ucapkan kepada para juri kerana telah memilih gambar saya yang "birah" dan suami yang memang romantik melayan kerenah isterinya yang giler-giler masa honeymoon sebagai pemenang untuk Pertandingan "Romantic Gate Away Contest" ini. Walaupun penyertaan saya di saat-saat akhir, tapi saya dengan gigihnya mencari gambar-gambar yang hover masa honeymoon sebab selain dr berkongsi tempat bercuti yg best, saya juga berhasrat untuk memberikan idea-idea kepada para juri termasuklah kepada Ninie (khasnya) bagaimana ingin mendera Encik Somi bila pergi holiday nanti. Hehhehe.. Jgn lupa lompat atas badan dia dan suruh dia encang u atas bahu masa dalam air yer Ninie, lebih best lagi kalau u buat aksi tuh sambil dukung Khayra, mesti gambar tuh akan jadi kenangan paling best dalam hidup u ..(i pun plan nak buat gak bila holiday ngan Saiful nanti. Wakakakak..). Akhir kata, saya akhiri dengan serangkap pantun, "Terima kasih sekali lagi, kalau ada contest, bglah i menang lagi. Hhehehe..."

Perghhhh...siap jugak ucapan aku nih!! Wakakak..memang teruja giler aku bila dapat tau aku menang 1st Prize Romantic Gate Away Contest anjuran Ummi Khayra ni weii!! Aku dapat tau dari Haiza & Ummi Salsabila yang htr @ my komen box. Terkejut beruk aku! Terus terjah blog Ummi Khayra. Aku budget menang hadiah sampingan atau saguhati ker kan...dah rasa happy dah nih....Sekali bila aku tgk...ALAMAK!! Aku JUARA lah beb! Macam tak percaya plak!! Yahhooooo....berita baik di awal Ramadhan nih! Syukur alhamdulillah, tak sangka aku gambar-gambar yang aku kongsi dan tempat yang aku cadangkan tuh menjadi pilihan juri dan pilihan Ninie sekeluarga untuk menang hadiah PERTAMA. Ni lah agaknya perasaan semua para blogger bila menang 1st Prize yerk! Hehheheh..Happy gilos cam menang Bintang Popular plak rasanya! Wakakakak... Sapa yang lum tgk entry aku, mehlah kita mengimbau kenangan lama yer! Klik SINI kengkawan.. Aku letak few pictures untuk mengimbau kenangan silam..Hheheh..




Pada anakku tersayang Qarissa, Mummy ucapkan, "Jangan jeles yer nak, Mummy & Daddy menang tau! Pasangan Romantik lagi hokayy!! Dah 2 pertandingan Mummy masuk nih, dua kali dah Mummy menang! Takperlah, Icha dah overshadow Mummy dalam banyak perkara, sekali sekala bg Mummy & Daddy glamour plak kay sayang... Hheheh..pasni nanti Icha plak menang wokay..Amin...".

Amboi Watie, bukan main semangat wat entry, alamat & info tak bg pun kat Ninie lagi. Hahhaha..kang lambat hadiah sampai kang .. pasni jugak aku terus emel kat Ninie .. Hhehehe...Sememangnya kemenangan ni menghilangkan "kehanginan" aku pada Qarissa yang lately suka buat perangai tengah malam...Asyik nak berkepit, manja terlebih sangat, nak mengemping sepanjang malam, takmo lepas nenen langsung! Memang menguji kesabaran. Agaknya dia nak tumbuh gigi kot, sebab kelmarin, badan dia panas cam demam. Cian anak Mummy!

Buah hatiku sayang yang demam nak tumbuh gigi..

Romantik lah sangaaattttt... Hehhehe,

Sunday, August 23, 2009

Hadiah Sudah Sampai!! Tq My Dear Ecar!!

Wohoo..Actually dah lama aku nak masukkan entry nih, tapi tak buat-buat. Gambar pun dah siap amik tapi tak sempat nak transfer, hari ni baru free sikit, so aku nak bayar hutang entry2 aku nih. Hhehehe.. Aku dengan bangganya nak bgtau, Hadiah dari Ecar sudah sampai!!!!

Hadiah ni aku terima selepas 2 kali penghantaran! Korang jangan tak tahu, loceng umah aku tuh habis bateri sebab aku pakai wireless (selepas guna normal bell aku rasa bunyi kentut aku lagi kuat! Wakakkkaa) so memang tak dengar kalau abang pos tu htr barang, aku dapat surat cinta suh amik kat Pej Pos Kapar. Giler jauh mana aku tau Pej Pos Kapar kat ner!!! Kalau kat Tesco aku tau lah. Aku pun simpan dan for few days aku lupa nak call Pej Pos suruh buat penghtrn sekali lagi.

After 3 days kot, baru aku sempat call Pos Laju, itupun lepas aku baca Ecar punya blog bgtau yg dia dah htr hadiah! Hehehhe..mula2 aku malas nak call sebab aku ingat Mah Sing duk htr dokumen rumah guna Pos Laju, selalu camtu, sebab tuh aku malas nak amik kalau abang pos tinggal surat cinta, biar dorang pulang balik dokumen tu kat Mah Sing, aku amik kat opis Mah Sing lagi dekat drpd aku nak habis minyak ke Pejabat Pos Kapar tuh.Wakakakaka...

Yang best nya tuh, dorang wat appnt utk penghtrn kali kedua pada hari Selasa, pagi2 Selasa aku dah tulis "nota cinta buatmu Abang Pos" dan suruh maid aku tampal kat bhg loceng tuh! Tapi sayang lah, aku tak sempat amik gambar! Wakakakka.. Aku tulis cam ni .."Abang Pos, saya ada dalam rumah! Kalau tekan loceng tak bunyi, sila call 019-2371229. Terima kasih - Watie". Hehhehe..kreatif tak aku?? Tak kuaser aku nak amik risiko barang aku kena htr balik kat depoh tuh..hehehe..baik aku wat camtu kan!!

Seperti yang di jangka, abang Pos datang dengan machonya dan langsung tak call aku. Dia tekan terus hon dia yg kuat giler tuh! Hahhahaa... dia dtg naik van, so dia nampak that note dan terus tekan hon. Bagus kan!! Siap tegur lagi pasal surat cinta yang aku tulis tuh..Dia tanya, loceng rosak ker?? Hahhaha... Bateri habis lah kot bang ..suami saya malas nak tukar bateri baru! Wakakakak...

Dan, aku dengan bangganya amik hadiah tuh, dan terus bukak dan dan tu jugak, terus amik camera dan snap! Hish, mestilah semangat, ni hadiah PERTAMA aku menang contest tau! Hhehehe.. Walaupun saguhati, mak berbangga noks! Dan salah satu produk HPA yang Ecar bagi tuh dah selamat pun masuk dalam perut aku. yang lain tunggu masa yang sesuai yer! hehhehe.. Sedap jugak bijirin dia tuh, siap ada garam bukit lagi ingredientnya ... :)

Ni lah dia hadiah-hadiah yang aku dapat dr Ecar!! Tq dear!

To Ecar, tq so much dear! I really appreciate it! Tak sabar aku nak guna ubat gigi HPA tuh tau! Tunggu ubat gigi aku habis dulu ...heheheh.. Thanks again yang ...:)

Trimas trimas,

Saturday, August 22, 2009

Maafkan Aku Sahabat & Keluarga...


Alhamdullillah, bersyukur aku ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi diberi peluang menyambut Ramadhan tahun ini. Begitu cepatnya masa berlalu, tanpa di sedari, tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambutnya bersama Qarissa. Agak sedih & sayu kerana tahun ini juga merupakan tahun pertama kami sekeluarga menyambutnya tanpa arwah Mama. :(

Di sini, sebelum bermulanya Ramadhan, aku dengan rasa rendah hatinya ingin meminta ampun & maaf kepada semua keluarga, rakan-rakan & pembaca blog ini sekiranya sejak aku berblog, ada antara tulisan, kata-kata dan komen yang aku berikan di sini mengguris hati mana-mana pihak. Marilah kita mulakan bulan yang mulia ini dengan bermaafan antara satu sama lain supaya segala ibadah yang kita lakukan mendapat keredhaan dari-Nya. Amin..

Semoga dengan kedatangan Ramadhan, ia akan memberi seribu rahmat pada kita sekeluarga, Tuhan mengurniakan limpahan rezeki & kurniaan-Nya yang tidak berbelah bahagi, dan semoga kita beroleh rahmat & keampunan dari-Nya. Semoga tahun ini, kita dapat bertemu dengan malam seribu rahmat - Malam Lailatul Qadar, Insya Allah ...


Salam Ramadhan buat semua...dari kami sekeluarga,

Monday, August 17, 2009

Qarissa Si Ratu "Bebel" Di Usia 13 Bulan ++

Yer, itulah kebolehan Qarissa sejak umurnya mencecah 13 bulan ni. Memang pening aku nak layan bila datang "angin" dia nak membebel tuh. Waduh, memang kuat bebel siyul si kenit nih....Mula-mula aku excited giler bila dia guna bahasa "German" untuk mengintrepretasikan rasa di hati. Aku & hubby gelak giler bila one day tuh, masa mula-mula dia start membebel, suddenly dia bebel tak berhenti-henti, "Apetih.petihpetihpetih ...ebebebbelllebeebbebe.." dengan nafas yang panjang!! Kelakar giler rasanya tgk mulut dia yang kecik tuh macam bertih jagung melompat-lompat dr machine nya. Wakakkka...

Aksi Qarissa @ 13 month ++ age . Tgh praktis untuk join Sehati Berdansa nih! Hahahaha

Semakin hari, Qarissa semakin mem"polishkan" skil bebelannya. Memang nampak sangat nak 'caras" maknya dalam kategori "Sapa paling power membebel?". Wakakak.. Skang guna bahasa German, membebel dr pagi ke malam, nanti dah dapat mulut betul, aku tak tahu lah apa jadi hidup aku! Wakkkak...tak dapat aku nak bayangkan! Mesti letih aku layan dia bercakap. Mesti dia banyak tanya kan. Waduh, harus aku persiapkan diri dr sekarang! Memang aku dah start pelan-pelan menambahkan ilmu di dada dalam menghadapi "serangan berani mati" dari anak kesayangan ku ini.

Renungan "maut' seorang Qarissa. Mulut macam nak menjuih tak tahannnn...Dia cam nak bg amaran - "Jaga jaga Mummy, the time will come...Ha ha ha ..(gelak jahat...)"

Aku dari hari ke sehari sejak dia kuat membebel tuh memang teringin nak rakam, tapi time tu lah camera tinggal dalam keta lah, bateri habislah, saja jer nak jadikan cerita, geram btol aku. Akhirnya, dapatlah aku rakam juga aksi si kenit ni membebel. Sanggup aku naik bilik gi amik camera memandangkan dia tgh "membebel" dengan rancaknya. Pagi-pagi hari plak tuh! Dengan tak mandinya, muka pun selebet, bebel tetap bebel yer! Di mana sahaja, dalam pada juga keadaan, dalam apa jua cuaca! Wakkkaka..

Gaya dengan tangan-tangan sekali!

Masa rakaman bebelan ni diambil, dia baru bangun tidur, turun bawah untuk "mengiringi" Daddy menuju ke kereta. Dalam pukul 9 am lebih kurang. Hubby aku masuk kerja kul 10 am, so, me & Q htr lah Daddynya ke kereta to say bye-bye. Sementara tunggu daddy siap-siap pakai stokin, si kenit ni boleh bantai membebel ntah hapa-hapa lah aku pun tak tahu. Aku rakam jer apa dia cakap. Wakakaka... nampaklah gigi tomei 2 batang kat bawah tuh ha ...Aku perasan, semenjak - dua menjak ni, Qarissa cukup suka duduk kat tangga dengan penuh sopan sambil melihat Kak Nor dia buat kerja. Nampak kiut giler hokay! Baik & sopan jer tunggu Nor habis buat kerja pastu baru layan dia. Kengkadang dia panjat gak tangga tuh tapi most of the time, dia akan duduk diam-diam dan goyang-goyang kaki dengan suka hatinya.. Hahahaha...

Gaya budak yang baik & innocent hokay..menemani Kak Nor dia.
Sambil goyang-goyang kaki...Senangnya hati nampakkk....

Memang aksi si puteri kenit nih buatkan aku tersenyum sepanjang hari terutamanya bila dia bersungguh-sungguh dan bersemangat membebel macam aku nih paham sangat apa dia cakap. Aku pun kuat melayan, aku ulang balik apa dia cakap dengan intonasi berlainan, dia makinlah suka! Wakakakak... sudahnya, anak beranak kuar bahasa German! Hahahaa.. Qarissa, Qarissa, ko lah buah hati jantung limpa Mummy nak oi.... Hhahahaa..

Mehlah kita layan video anak aku membebel di pagi hari yang indah ini yerk... Hahahaha

Video selebet Qarissa- Membebel @ Tangga Sakti. Wakkakak

Ops, lupa plak nak bgtau, aku ada share my thought pasal Dilema Flash Card- Bergambar @ Tidak? kat Blog Education Qarissa. Maybe it can helps parents yang mengalami dilema yang sama seperti aku. Dilema lah sangattttt..Hahahhahaa....

Siap sedia menghadapi bebelan Qarissa,

Sunday, August 16, 2009

Contest Baju Raya Sedondon

Hahahah.. Memang hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti penyertaan contest lah aku rasa. Tak pernah aku masuk contest sekaligus banyak camni! Tu lah pasal, hubby mak kerja hujung minggu noks...jadi mak buhsan duk umah, puas melayan si kenit + wat perfume, mak pun merajinkan diri menghilangkan kebohsanan dengan menyertai pelbagai contest yg rakan-rakan blog buat! Hhehehe..best giler rasa masuk contest bebanyak gini. Wakakakak..

Contest nih aku tau dr blog Anis. Anis join this contest. Aku tgk tajuk cam menarik giler. Aku terus lah masuk ke blog Ibu Rikazz dan terus tinggal msg bgtau nak join. Semangat giler hokay..Aku tak tgk pun hadiah apa yg bakal dimenangi. Yang penting masuk dulu. Hadiah belakang kira! Hahahah...Aku terus wat entry nih sebab skang aku ada kat my SOHO Opis. Kat PC ni banyak gambar time raya & pakai baju sedondon. Kat Lappy aku kurang sket gambar, so aku dengan segeranya menulis entry menggunakan PC instead of Lappy & semangat kumpulkan semua gambar me & hubby yg sedondon! Hehhehe..Hoverrr giler koo.....

As usual, kat dalam syarat takder dinyatakan berapa keping gambar leh masukkan, jadi aku dengan bangganya nak menayang kat korang semua betapa "SEDONDON BUAH KEDONDONGNYA" aku & hubby setiap kali ada acara yang kami sekeluarga raikan. Aku ni kira bertuah juga sebab my hubby yang semangat suka pakai baju sedondon setiap kali ada function keluarga. Ada juga aku perasan sesetengah suami tak suka pakai baju sesama color, konon malulah, nampak ngada-ngadalah & bg alasan2 yg tak munasabah (tapi time bercinta boleh plak pakai baju sesama, geli jerr..wakakkaka), tapi aku personally rasa its very good that as a family, kita pakai baju sedondon bila ada function. Selain dari menggambarkan yang keluarga kita bersatu hati & bahagia, aku yakin otak kita akan mengeluarkan satu cecair yg dinamakan "endorfin" yang menyebabkan kita rasa gembira selalu. Hehhehe.. Dah masuk kelas biologi lah plak..Wakakak.. But frankly cakap, aku suka sgt tgk family sedondon bila ada function coz nampak sehati sejiwa, bahagia & seri muka terpancar di wajah masing-masing. Alhamdulillah, kami sekeluarga memakai pakaian sedondon dengan hati terbuka dan rela tanpa ada paksaan mana-mana pihak samada dari aku sendiri @ Saiful. Both of us is very happy to be sedondon all the time..:)

Ada jugak kawan-kawan blog tegur pasal "kesedondonan" kami sekeluarga dan aku dengan gembiranya bgtau its a tradition in our family. Kalau tak percaya @ ingat aku reka-reka cerita, meh kita tgk gambar-gambar kat bawah ni berserta penerangannya sekali! Hahhaa..Jgn terkejut...bertahun aku simpan gambar ni dalam PC tau .. penat aku korek & gali! Hhehehe..Bukan setakat time raya jer sedondon, time tak raya pun sama jer..Wakakaka.. Meh kita TERJAHH...!! Aku susun siap ikut kronologi lagi tau! Ikut tarikh gambar di ambil. Best gak kan? Boleh mengimbau kenangan lama & tengok perubahan muka aku dr anak dara, sampai tunangan orang, isteri orang dan akhirnya mak orang!! Hahahha

Time ni Asiah one of my UTM best friend- Asiah kahwin. Date dia 19/12/2004. Lama dah kan? Aku masa ni mas GF Saiful. Menunggu hari pertunangan on 28/12/2004. Hehhehe. Dah start nak pakai sedondon. Walaupun dia takder baju melayu hijau, kemeja hijau pun jadilah, janji sama warna. Hehehhee..
Time ni, me & Saiful nak ke majlis kahwin kawan UTM- Bahiyah. Di ambil pada 30/1/2005. Masa ni we all dah bertunang. Kemeja hijau gak, nak samakan dengan kebaya hijau aku. Tgklah rambut laki mak cam mat rempit noks. Wakkak.Dia teringin nak color rambut. Aku layankan jer. Hahahha
Ni adalah semasa majlis perkahwinan best friend a.k.a room mate aku @ UTM dulu- Raja Intan. Dia kahwin selang seminggu pas majlis sanding aku. Kira inai kat jari aku pun masih merah lagi. Hehheehe. Tarikh dia 3/12/2005. Tema kali ni, hijau pucuk pisang. Kalau korang perasan, baju yg aku pakai nih sama cam kat atas, cuma Saiful jer pakai baju lawa sket, batik warna sedondon.
Ni pulak di ambil pada 5/2/2006 masa best friend aku @ UTM-Basyeer kawin. Aku masa ni dah jadi isteri Saiful. Dan tema untuk kali ni adalah beach kecoklatan. Baju yg aku pakai tuh adalah baju nikah aku. Dan Saiful pakai baju kemeja ala-ala Ketua Pemuda PKR tak jadi. Wakakkaa...
Ni pulak, raya pertama aku sebagai isteri orang. Di ambil pada 24/10/2006. Kalau korang perasan, baju ni adalah baju yg sama aku pakai masa kahwin Asiah tahun 2004. Bangga weh, dah 2 tahun, masih leh pakai baju yg sama. Hehehhe. Bukan kitaorang jer sedondon tau! Dengan arwah mak mertua aku sekali join kesedondonan we all. Masa ni lum ada baby. Manja kan aku posing ngan Mama! Sayu aku tgk gambar nih, rindu kat arwah Mama . Tahun ni 1st time we all raya tanpa Mama di sisi. Mesti sedih. Raya dah tak sama lagi macam dulu. :(
Ni pula, Raya Haji 2006. Di ambil pada 31/12/2006. Tema kali ni, maroon. Time ni pun belum ada anak lagi. So aku berdua jer ngan hubby tersayang..
Bukan we all jer sedondon tau! Dengan Mak, Abah & adik aku Irfan pun join sama sedondon masa Raya Haji tu. Sehati sejiwa katakan. Sila abaikan anak buah aku danish yg masih bayi dan tak ikut warna tema tu kay. Dia memang nak overshadow we all sekeluarga, sebab tuh mak dia sengaja takmo ikut tema! Wakakaka..
Ni pula adalah hari bersejarah Qarissa. Majlis Cukur Jambul yg diadakan pada 30/8/2008. Umur dia time nih 2 bulan 4 hari. Me & Saiful pakai baju maroon gelap. Qarissa is too small untuk we all belikan baju kurung. Lagipun, dia kena jadi Princess hari tuh, jadi memang WAJIB pakai baju princess untuk menyerlahkan "kejelitaan" anak kesayangan kami tuh. Hahaha.
Gambar ni pula adalah hari bersejarah di mana kami sekeluarga buat pertama kalinya menyambut dengan "orang baru". Tarikh gambar di ambil adalah pada 1/10/2008 - Hari Raya Pertama. Tema kali ni adalah warna oren. masa ni Qarissa baru berusia 3 bulan. Memang tak dapat buatkan dia baju kurung sebab dia kecik sangat. Tapi, aku tetap sedondonkan dia dengan membelikan dress yang bewarna oren! Memang rabak duit time raya tahun lepas sebab banyak berhabis untuk baju Qarissa! Excited terlebey sudaaa...
Ha! Korang jgn tak tahu! We all sedondon bukan Hari Raya Pertama jer tau! Hari Raya Kedua pun tetap sedondon! Selagi ada baju yang sama color, belasah aja! Hahhaa. Masa ni kat Melaka, tengah melawat saudara-mara sempena Hari Raya. Tarikh gambar di ambil adalah pada 2/10/2008. Tema Hari Raya Kedua - Lilac Purple. Dengan Qarissa pun pakai Purple gak. Stokin pun purple hokay...Hehhhee
Yer, memang hover kami sekeluarga! Bukan Raya Kedua jer, raya ke 4 pun masih nak sedondon! Wakakakak! Masa ni we all dah sampai ke Singapore. Raya belah family aku pulak. Tarikh gambar di ambil - 4/10/2008. Tema kali ni hitam putih. Aku tak pernah ada baju raya color hitam, ni kira 1st time lah ni. Qarissa pulak, pakai warna putih, lambang anak yg suci murni kononnya...mana ada dress hitam daa...Hahahah.Kalau ada pun aku takmo beli. Huduh!
Ni pula masa B'day Qarissa yang PERTAMA! Tarikh gambar di ambil adalah pada 27/6/2009. Tema malam tuh, hitam putih. Aku pakai dress hitam, Saiful pulak pakai kemaja hitam putih. Q pun pakai dress hitam yang ada lace putih+silver. Sedondonlah sangatttt kononnya ..Hehhehe...
Time ni pulak, we all pergi majlis kawin my ex-staff kat Keramat-Alang & Shikin pada 5/7/2009 yang lalu. Temanya hitam putih jugak. Aku pakai kemaja hitam dan hubby pakai kemeja putih hitam. Ni kemeja favourite dia sebab dia kataa selesa gilosss dan sejukk....
Ni pula adalah gambar TERBARU kami sekeluarga mendondonkan diri masing-masing. Tema kali ni adalah warna coklat gelap sempena Majlis Perkahwinan adik bongsu Saiful pada 8/8/2009 yang lalu. Baju ini jugalah yang akan kami pakai pada Hari Raya nanti. Untuk Qarissa, ni adalah baju kurung dia yang KEDUA. Nampak comey giler sebab dia dah pandai jalan. So lah chumel bila terkedek-kedek dengan baju kurung dia yg sedondon with Mummy & Daddy. Kain amik Daddy punya, Lace amik Mummy punya!! Hehhehe..

Dan, dalam banyak-banyak gambar yang aku tayang dalam ni, gambar kat bawah ni adalah YANG PALING SPECIAL sekali. Sebabnya??? Inilah kali PERTAMA Qarissa memakai baju kurung dalam hidupnya! Aku teruja giler hokayyy!! Tambahan lagi, dalam banyak-banyak baju, inilah baju PALING SEDONDON SEHATI SEJIWA TAK HENGAT PUNYA (jimat kos pun ya ..wakakaka...). Tak caya meh tengok.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar ni di ambil pada 8/12/2008 sempena Hari Raya Haji 2008. Tema dia adalah purple. Aku telah mengkreatifkan diri dengan membeli 2 set kain yang sama, satu set buat baju aku, dan satu set lagi buat kemeja Saiful (2 meter) & baju kurung Qarissa (2 meter). Bijak kan!! Hhehehe..
Design pun aku suruh Taylor buat sama macam kemeja Saiful. Corak kain ni abstrak, aku suka sangat. Bosan jugak kalau asyik bunga-bunga jer. Baju aku tuh design nampak macam kebaya, tapi sebenarnya baju kurung, aku suruh Taylor rapatkan corak dia dan jahit kat tengah, pastu letak beading. Lepas siap, nampak mahal tau! Padahal, bukan mahal sangat pun kain ni. Hehehhe.. Murah gilos...
Qarissa punya set baju kurung sebijik macam kain aku, Saiful punya kemeja pulak, sebijik macam bahagian atas baju kurung aku! Hehehhe..Memang bermakna Raya Haji 2008 sebab inilah kali terakhir kami menyambutnya dengan arwah Mama. Sempatlah Oni Qarissa tengok cucu dia bergaya dengan baju kurung. Sayunya rasa hati. Hu hu....

Untuk tahun nih, TEMA kami sekeluarga adalah COKLAT GELAP, iaitu baju yang dipakai masa Majlis Perkahwinan adik bongsu Saiful baru-baru ni. Ekonomi meleset, so we all tak mau membazir beli baju baru sedangkan baju tuh, baru sekali di pakai. Tapi dalam-dalam nak berjimat tuh, ada 10 set baju+ seluar yang sedang menunggu untuk aku pakai time raya nanti! Wakakaka.. Baju yg aku beli kat Bandung lah, apa lagi kan. Tak sabar nak sarung wei .. dah ada anak nih, aku rasa leceh ah pakai baju kurung, nak kena kejar si kenit ni keliling kampung kang. Wakakaka.. pakai seluar senang sikit kot. Hhehehehe..

Hmmm...apa lagi? Korang tak jeles ker tgk kedondonan aku & family nih? Hhahha.., kalau jeles, mehlah masuk sekali join, tayang baju korang sket! Hahha..saja kasik bakar kawan2 blogger aku suh masuk gak contest ni ..!!! Meh klik sini sapa nak masuk contest ni hokay...

Klik Jgn Tak Klik!!

Sedondon Buah Kedondong,

Saturday, August 15, 2009

Contest Jom Main Air Bersama

Ok, masih dalam mood contest. Sebelum terlupa dan terlepas tarikh tutup, baik aku cepat2 masukkan entry nih. Kebetulan pula, memang ada gambar Qarissa tengah swimming buat pertama kali dalam hidupnya! Hehehhe.. So, memang sesuai lah aku masukkan wajah dan tubuh badan anakku yang gebu dan gemok masa nih. Bila tgk balik gambar dia time nih, rasa cam best jer .. Sejak Qarissa pandai berjalan, si kenit nih dah makin kurus, peha pun dah lembik. Hu hu.. kalau dulu, bukan main pejal, lemak berkrim disukai ramai tauuuuu..Wakakakak..

Sapa yang nak join contest nih, meh klik Logo kat bawah nih..:)
So, inilah gambar2 yang aku pertandingkan untuk Contest Anjuran Kak Yong ini. Terima kasih Kak Yong sebab menjemput Watie menyertai Contest ni..Mesti masuk sebagai tanda sokongan kawan-kawan blog! Yeeha .. :) Dalam blog Kak Yong, takder pula dinyatakan hanya satu gambar yang perlu dipertandingkan, jadi as usual, aku yg tamak ini akan tayang gambar-gambar perut, kaki dan lemak-lemak Qarissa dengan banyak dalam contest ini hokay!! Hahhaha..

Nama Peserta: Rania Qarissa Rizal bt Saiful Rizal
Umur masa Join Contest ni: 1 tahun 1 bulan 2 minggu & 5 hari.

Qarissa dengan lemak yang terbonjol sedang menahan sejukkkk...
Happy Mummy & Baby @ swimming pool.
Dalam air pun masih jelas lemak nya kelihatan kat peha tuh. Berketul2 hokay! Baju terpaksa di ikat sebab londeh! Hahahhaa..
Yehaaa..This is the way i swim! Lemak berlapis kat badan tak tahannn....
Peminat-peminat Qarissa : Dari kiri - Irfan adik bongsu aku (7 tahun), Dania anak buah aku (4 tahun), Lieya adik aku (16 tahun), Aku tgh dukung si Q (4 bulan++) dan my maid yang dah balik Indonesia- Seri.
Daddy pun nak join sama main air ngan Qarissa tau!!
One happy family @ swimming pool!

Ok, aku kena cerita pasal gambar-gambar yang ada kat atas ni. So here it goess...
  • Masa ni, aku semangat giler nak bawak Qarissa swimming untuk pertama kali dalam hidupnya. Umur dia time ni around 4 months ++, belum masuk 5 bulan lagi. Aku punya semangat, sampai belikan baju mandi yang sungguh sexy tuh kat Jusco sehari sebelum Pesta Swimming bermula. Perancangan awal kononnya nak bawak family aku & family akak aku ke Sunway Lagoon, tapi akhirnya semua perancangan tak jadi, akhirnya we all melepak di swimming pool umah akak aku jer! Wakakaka.. kat Pantai Hill Park Phase 3. Anak buah & adik bongsu aku sememangnya hard core dalam bidang swimming nih, jadi dorang memang suka giler dapat join Qarissa swimming sesama. Qarissa plak, sampai lebam-lebam bibir dia kesejukan. Kesian anak Mummy. Tapi apa pun, lemak-lemak yang bersepah di badanmu tetap menjadi pojaan hati ibu sayang.. Hahahaha..
Tips menarik minat si kecil bermain air.
  • Kalau aku, aku belikan toys dalam air yang boleh menarik perhatian Qarissa to stay longer and have fun dalam pool tu. Ada juga aku belikan buku Bath Time dan masa Nor mandikan dalam tub, dia akan belek-belek buku tuh sambil splash-splash air. Aku rasa in order to make the kids enjoying themselves in the water, kita pun kena join sama kot, and pretend to be as happy as we can walaupun kesejukan tak hengattt... Tak kesahlah, asalkan anak kita happy & have fun main dalam air tu. Penting juga untuk anak kita tau berenang supaya senang untuk dia di kemudian hari. Aku ada plan juga nak sned Qarissa to swimming class memandangkan sepupu my hubby is a swimming instructor tapi maybe not now. Sekarang banyak penyakit, so i dont want to take any risk. Hehehhe..
Tips keselamatan semasa bermain air.
  • Aku rasa, pelampung yang sesuai adalah penting untuk bayi & kanak-kanak semasa mereka berada di dalam air. Mak bapak atau penjaga mesti bersama sepanjang masa untuk memastikan keselamatan bayi & kanak-kanak. I will never believe anybody walaupun my maid to take care of my baby masa dalam pool. Aku akan pastikan aku berdekatan dengan Qarissa setiap masa, jadi aku tau what happen to her in the swimming pool. Bila dia dah besar sikit, dan dah pandai jalan & lari dengan stabil, baru aku pelan-pelan perhatikan dia dari jauh so that dia tak rasa terkongkong sangat. Pastikan anak mandi di pool yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan bukannya ke pool untuk orang dewasa. Manalah tau kan, time-time tgh sibuk main air tuh, anak kita di ajak oleh kakak atau abang-abang yg lebih besar utk test power kat pool yg lebih advance, dan kita plak kebetulan takder kat tempat kejadian, adui, mintak dijauhkan bala macam tu. Thats y aku kata, kita mesti sentiasa ada di tempat anak kita berada. Meyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian, memang tak guna weiii...
Ok, ni pula adalah penaja-penaja hadiah untuk Contest Kak Yong nih. Wahh..memang banyak penaja weh ..bertuah bakal-bakal pemenang nih...:)








Giler Contest Nampak? Hehehhe

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading