Friday, July 31, 2009

Qarissa & Her "Magic" Mirror!

Wah, lama betul rasanya tak hapdet blog anak aku nih. Almaklumlah, kami sekeluarga bercuti ke Jakarta & Bandung dr hari Isnin sampailah Khamis. Ni barulah balik ke M'sia. Balik-balik, sempatlah aku jenguk blog Q jugak. Tapi tak sempat reply sebab penat giler. Kul 4 pagi baru sampai umah. Wah, banyaknya komen-komen dari kawan-kawan terchenta termasuklah Tok Abah Q yang sempat menjenguk ke blog cucu kesayangannya ini. Hheheh.. Terima kasih lah pada semua yg berikan komen-komen yg membuatkan aku tersenyum sampai telinga bila balik dr Bandung. Nanti aku reply dalam tu gak kay. Tq again, love uols so much!!

Q: Tq Auntie-auntie semua & Tok Abah sayang, bg komen Icha "pandai baca". Auntie Isabelle suruh Mummy "tipu sunat" bgtau yang Icha yang tulis entry tuh. Wakakka..tapi nanti nampak na tipunya..pengsan plak auntie-auntie semua kang, Hahahaa!

Hari ni aku nak share video si kenit yang sempat aku amik sebelum ke Jakarta hari tu. Ni adalah sessi terai menerai baju sejuk utk dia. Heheh.. Punyalah malas aku nih, last minit baru nak kemas baju anak. Sepatutnya aku masukkan this entry sebelum bertolak ke Jakarta tapi tak sempat plak. Banyak betul mender nak buat sampai entry pun tertangguh. Hu hu..

Muka masa memula aku sarungkan penutup kepala. Hhehhe..Tgn nak mencapai jer ..

Qarissa memula cam tak suka pakai baju nih, sebab ada penutup kepala. Q ni memang tak leh letak apa-apa kat atas kepala dia tu, mesti dia tarik. Dia tak suka. Tapi, bila aku pakaikan penutup kepala yg ada kat baju ni, tetiba dia cam teruja plak, especially bila aku tunjukkan cermin depan dia. Excited dia, sampai membebel-bebel sorang-sorang depan cermin.Agaknya dia ingat ada baby "kiut" depan dia lah. Hahah.. Siap nak jilat-jilat cermin, cium-cium cermin, angkat-angkat kening & main-main mata depan cermin lagi! Hoverr betul! Wakakak..

Q: Erkkk..mender kat paler Icha ni Mummy???

Aku memang suka letak Qarissa depan cermin so that she can mingle around and "talk" with the mirror. Very good stimulation for her. Memang dari dia lahir aku dah amalkan this stimulation. Aku selalu join dengan dia sebab mak Qarissa ni pun pantang nampak cermin. Di mana-mana jua, asal ada cermin, mesti mata aku menjeling jer cermin tu. Wakakka... Tu yg duk latih Qarissa jadi "mirror whore" tuh. Hhahaha..Aku suka wat mimik muka depan cermin & tunjuk kat Qarissa. Dia suka sangat, selalu gak main Peek A Boo depan cermin tu, Q memang kuat membebel depan cermin bilik aku sejak dah dapat "mulut" ni.

Stimulation "lidah" di depan cermin. Hhhhee

Ha, kebolehan terbaru anak kesayangan aku ni selepas umurnya mencecah 13 bulan adalah MEMBEBEL BAHASA GERMAN!!! Masya Allah, kuatnya dia membebel, pening aku!! Ada jer mender dia nak cakap. Aku perasan sejak kat Jakarta. Sebelum ni bebel gak, tapi tak ketara "kuat" nya, tapi kat Jakarta-Bandung, mak aiiiii.... sampai aku & hubby tergelak-gelak. Aku rasa sebab dia ada rakan sebaya lah. Jadi dia teruja nak borak-borak ngan anak member we all. Heheh..kitaorang gi sana 2 family. masing-masing baru anak sorang. Anak member aku - Afiqah tu umur dia 2 tahun, tapi dah pandai cakap lah. Comel & bijak jer mulut bila bercakap. Bila Q membebel-bebel ngan dia, dia suka dan asyik gelak. Yang Q ni pulak, excited asyik nak borakkkkkk jer ... sampai satu tahap, dia membebel "dalam satu nafas!!!" Hambekk ko...sampai kawan aku kata , Qarissa ni ikut sebijik cam aku, bukan main laju membebel pastu dalam satu nafas jer!! Hahahha..

Q: Hehhehe. .lawa gak minah depan aku nih yerk!!

Mehlah kita layan video & gambar-gambar kat entry ni sebelum aku wat entry holiday plak. Tah bila tak tahulah tu..Wakkak..gambar pun tak transfer lagi ni, hmmm..aku & Saiful sakit tekak dan batuk-batuk pas balik Jakarta. Ni pun masih dalam kondisi tidak berapa sihat. I'm getting better tapi Saiful cam teruk jer. Jap lagi nak gi klinik utk cek apa-apa yg patut. Harap-harap takder apa-apa. Amin...

Video - Qarissa & Her sweater.

Si kenit yg nak "gantikan" aku,

Friday, July 24, 2009

Video Paling Gempak! - Qarissa Can Read!!

Huiyyoooo..Jumaat yg paling happening dalam hidup aku!! Inilah Hadiah Hari Lahir untuk aku yang paling bermakna!! Esok, 25 July 2009 b'day aku yg ke 29 dan Qarissa dah bg hadiah yang paling bermakna untuk Mummynya!! Tq sayang!! Aku rasa aku pernah bgtau korang yang aku plan nak ambik video Qarissa tengah buat READING TIME guna software Little Reader dalam entry sebelum ni kan.. tapi setakat hari ni blum tercapai sebab aku leka ngan dia depan PC time buat reading time tuh + kena ada org tolong ambilkan video sementara aku pegang Q. Hubby aku kerja, Nor plak tak pandai amik video. Kalau amik gambar tu oklah. Bila malam lak, time wat reading time, aku nih terhover seksi plak pakai baju time ngajar, sungguh tak sesuai laki aku amik video weiiii!! Jadi, selalulah tergendala rancangan nak ambik video tu..

Gaya yang sungguh poyos tapi aku suka!! Bijak anak Mummy!! Tengah taip apa tu nak??

Dah memang rezeki aku hari ni, menjelang umur Qarissa 13 bulan dua hari lagi (26 July 09), aku dapat rakamkan aksi membaca dari si bijak ni. Aku tak terpikir pun nak ambil video Q tengah membaca. Aku plan nak ambik video yang Q dah pandai buat action sendiri bila aku nyanyi lagu Pat A Cake. Kiut sgt bila dia "pat" perut dia yg gemoookkk tu tau! Tapi member cam tak minat jer, asyik lari sana sini. Memang masa tuh baru lepas buat reading time for afternoon session. Si Qarissa ni kalau aku tunjuk Little Reader tuh, dia mmg asyiklah nak tgk aja, takmo berhenti. Kengkadang bila Nor ambil dia untuk bawak turun bg sarapan (lepas wat Reading Time session pagi) dia akan merengek-rengek tak puas hati (tapi senyap pas nampak fish frame yang tergantung kat dinding masa nak tangga, sebab Nor selalu tunjuk, wkakaka..jadi distraction sket, tak sempat nak nangis ..dah teruja tgk fish!!)

Tekun melihat LR video

Then, tengah-tengah dia tergelek-gelek depan Lappy aku tuh, aku pun tetiba rasa nak rakam aksi dia tgh wat reading time. Aku risau dia akan tolak-tolak Lappy tuh ..(kalau korang tgk video ni sampai habis, memang ada part dia tolak Lappy, aku tolak balik ke atas pelan2 ..takut jahanam Lappy aku noks.... baru beli tuh ..hutang pun tak habis bayar nih...wkakakak...). Aku tgk dia berdiri dengan stabilnya as if aku nak bukakkan that Little Reader for her. Aku pun teruslah bukakkan dan rakamkan aksi dia. Ada few videos yang aku rakamkan, semua aksi dia memang teruja, wkakaka...tapi yg video ni best sebab boleh dengar dia bercakap sekali. Seronok giler aku!! Selalunya selama ni, mana-mana perkataan yang tak boleh di buat "actionnya", dia asyik mengangguk jer bila tgk the words, sumtimes jer dia kuarkan suara emas dia tapi ntah apa angin dia hari ni, dia sebut plak few words.. Memang rezeki aku lah dapat rakam wei.... Seronok gilerrr!!

Mata tak kelip masa reading time tau!! Fokus bukan main!

Aku rasa dia teruja tahap dewa sebab ni first time aku biarkan dia berdiri sorang-sorang depan PC sambil lepuk-lepuk Lappy aku kot. Selama ni kan aku peluk dia bila wat reading time. Takut aku kalau dia tarik-tarik Lappy tu. Tapi kali ni, aku terpaksa biarkan sebab sebelah tangan dah pegang kamera, sebelah lagi duk tekan mouse utk ke next page. Bermaharajalela lah si kenit tu!! Tuh yg over excited kot. Wakakaka...

Antara words yang korang leh dengar dia cakap cam "eye", "ear" dan "duck". Yang lain tu, dia buat aksi @ pegang mana-mana bhg badan dia & dia akan tenung words & gambar tuh macam nak makan!! Siap tunjuk-tunjuk semua kat skrin! Hehhehe..Concentrate sungguh!! Tak sabarnya aku nak tunggu masa Q pandai sebut semua perkataan ni. Teruja sangat!! Memang tak sesia lah aku Play & Learn ngan dia kat rumah selama ni. Alhamdulillah, syukur sangat tgk perkembangan Qarissa. Aku rasa semua family & kawan-kawan blogger @ non blogger pun akan tumpang gembira tgk aksi dan "kegeniusan" anak aku nih.Ceh ...puji diri sendiri plak.. perasan!! Eh ..baguslah perasan untuk kebaikan kan kan kan ...!! Buat aku lagi semangat nak mengajar Qarissa.

Antara action words yang paling dia suka tgk dan suka buat aksinya! Aksi JUMP pun dia suka buat tapi dia tak pandai jump lagi, jadi dia wat action bongkok badan cam nak jump tapi tak lompat! Wakakak..Kiut jer terbongkok2 ..Selalu aku yg tolong jump kan dia & she will smile lebar2!

Aku harap korang pun akan semangat juga nak ajar anak masing-masing membaca bila tgk video ni. Baby memang GENIUS wei...semua baby GENIUS!! Dulu masa takder anak, aku percaya jugak tapi takder tempat nak buktikan fakta tu, yer lah, Q belum lahir kan, tapi lepas Q lahir, aku mmg semangat nak tgk hasilnya bila kita bg yg terbaik untuk anak kita dan walla!! I'm a proud mother of my little Angel Qarissa now!! Syukur alhamdulillah...

Pada aku, korang sumbatlah apa ilmu pun, the babies can save it in their mind tau! Repetition is very important. Repeat, repeat & repeat sampai they fully absorb coz baby tak pernah borink!! Dulu aku baca dan tengok video anak orang, walaupun Q memang dah pandai buat perkara tu sejak dia tgk Little Reader tu, tapi selagi tak rakam, tak rasa umpphh tau!! Sebab takder bukti. Takut plak orang kata, aku nih pandai cakap jer ..bukti tak bagi.. Hahahah..skang, aku dengan bangganya menayang gambar video anak aku tengah membaca! Happy..happy ..happy ...! Tak sabar nak tayang kat family aku & my hubby!!

Dah jatuh terduduk pun sanggup bangun balik to continue reading! Bravo Qarissa Darling!!

Mehlah kita kongsi kegembiraan aku di hari Jumaat yang indah ini dengan melihat anakku membaca!! Terima kasih Tuhan ..I'm so happy with this precious gift. Amin....Tak lupa pada Little Reader, yang menjadi salah satu dari alat bantu untuk aku mengajar Qarissa. Tak sesia pelaburan aku! Dan aku akan pastikan, semua alat bantu yg aku beli dan invest, akan digunakan sebaik mungkin, so Qarissa dapat benefitnya!! Insya Allah...

Video - My Qarissa Can Read!! Aksi Qarissa menjadi RAJA di depan Lappy!!


Happiest Friday In My Life,

Happy B'day Danish Muqriz & Baby Harisz

Last week, hari Sabtu aku di penuhi oleh jemputan b'day. Ada 2 majlis aku kena gi. Satu siang, satu malam. Siangnya, aku ke area Hulu Langat untuk majlis baby Harisz. Kwn UTM aku punya anak - si Fahmi & Ina. Fahmi ni aku kenal masa praktikal kt Petronas, nama jer satu uni, tapi tak pernah betegur- sapa, sampailah we all jumpa @ Petronas. Barulah geng dan baik sampai dah beranak-pinak ni. Umur Qarissa ngan baby Harizs tak jauh..dekat-dekat..nanti dah besar leh lah we all kongsi buku UPSR anak bersama-sama. Wakakaka...

Aku sekeluarga bersama Sal & anak-anak serta Fahmi sekeluarga.

Hmm..dah sedap melantak kat umah orang, aku boleh lupa nak hambek gambar!! hahha..Ni semua Sal lah punya pasal, sibuk ajak aku mengumpat sampai aku lupa wei!! Sudahnya, ada 2 keping jer gambar yg ada. Sama posisi plak tuh! hahahah..Takper2, cameraman Harisz ada banyak gambar! Hehehe..

Hadiah yang Qarissa bg pada Harizs! Confirm Harisz suka lah!! hehhe.. Gymboree Bubble Starter Pack!!

Lepas habis majlis, kami terus bertolak ke rumah akak aku @ Pantai Hill Park. Along dah berangin sebab aku datang lambat sket. Tapi member tgh set rambut kat Bangsar. Boleh??? Aku siap leh main-main ngan Q, Irfan, Dania & Danish kat umah dia sementara tunggu lepas Magrib. Kesian pulak Along aku kali ni. Nak wat majlis tapi macam-macam plak sangkak yang timbul. First org khemah accident!! Kalau tak, khemah akak aku mesti vasss, macam aku punya jugak! Wakakak.. Kat Kesas Hiway, habis terbalik lori dia, korang bayangkan lah betapa kelam -kabutnya akak aku!! Kesian btol dia. Nasib baik abang ipar aku banyak contact. Terus on the spot dapat khemah.
Hadiah untuk Danish.
Phewitt...Dania nampak pusat cam heroin Hindustan ...Tgh bersiap.. wat rambut dulu..hehe
Q: Hoooo... mentang-mentanglah aku tak banyak rambut, kak Dania nak eksen plak....!!

Bila dah malam, time nak start tuh, ada lak electric problem. Khemah takder lampu. Bergelap kejap. Tapi tak lama ah .. After di betulkan, semua cun! Then, kek pulak datang lambat. Cupcakes dah amik pagi, cuma kek yg besar jer sampai lambat. Kakak aku order 2 kek. Satu jenis cup cakes, dia ambil ngan kawan aku Suliana dan kek 4 segi & bulat utk Danish & Irfan, akak aku ambil kat Ecar. Dua-dua kawan aku nih , aku yg promote kat Along! hhehee.. Aku nih kalau pasal promote-mempromote mana-mana yg bagus, memang pandai!! hehhehe.. Insya Allah berkembang lagi bisnes kengkawan aku pasni sebab dah ada gak yg mintak contact dari aku & Along hari tu. I support u both of my frendsss!!!

Clown & Clifford with Dania & Irfan.
Seronok aku dapat gambar puas2 ngan Cliffford. Hari tuh tak sempat nak hover-hover. Hahhaa..

Aku kesian betul kat Ecar. Aku tak sangka lah yang rupanya kek tak sampai lagi, aku budget kek pepagi dah sampai, macam masa b'day Q. Rupanya, Ecar bawak sekali keknya dan nak dijadikan cerita, jem sepanjang2 jalan kat Sg Besi kata Ecar. Nasib baik dia sampai time tengah ramai budak lagi, kalau tak, orang tua-tua jer lah nyanyi..Hhahhaa.. Tapi, kek dia yang sungguh sedap itu telah menyebabkan org lupa akan kelambatan dia ..Hahaha.. aku makan banyak oo... Sure aku akan order lagi pasni. Sayangnya, Ecar tak sempat nak duduk sekali sebab dia dah kelam kabut + rasa bersalah (no hal lah beb, janji kek tuh sampai yang ...heheheh) & kebetulan Eymann tidur plak, so dia terus ke umah maknya yang ada kat Pantai Hill Park juga! Hheehe..

Hanya gambar cupcakes Suliana jer yg sempat aku ambik, sementara menunggu kek Ecar. Bila Ecar sampai jer, kelam kabut we all letak atas meja, terus nyanyi dan potong kek, tak sempat aku nak ambik gambar. Ralat jer rasa. Tau tau dah habis kek semua!!

Time nak nyanyi plak, boleh ker DVD tuh melompat lagu? Memang weird sebab lagu Happy B'day tuh kat track 46. Tapi DVD tuh hanya boleh main track 45 & 47 jer. Track 46 tak boleh, dia melompat terus!! Hampasss jer kan!! Aku pun tak pasti kenapa, tapi dengan selambanya, aku pegang mite dan buat announcement, mintak semua nyanyi live reramai dengan diketuai oleh aku memandangkan suara aku paling "sedap" kat situ! Wakakakak... Nyanyi live 2 kali lagi tau! Satu untuk Danish dan satu utk Irfan!

B'day boy with his Tuxedo - Danish Mukriz! Dia memang suka pakai belon camni.
My little bro - Irfan, b'day selang sehari jer ngan aku!! Sebab tuh ramai org lupa b'day aku sebab lagi excited ingat b'day Irfan!! Waaaaa..tapi aku kengkdang pun lupa b'day sendiri..hahahha

Kakak aku hired catering & makanan dia boleh tahan sedap lah. Not bad, kambing sampai 3 ekor dia sembelih wei!! Giloss dan dalam masa beberapa jam, licin habis kambing!! Aku rasa aku tak sempat makan pun!! Hu hu ..sabar jer lah ...Qarissa banyak lepak dalam umah sebab dia dah mula menampakkan ketidaksihatannya. Dah nak mula demam & selsama batuk. Jadi aku suh Nor letak dalam bilik akak aku jer. Gambar pun we all tak sempat amik ngan Q, cuma gambar ni jer aku sempat hambek, tu pun dalam bilik akak aku. Q selekeh dan dah takder mood, actually aku dah bukak baju dia, then sempat lagi nak posing walaupun zip belakang dah terbukak, member hangin terus nangis!!! Tensen tul minah tuh! hahaha...

Hanya sempat bergambar dengan baju Princess Q @ bilik akak aku. Tu pun dia ngah kontrol nangis ...tapi mak apak masih tak sodar diri!! Selebet jer anak aku time ni..Hahhaa
Q: Haa....dah lebey ah ni Mummy..Daddy..Icha penat tau!! Cepatlah tukar baju Icha...Asyik nak bergambarrrrrr jer ... Menci ahhh!!!

Majlis habis dalam kul 11 malam dan aku balik around 1.30 am. Penat gilos sebab seharian kat luar. Aku balik lambat sebab maid aku yg sungguh bijak ni dah terkuncikan pintu bilik akak aku dan barang we all ada kat dalam bilik tuh! Setelah di cuba oleh Mc Gyver tak bertauliah, pintu masih gagal dibuka dan terpaksa panggil tukang kunci datang umah. Senang-senang jer Apek tuh dapat RM 100! Kerja tak sampai 10 minit!! Sungguh cekik darah!!

Amboi, Danish nyanyi karaoke sampai kena pelayan diri sebelah sediakan air! Haus tullll...!! Wakakaka
Sal pun datang tau!! Seronok dia dr tgh hari ke malam, berjalan bawak anak ronda-ronda!!
Me & Sal family sebelum dia balik. Adam suka benar nak main pedang ngan aku. Takut aku mende tu meletup! Hahhaa..

Apapun, we had fun & aku happy sebab bukan saja Danish suka hadiah yang aku bagi, tapi kakak nya si Dania pun suka gak! Aku cuma sempat ambik gambar kotak balutan jer, gambar hadiah aku tak sempat capture tapi memang best hadiah tu. Aku belikan buku aktiviti & flash card KUMON yang boleh tulis & padam. Ada 5 set aku belikan. Mahal siut brand KUMON ni. Nearly RM 200. Aku saja jer tak tanggal harga biar akak aku tgk harga dia mahal tau!! Wakakak.. nanti dia ingat flash card biasa mesti murah..Tolong sket erk...rabak duit aku tau! Hahahha..Aku beli @ Gramedia TESCO SETIA ALAM. Sebab aku tak pernah nampak dan KUMON memang terkenal. Akak aku nih, kalau b'day anak dia, aku mmg kena prepare lebih-lebih sket utk hadiah, memang leh bengkok! Hahahaha.. nasib baik baru dua (adoi, tak lama lagi 3 wei ..pengsan aku!!). Laki aku pun suka hadiah tu sampai dia ngadu kat Icha. Dia kata, "Icha, tengok Mummy beli hadiah buku mahal-mahal untuk abang danish, untuk Icha takder pun nakkk......". Sabar jer haku noks!!

My Along's happy family. Tak lama lagi nak meletup lagi sorang. Hhehehe..

To Harisz & Danish, happy b'day to both of u ok sayang, senang Auntie nak ingat b'day korang berdua sebab sama tarikhnya..hehehe..Semoga menjadi anak yg bijak dan berjasa pada org tua!! Jangan nakal-nakal & sapa terer, lehlah ngorat Q kalau dapattttt.. Haahahahaa...


Happy B'day Both Of U,
Qarissa, Auntie Watie & Uncle Saiful

Tuesday, July 21, 2009

Shortest Entry - Inilah ANAK Daddy!!!

*entry paling singkat sejak aku berblog -for obvious reason - HAKU JELES NOKSSS!!*

Aku tgh sibuk berblog @ nite & bila aku bangun dari duduk, ni yang aku nampak, terus snap & simpan wat collection. Nak share dlm blog so that laki mak akan berbangga noks, sebab half of Qarissa adalah hasil dari sperma dia & he shud be proud of this! (walaupun haku jelesssss....)

Yer, Mummy tau Icha anak Daddy, gaya tidur pun nak ikut Daddy ker??? Menci ah Mummy gini ....memang sungguh tak "keperempuanan" tau Icha... memang Icha tidur tak macam girl, more to BOY!! Sungguh lasak dan asyik nak menempel jer kat Mummy! Huwaaaaa....

*
*
*
*
*
*
*

Q: Saya anak Daddy tau!!!

Haku yg jelessss,

Popular Book Fair @ Ikano Power Centre

To All Parents yang nak grab the opportunity untuk dapatkan buku murah-murah, mehlah kita ramai-ramai serbu ke Ikano yer! Dorang wat Book Fair dan diskaun sehingga 80%. Aku semalam baru berhabis beratus hengget beli Your Baby Can Read punya flash card, Pooh Opposite Book & bathtime book (Thanks to Hanz yang bgtau kat mana nak beli...), so macam cuak plak nak gi this Fair sebab kang kalau gi mesti rembat seketul dua, kalau tak buat rugi jer aku gi ..wakakakak..jadi aku tak pasti lagi nak gi ker tak ..haaha..

Err, aku perasan kengkadang Popular Book fair ni kalau diskaun giler-giler selalunya buku in Chinese Languange. How I wish I can read Chinese so aku boleh borong semua buku-buku yg best tuh! hehehe..
Tengoklah si kenit ni, orang belikan buku kartun khas untuk dia, buku yang Mummy beli khas utk diri Mummy jugak yang dia nak baca!! Aku rasa dia nak pastikan aku ikut semua cadangan dlm buku Ibu Kool Bapa Hebat tu lah...(Yo yo ...hahah). Dah lah tuh, siap baca terbalik lagik!! Wakakka..

So, to all my friend out there, marilah kita ajar anak kita mencintai buku ok. Paham tak paham lain cerita, yang penting kita pupukkan semangat cintakan buku dari kecil lagi. Hmm..dah setahun Qarissa hidup, I can really see that she love books so much!! Pantang nampak aku @ Daddy @ Nor pegang buku, mesti dia pun nak ada buku jugak. If takder, we all punya dia rembat! Hhahah..Macam aku suka baca Mastika everymonth, bila aku baca, Q mesti ambil dr tangan aku, dan dia lak continue baca..cam paham jer ..Yang aku pelik, half way baca, mesti dia terbalikkan buku tuh dan continue "reading". Wakakkaka.. terer ah anak Mummy nih .. nak polish skill mata kot .. Hahhahaa.. Aku layankan jer .. Janji dia suka ..heheh..

Here are the details of the Book Fair. Meh terjah!!!

Place: Ikano Power Centre Concourse Area
Date: 21 July 2009 - 2 August 2009
Time: 10 am - 10 pm

The details - siap dapat FREE RM 5 Voucher lagi..

Book Is GREAT!!!

Monday, July 20, 2009

Q Selsema & Aku Tukang Sedut!!

Hari minggu aku dipenuhi dengan jemputan hari lahir. Baby Hariszudin & Danish Muqriz. Qarissa pulak macam tak sihat jer .. Batuk-batuk makin teruk nampaknya tapi dia cam cool jer ..hmm..

Agaknya skang musim baby demam la.. Q macam dedah-dedah sikit, then batuk lendir, pastu yg terbaru selsema plak. Cian baby Mummy...Hubby aku risau sebab kalau boleh, sebelum pergi Jakarta Bandung hujung bulan nih, dia nak Q sihat 100% .. We all plan nak ambik vasin Influenza sebelum ke Jakarta nanti. Esok aku nak wat cek up Q setahun kat SMC, nak mintak opinion doktor pasal travel nih.. Hmmm..nak gi tapi risau ..macam tak enjoy jer nanti .. :(

Sekarang bila Q selsema, aku dah tak risau sebab aku tau, aku selalu ada untuk jadi pakar sedut selsema dia. Maybe ada few blogger frends tau yang this is the teknik yang aku wat untuk keluarkan lendir selsema dengan sangat berkesan! Dalam banyak-banyak petua yg aku amalkan, this is the BEST!! Tak yah cerita pasal geli, sebab aku dah buang perkataan geli sejak aku tgk Q mencungap-cungap carik nafas masa time selsema. Tak sanggup aku tgk dia terseksa dengan hingus yang keep on meleleh. Kita yang dewasa nih pun tensen, apa lagi dia kan. Kita dah besar, pandai hembus hingus, tapi apa lah yg anak kita boleh wat selain dari gosok-gosok hidung dia dan menangis?
Muka lepas muntah-muntah hari tu..maintain jer anak aku nih!!

Aku pun tak sangka yg aku akan sedut hingus tu!! Yucks, memang lah kalau nak ikutkan geli, masa mula-mula mak aku suruh buat, aku cam geli giler & said to myself, no way man... macam ner nak wat tuh .? Goshh..i have no idea at all!!! Tapi, bila dah tgk seksa anak aku, aku terpaksa cuba... memang mula-mula tak reti, sampai melalak-lalak Q, tapi yang kuar sikit jer hingus dia. Cian sgt .. then aku wat lagi, pelan-pelan aku belajar. Aku letak lidah aku kat lubang hidung dia dan sedut macam aku sedut "siput sedut". Hhehehe..berjaya beb!!! Kuar banyak hingus dia...PUAS HATI AKU!! Padan muka ko lendir jahat!! Wakakakakkaka... Sejak hari tu, aku terus me"molishkan" skill sedut hingus setiap kali Q selsema. Dia jarang selsema tapi bila selsema, memang aku akan wat teknik yang sama.

Skang, Q dah tak nangis lagi. Dia suka lagi ada! Dia tak nangis bila aku sedut but she look so happy sebab dia rasa lega all the hingus dah kuar dan rongga hidung dia dah kosong. Senang dia bernafas. Dia akan senyum-senyum suka dan kadang-kadang siap buat bunyi-bunyi cam "Haaaa...." seolah-olah kepuasan. Wakakka.. Aku mmg syorkan lah parents yg ada baby kecik, if anak selsema, kita sedut jer terus. Tolak tepilah geli-geli tuh semua, bukan anak orang lain pun, anak sendiri kan? Hhehehe.. Nak tau rasa dia camner .. Errrr...korang pernah makan telur penyu? Rasa hingus tuh cam telur penyu punya rasa!! Wakakkaa...disgusting btol aku nih! hahahaha...Rilek rilek ..jgn muntah beb!! Ada sesapa nak aku sedut lendir hingus anak korang? Hhahahaa....
@ gasoline Sunway Pyramid, Q time nih kena cirit birit tp still act normal. lasak bukan main!!

Aku harap Q cepat baik dr batuk dan demam ni sebab aku nak dia perfectly well sebelum gi holiday. To Q Darling, Ini pengorbanan Mummy sebagai ibu tau sayang..Mummy tolak tepi perkataan geli tuh semata-mata nak tgk Q sihat & baik dengan cepat. Mummy tau Q kuat, tapi Q mesti cepat baik ok sayang ..Nanti Daddy risau & kita nak cuti pun tak syok ..esok Mummy bawak jumpa Dato Dr Zul, paed Q kat SMC kay sayang ..Q jangan nangis tgk dia tau!! (Q sejak Dato Dr Zul jaga dia masa kat SMC 3 malam tuh, dia cuak betul tgk Dr tuh! Belum apa2 dah nangis masa nampak ..ahhahaha...)

Cepat baik sayang,

Friday, July 17, 2009

Kenangan Peek A Boo 2 Zaman From Qarissa

Sebenarnya, dah lama aku upload video nih kat You Tube tapi setiap kali nak masukkan dalam blog ni, ada jer cerita lain nak kongsi dengan semua, sampailah skang baru ada masa aku uploadkan... tapi bila aku tgk balik video nih, aku gelak sorang-sorang - sebab aku terbayang Daddy Q bersungguh-sungguh main Peek A Boo ngan dia time nih, pastu aku tergelak tgk Q gelak sakan bukan main, padahal umur baru 6 bulan kalau tak silap, merangkak pun tak pandai lagi time nih, cuma pandai golek-golek jer, dan yang paling aku rindukan - kegemokan Q. Hmmm...sayu jer bila ingat balik. Dulu Q gemok tau, peha bukan main besau ..pipi pun tembam. Bila dah besar dan aktif, semua susut. Peha pun lembik. Hhehehe..Semua baby cam tuh aku rasa. Jadi bila tgk balik video ni, memang menimbau kenangan lalu masa Q masih lagi "sangat hijau". Hhehhee...Nasib baik dia tak mengigau sebab gelak melampau sangattttt....

Wajah-wajah Qarissa sejak lahir hingga kini ....

2 bulan 3 hari
Rani Mukherjee punya perut!! Jgn memain tau!! 1st time swimming..

Di hadapan Q masa ni, adalah aksi "senaman" yang melampau dari Daddynya a.k.a Hubby mak noks..memang kelakau sangat. Laki aku duk lompat-lompat depan katil tu semata-mata nak main Peek A Boo & nak wat Q gelak gilosss... Memang kalau org tgk cam budak-budak. Dah lah laki aku tuh "gemok dan boncit yg sungguh comel", duk lompat-lompat cam bebudak, baru 4 - 5 kali lompat, dah mengah-mengah ..kelakar tul aku tgk..But i really appreciate his effort to play my his baby. She wanna be part of it & tgk Q membesar depan mata dia. Thanks Darling. Aku teruja tgk video ni sebab Q gelak dengan penuh jiwa & raga dia. Kengkadang cam nak tercekik pun ada, siap leh dengar dia cam dah kepenetan sebab gelak. Aku punya excited marakam aksi dia sampai salah-salah- nak sebut plastik tersebut kertas! Wakakakak...

Walaupun aktiviti Peek A Boo ni sangat simple & mudah, but its very good to stimulate your baby tau! Aku pun dah lupa sejak bila aku main Peek A Boo ni but very-very long time dy ..Hahha..With Q, aku rasa sejak dia lahir kot. She's enjoying it so much until now. Dari saat dia TENGOK orang lain buat aksi Peek A Boo, sampailah dia sendiri yang dah PANDAI buat Aksi Peek A Boo tu.. memang happy tgk perubahan dia. Takperlah, aku masukkan sekali both video, time dia baby & time dia infant, walaupun video dia main Peek A Boo sorang-sorang masa infant tuh aku pernah share dalam ni, kalau dia dah besar, mesti dia suka tgk ..macam mana dia membesar dengan sihat & jadi baby yang happy & mudah dibentuk.

Raya 2008- dalam usia 3 bulan, sangat chubby & gemoookkkk!!
Latest picture @ 1 year 2 week kalau tak silap...cepatnya masa berlalu ...hu hu..

To new parents , aku suggestkan main Peek A Boo ni sejak anak baby, umur sehari pun ok ..Belasah jer ..hehehe..kalau anak dah few months, cuba buat mimik-mimik muka yang berbeza setiap kali main. Mesti anak happy & for ur information, baby can really see diffferent facial expression yang uols tunjukkan tau!! Kalau tak sempat capai kain, pakai jari pun bolehhh..(ala-ala iklan syampu ...hahahah)

Mehlah layan 2 video Peek A Boo dari 2 zaman ni hokayy....

Qarissa during 6 months age kalau tak silap. Sangat suka dan happy bila main Peek A Boo with Daddy. Gelak bukann main hoverrrr!! Nasib baik tak mengigau malam-malam!!
Qarissa yang dah advance in Peek A Boo game. Dia sendiri yang main untuk menghiburkan hati yang buhsan di dalam kereta sementara nak sampai ke Melaka baru-baru ni. Wakakak...

Time flies just like that ...

Wednesday, July 15, 2009

Kegilaan Qarissa Terhadap Little Reader!

Video ni aku hambek masa Q belum berusia setahun. Few weeks before she turn 1 I guess. Aku ada tulis pasal Little Reader (LR) ni whereby aku terlalu impress ngan baby can read @ 1 year age. Klik SINI untuk sesiapa yang lum baca cerita tu. Lepas jer aku tgk the You Tube Video pasal Baby Felicity tu, terus aku join the forum. 3 hari aku tak leh tidur sebab asyik duk pikir nak beli ke tak nak the software.

Finally, aku decide utk beli jugak. Sebab dah excited gile! Takut jugak sebab ni 1st time lah aku beli software online from oversea, tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Masa ni harga dia cuma USD 99.90 untuk Little Reader. Tapi aku beli Little Reader & Little Math, jadi aku dapat diskaun, cuma USD 169.90. Bila dah convert ke duit Malaysia, RM 603 kalau tak silap aku. Memang aku rasa berbaloi & pelaburan yang sangat BIJAK!! Puas hati aku! Sebab ..sebab ...tak lama lepas aku beli tuh, they increase the price!! Thats one of the reason kenapa aku nak cepat2 grab the opportunity sebelum harga dia naik. Aku ingatkan harga dia naik sikit jer, rupanya berkali ganda wei!! Memang mahal sket skang sebab BANYAK GILOS they update the software. Siap ada Course utk ajar anak for a year! Walaupun mahal sket skang, still berbaloi! Serius beb!! Yang bestnya, sesapa yang dah beli this LR sebelum nih, dorang bg upgrading for FREE! Untung kan!! Sebab tuh aku rasa berbaloi dan sangatlah bijak aku buat keputusan ni!

Contoh print screen software LR. Dulu, bhg COURSE tuh takder, cuma ada Playlist & Category jer. Skang dia add the COURSE dan macam-macam ado....!

Sejak ada LR, hidup aku senang sket nak ajar Qarissa @ home. Qarissa pun sangatlah suka dengan LR nih. Setiap kali aku nak start ajar, aku akan bgtau dia, "READING TIME!!!" dan dia seolah-olah paham its time to play & act happily. Mula-mula dia cam tak paham, tapi bila aku amalkan the same teknik & word setiap kali mengajar, dia dah tau & suka sesangat.

Untuk sesapa yang tak tahu, LR ni adalah satu alat bantu mengajar bayi & anak-anak anda MEMBACA. Kita beli license dari the company & download the software kat PC @ Lappy. Satu license boleh download kat 2 PC. Sebelum di upgrade, dia takder COURSE. Kita boleh buat sendiri subjek-subjek yang kita inginkan @ amik subjek-subjek pilihan yang kita nak melalui file download yang disediakan dalam FORUM nya. Parents di seluruh dunia akan share the file yang dorang buat dalam FORUM tuh, dan kita boleh upload the file. So tak yahlah kita buat sendiri file yang mungkin akan amik masa. Tapi, kalau nak buat subjek sendiri pun bagus juga. Kita boleh share dgn parents lain & dapat points (dulu, sebelum upgrade. Sekarang tak dapat lagi, sampailah ada 100 org download subjek @ file yg kita htr, then baru dapat point yg banyak sekaligus) yang boleh kita kumpul dan tukarkan dengan kupon untuk beli other products yang syarikat tu rekomenkan. Jadi, aku banyak habiskan masa mendownload semua file-file yang parents share dalam tu. Ada jugak aku send few files yang aku create sendiri. Memang best lah, sampai aku leka dengan mender tu jer setiap hari. Sekarang bila dah ada COURSE, lagi best & senang kerja kita, sebab COURSE dia ikut semester. Macam contoh, SEMESTER 1 ada 130 hari, maknanya ada 130 lesson yang diajar. Kita just bukak jer software tu sambil pegang anak kita & encourage them to speak & read macam apa yang dia dengar dalam subjek tu.

Video yang korang tgk kat bawah ni adalah subjek yang aku buat khas under kategori Family. Aku buat sub kategori - Family Phrase to Qarissa. Tujuan aku adalah supaya Qarissa kenal family terdekat dia, dan tak takut dengan dorang bila aku bawak dia jumpa family aku @ Saiful once a week. Biasalah budak-budak kan, kengkadang takmo orang dukung dia, asyik nangis jer. Dia nak aku, Saiful @ Nor sahaja. Tapi sejak adanya LR nih, nampak sungguh perubahan dia. Dia dah mula rasa dekat dengan sepupu-sepupunya, mak & ayah aku pun dia nak. Dia dah tak kisah sangat kalau dorang dukung dia dan bawak jalan-jalan. Bagus kan? Leh aku rilek sket. Wakakaka..

Software ni disertakan dengan voice recorder di mana kita boleh rekod suara kita dalam ni. Kita boleh add, edit & delete as usual. Jadi, aku rekod suara semua family aku dan buat subjek khas utk Qarissa. Then aku mainkan the subjek everyday setiap kali READING TIME. Dari sinilah Qarissa belajar sebut Daddy (Addy) & Mummy (Ami). Asyik lah dia mengangguk-angguk setiap kali software tuh keluarkan suara. macam paham jerr!! Hehhe.. Semua action words macam kick, point, stand, sit, laugh, smile, clap dan banyak lagi dia belajar dari LR nih. Bagus LR nih sebab approach dia bukan macam flash card biasa. Dia ada Word Flash, Multisensory, Picture Flash, Patterns Phonics & siap ada Video lagi. Anak boleh dengar, ikut & buat action & sebutkan kembali apa yang dah di beritahu dalam software tu. Aku setakat nih cuma sempat ambil video yang nih sahaja, sebab leka tgk aksi dia "membaca" sampai tak sempat nak snap @ rakam video. Video nih pun kebetulan jer aku rakam sebab masa tuh kat tgn ada camera. Insya Allah, kalau ada kesempatan, aku suh hubby aku rakam masa aku tgh ajar dia. Kena ada orang tolong rakam sebab aku pegang dia duk depan PC. Hehehhe..

Aku perasan, bila lama-lama Q tgk subjek dlm software tuh, memang dia paham & try to do the action @ sebut sesuatu perkataan tu. kalau korang perhatikan betul-betul video nih, Mak aku (nenek Q) ada cakap, "Qarissa, nenek love u....Hahhaha" dan mak aku memang gelak tau! Qarissa pun ikut gelak sama!! Kelakar jer masa mula2 aku dengar. Memula aku nak delete part gelak tuh, sebab boleh edit, then tak jadi sebab aku rasa unik, so aku biarkan. Tak sangka plak si Q suka & try to imitate the part. Macam fake pun ada gak wei! Hhaha...Saja nak jaga hati mak aku kununnya, dia pun bantai gelak! Haahahaa..so cute. Sekarang ni, kalau gi mana-mana, sesiapa yg tau aksi Q, mesti suruh aku cakap that word to Q semata-mata nak dengar Q "gelak fake!" Wakaaka.. Tapi serius, memang chomel sgt!! Then korang pun leh tgk dia angguk-angguk dan sebut .."Eyyyy" bila dengar suara Daddy dia dalam tu..

Tapi dalam video nih, aku rasa part paling KELAKAR adalah part akhir, start dari 2:20 sampai habis.. Memang lawak giler coz Q keep on nodding her head bila aku tanya suka tak, nak lagi ker, sampai aku pun tergelak sama! Habis dia henjut-henjut paler wei!! Siap tepuk tangan, babai aku dan kelip-kelip mata kemain lagi...Lawak ah Q nih.. Tapi You Tube ni kengkadang suka sangkut-sangkut. Aku tgk pakai Google Chrome & selalunya bila first time play, dia akan sangkut2 sikit. Just biarkan sampai habis & try to play again for the 2nd time. Kali kedua play baru tak sangkut.

Sekarang ni, memang READING TIME adalah aktiviti wajib we all. Tuhan jer tahu betapa happynya aku bila Qarissa tgk my Lappy sambil buat macam-macam action everytime the words pop up. Kengkadang, the software baru kuarkan word, belum keluar suara lagi, tapi dia dah buat the action. Aku rasa seronok giler beb!! Bila time smile @ laugh, dia pun akan gelak sama sebab ada video the baby tgh smile & laugh, so she think that the baby laugh & smile at her lah. Aku cuma peluk Q sambil bisikkan pelan-pelan the words kat telinga dia. Aku ikut balik apa yg software tu cakap, jadi dia boleh dengar dengan jelas coz sumtimes, the words yang keluar tak berapa jelas, macam "Sit", kengkadang dengar as "It", maybe its due to may Lappy kot tapi tak lah selalu. Lagipun, best rasanya bila join sekali ngan Q time Reading Time ni. Dia paling suka video Peek A Boo yg ada dalam ni. Aku rasa dia pandai main Peek A Boo sorang-sorang dalam keta masa balik dari Johor hari tuh sebab dia tgk video ni lah (Ada aku attach kat blog ni gak). Then dia sendiri main-main. Hahhaa..

Dalam kereta while playing Peek A Boo dengan selimut dia tu! Gelak terkekek-kekek!

Pada parents yang nak tau lebih lanjut pasal this Little Reader, boleh klik SINI. Aku suggestkan korang join FORUM dia, sebab memang banyak info korang leh dapat PERCUMA. Then, kalau korang aktif lagi bagus, coz setiap kali korang reply atau buat thread baru, korang akan dapat point, then boleh kumpulkan point tuh sampai cukup untuk trade dengan apa-apa produk yang ditawarkan. Jadi, tak sesialah korang share all the info coz they appreciate all your comments. First time lah aku nampak such FORUM wat camni. Very impressive. Korang register pun dapat point tau! Banyak mak bapak from all over the world kongsi pengalaman dorang pasal early education kat sini. Banyak jugak yang korang leh DOWNLOAD FREE sebagai permulaan untuk ajar anak korang. Sebelum aku beli this software, aku download semua yang FREE presentation & tunjuk kat Qarissa. Suka giler dia wei, sampai tiru bunyi binatang tuh! Hehehe..Tu yg buatkan aku nak beli the software. Memang keputusan & pelaburan yang sungguh BIJAK aku rasa! Hehhe..

Sekarang, sejak dah upgrade nih, team LR ni ada buat 14 hari FREE TRIAL. Korang akan dapat rasai sendiri how it works TAPI, aku dengan sesungguhnya suggestkan korang untuk manfaatkan 2 minggu tuh betul-betul. Pulun habis-habis. Sekali main 4-5 kali pun takper. Cari masa yang korang boleh luangkan 2 minggu straight utk ajar anak korang. Download the subject yang bagus-bagus sebab dorang bg access the Brillkids Premium Download Content ni dlm tempoh 2 minggu tu. Buat READING TIME ACTIVITIES ni everyday, utk tgk perkembangan & reaksi anak korang terhadap this produk. Jangan buat separuh-separuh atau sekejap-sekejap. Sebab nanti habis 2 minggu, dah tak dapat nak try lagi, unless guna PC & akaun baru. Dalam Trial Version nih, dia dah siap-siap pre installed 1 week kurikulum. Aku pun tak pasti camner rupa bentuknya sebab tak pernah lagi try Free Trial ni. Maybe if korang dah wat, leh share ngan aku camner Free Trial ni berfungsi.

Dah banyak aku membebel nih, mehlah kita layan video si Qarissa & Her Litte Reader nih plak yerk! Hhehehe..

Qarissa Yang Sakan Tgk LR. Part paling best start from 2:20. Hangguk bukan main. Kalau sangkut-sangkut, korang tgk pakai Google Chrome & let it play 1st round, then tgk lagi for 2nd round. Aku try wat camtuh, the 2nd round cun! Tak sangkut-sangkut.


Happy Teaching My Baby,

Tuesday, July 14, 2009

Aku Cirit Birit & Q Jatuh Katil!!

Hadoii, bertimpa-timpa plak malang datang nih .. pening kepala haku....hadushhh...! Semalam, pas makan malam @ home, aku tak tahu kenapa, secara tetiba gak, perut aku memulas-mulas, macam ada org tarik-tarik isi perut aku, tapi tak rasa nak berak!! Aku tahankan jer .. malas nak pikir sgt .. Aku tak tahu apa aku makan sampai jadi gini, sebab apa aku makan, hubby pun makan tapi dia maintain jer ...

Aku dah mula tak selesa malam tu .. sakit perut Ya Rabbi, letak lah minyak & cream panas segala macam kat perut tapi tetap sakit. Memang dugaan betul sebab time-time sakit ni lah Q nak menenen takmo lepas. Perut sakit, nenen pun sakit, apa citer tuh?? Nak pusing badan bg dia nenen pun aku tak larat wei ..Time-time ni lah datang setan hasut nak suruh aku marah jer .. Hubby dah tidur..tapi bila anak nangis-nangis ..aku wat bodoh jer .. perut sakit wei .. memulas-mulas, camner aku nak dukung?? Aku kejut hubby suh pegang anak. Aku dah tak larat. Aku masuk toilet, try nak buang apa2 yg patut, sikitlah punya seksa hadoii...

Bila kuar toilet, aku tgk hubby ngah dukung Q. Ciannya anak aku tuh, meleleh-leleh air mata dia sedih, sayu betul dia nangis ..dia pelik kenapa bila dia nangis, aku tak peluk dia as usual, aku tgh sakit-sakit time tuh, terus ambil dia dr hubby, tak sampai hati betul tgk dia kesedihan camtu. Iskk, tak dapat aku bayangkan camner kalau Qarissa bangun pagi, tgk aku takder sebelah dia... Pitynya my baby .. Huk huk.. Korang kalau dengar Q nangis, mesti korang sedih jugak, mesti tak sampai hati, sebab anak aku ni nangis tak macam sesetangah baby, kuat sangat sampai kategori melalalak kan, tapi Q nih nangis sayu sangat ..memang sayu sampai orang akan rasa kesian dan cepat-cepat nak comfort dia. Sebab tuh aku tak pernah biarkan Q nangis lama-lama. Sedih jer rasa bila aku dah amik dia dr hubby, aku lap-lap air mata dia, banyak oo..meleleh-leleh .. sorry lah sayang ..Mummy pun sakit ...

Sepanjang malam semalam, tak dapat aku nak kira berapa banyak kali aku bangun membuang hajat kat toilet ..Memang confirm cirit birit.. Just imagine, punya lah sakit, aku sampai terbaring dalam walk in wardrobe aku tuh .. depan toilet .. Wakakaka...In case nak memberut lagi kan ..tak yah jalan jejauh ..(macam lah jauh sangat pun ..ahhaha..malas namanya ..) Tapi laki aku tak tahu, dia ingat aku dalam toilet ..Adalah dalam 10-15 minit aku baring dalam tuh ..Hahhah..Buruk perangai tul...

Nasib baik si Q pastu tidur nyenyak & tak nangis lagi. Aku siap doa supaya Allah bg Q tidur lena sampai siang! Aku dgn tak cukup tidur, perut sakit sampai sekarang pun masih ada lagik balance-balance sakitnya. Apa lah virus yg mengganggu nih ..Hishh..

Bila pagi, Q dah terjaga dengan happynya, aku masih lalok-lalok sebab tak cukup tidur dan perut masih sakit. Daddy Q kerja kul 12 noon, dalam kul 11 am Daddy mandi, tinggallah aku ngan Q atas katil. Aku tidur-tidur ayam sebab takut si Q nih jatuh katil. Lasak bukan main, sempatlah aku tarik-tarik dia ke tengah katil supaya dia tak jatuh. Entah macam mana, maybe time tu aku terlayang kejap, tau tau jer .... GEDEBUKKKKK!!! Aku terus melompat dari tempat tidur & tau tau jer, anak aku dah terbongkang jatuh dari katil ke bawah!!! Nasib baik kepala tak terhentak kat bucu meja laptop aku yg memang aku letak bawah @ sebelah katil! Aku rasa badan dia jatuh dulu, then bila dah jatuh baru kepala dia terhentak sikit sebab aku nampak time kepala dia terhentak tu. Adoi, dah lah katil aku tinggi wei ..aku mmg paling takut kalau Q jatuh katil sebab anak buah aku umur 4 tahun pun nak naik katil aku susah sket, sebab tinggi, apa lagi kalau jatuh. Hadoii...nasib baik laminate flooring, leh lah serap hentakan kot ..hu hu..

Gambar hiasan - gaya anak haku atas katil.

Member cam terkujat dan terus nangis, tapi ala-ala jer nangis. Aku tgk dia nangis + takut aku marah kot. Sebab dia memang selalu cam nak jatuhkan diri dari katil & aku selalu kata, "NO, NO Qarissa..." sambil buat aksi NO dan si kenit nih akan duduk balik atas katil. Kali ni dia naughty sket, terus jatuh untuk pertama kali dalam hidupnya, cuak lah dia. Aku terus amik dia dan gosok-gosok kepala dia, terus masukkan nenen sambil mulut bebel-bebel marah dia. Aku tak pujuk-pujuk sangat. Wakakak.Taliban btol mak Q ni .. Aku bebel-bebel cakap, "Tu lah, kan Mummy kata NO, NO, Icha degil, Icha main gak, ha, kan dah jatuh ..mana sakit?? (sambil gosok-gosok kepala dia ..)

Member pandang aku sambil menenen & terkebil-kebil, terus tak nangis ..Wakakaka... Memang takut kena marah tuh namanya..suka gak aku, at least dia paham yg memang aku dah kata NO sebelum nih, tapi dia notty gak, so bila dah jatuh, dia tau yg tuh salah dia. Pas je nenen-nenen ala kadar, terus gelak dan sambung tepuk tgn masa sambil tgk Brainy baby..Boleh gituuuu??

Lasak gilos my princess nih...

Aku takut jugak if ada yg tak kena ngan dia due to jatuh tuh, tapi so far, setakat kul 2pm nih, dia as usual lah, baru dapat kaki katakan, dia ukur satu rumah berapa besar. Hhahha.. Nampak ok jer & I hope she's doing fine. Jap gi aku nak ke klinik mintak ubat cirit & bawak dia skali utk cek up. Manalah tau kan, ada apa2 yg pelik2 plak, harap-harap takder lah ...:)

Hmmm..tu lah cerita hari Selasa yg sungguh tak syokkk.. Ada lagi berita terkini that spell D.I.S.A.S.T.E.R to me - MAYBANK yang budus tu secara tiba-tiba tanpa angin & ribut dengan sesuka hati telah meng"cancel"kan credit card aku!!! Cilakak btol, belum sempat aku komplen sebab kad baru yg aku dapat (selepas kad lama diterminatekan secara tak sah oleh staff dia yg pekak tak dgr arahan aku betul-betul) nih asyik decline tanpa sebab, tetiba jer dapat surat kata kad dah kena terminate - seems like aku yg suruh terminate. Aku mengamuk giler, terus call Ass Mgr dia & buat bising. Azida tuh pun pening camnerlah boleh jadi camni. Aku malas nak cerita sejarah Maybank yg happend kat aku ..sampai besok pun tak habis..kes aku ngan Maybank ni nak masuk 2 - 3 bulan dah tak habis-habis. Lepas satu, satu problem yg dorang buat. Bodoh nak mampus...sakit jiwa aku! Sib baik lah aku nih malas nak wat kecoh..Azida tuh pun ok ngan aku, kalau tak, memang aku dah masuk paper dah, cerita kronologi masalah aku dr mula sampai skang.. Mangkuk hayun btolll! Harimau dia tuh dah tua lah agaknya, tapi tak mati-mati, tu lah yg bawak masalah aku rasa!! Wakakakkaa...

Selasa yang Serabut!!!!

Sunday, July 12, 2009

Cerita Sedih & Gembira Q Di Hujung Minggu..

Aku cerita yg gembira dulu lah kay .. hehehe.. kan skang musim kawin-kawin ..(heheh,macam main kawin-kawin time kecik2 dulu lah plakkk..), memang aku banyak undangan sejak minggu lepas. Even after b'day Qarissa pun, we all bergegas ke Keramat sebab my previous staff kawin. Qarissa bantai tidur sampai tak dapat nak snap picture ngan pengantin. Only me & hubby jer yg ambik gambar kenangan ngan Alang & Shikin. To both of them, kalau ada baca blog nih, semoga kekal selamanya ok.. :) Setia selalu tau Alang ..jangan geli-geli..nanti haku sunat lagik!! Shikin mesti bg green lite punya! Hhahaha...

Us with Alang & Shikin. Both is my previous staff @ HBNC dulu.
Me & Along with "gila-gila" pengantin.Hehhehe..Alang nih mmg giloss sket. Hahah.

Then, Hari Sabtu yg baru lepas nih, aku dah plan awal-awal kena gi Johor. Siap bgtau hubby dia kena amik cuti kalau dia kena kerja on weekend. Nasib baik bulan nih my hubby cuti on weekends. Bukan apa, one of my best friend wedding nih. Room mate aku time blajar kat UTM dulu. Aku ingat lagik, time aku kawin, dia datang dr Johor ngan mak dia. Ada few kengkawan yg kawin kat kampung aku tak dapat pergi, sebab jauh sangat, macam Azreen & Naimah. Ralat jugak sebab kawin bukan banyak kali kan. Nasib baik lah dorang memahami, hehehe..Yang penting, hadiah sampai kan? Wakkaka..tapi tak samalah dengan orgnya sampai. Kali nih, kat bandar JB, so aku tau sket-sket jalannya, insya Allah tak sesat, so we all plan nak pergi...

Jauh lagi ooo..Hu hu..

Bertolak dalam kul 10 pagi, sampai dalam pukul 2 pm. Sepanjang jalan, Q layan DVD, main-main dengan Doll dia, happy-happy then half way bantai tidur, Bagusnya anak haku, lama oo dia tidur...tak meragam langsung. Baik jer .. lepas dia tidur, aku plak layan VCD Pangako Sayo Box 6. Hhahahah.. Aku tak tahu nak bawak movie apa, dah kelam kabut nak kuar, VCD Pangoko Sayo jer sempat haku rembat. Korang tau tak, aku tgk VCD nih, dari masa ngandung sampai Q dah setahun lebih, tak habis-habis lagik! Wakakakaka..Ada 15 Box kalau tak silap..satu box ada 10 VCD, ntah bila lah nak khatam aku pun tak tahu ..hahahaa.. paham-paham jer lah drama Filipino, dah macam drama Tamil aku tgk ..macam-macam adooo... hahaha..tapi takpe, sebab Kristene Hermosa & Jericho tuh sungguhlah lawa & hensem .. Dulu aku berangan kalau anak pompuan, nak lawa cam Kristene tuh ..ahahha.. tuh yg duk tgk tetiap hari ..tapi tak habis2 gak ..Wakakaka... Tuh lah agaknya, Q dapat sipi2 jer muka Kristene Hermosa (wallooo...perasannya mak Q ...hahaha) .. kalau aku tgk habis, mesti korang kata Q anak angkat kan? Hhahahaha...(gelak besauuuuuu)...

Happy Qarissa bertepuk tgn tgk DVD dia...
Dah penat layan DVD, terus tidur sepanjang jalan.
Q:" Cantik tak saya.? Mummy tukarkan baju Princess tau!! Nak gi Aunty Aini kawinnnn!!"
My Little Princess ready to go!
Hebat kan hubby aku? Tidur pun leh drive tau! Hahah..
Pose maut dalam keta lepas aku tukar baju (dalam keta gak..) Wakakak..

Dah sampai Dewan Azalea @ JB tuh, aku terus serbu makan dulu. lapar weii...memang puas hati gi makan kenduri kali nih, panas, sedap melekat lauk2 dia ..hubby pun puji!! Tima kasih lah Aini Darling, puas aku makan nasi minyak ko...nasib baik aku vogue pakai kebaya, kalau pakai baju kurung, confirm aku tambah 3 pinggan! Hahhaa..ni aku pakai kebaya kang tercabut lak butang baju, malulah den ..Wakaka.. Siap ada kambing panggang lagi wei...laki mak siap beratur lagi nak hambekk..pantang kambing laki haku tuh ..eheh..

@ Dewan lepas tersenyum kekenyangan. Heheh.Sedappp..!
Q takmo kat Daddy..dia nak jalan jer ..Org baru dapat kaki katakan...
Jalan-jalan seluruh dewan!!

Sempat lah aku bergambar ngan pengantin walaupun laki aku takmo naik pentas. Dia malu katanya ..Aku kan muka tak malu sket ..hahaha..aku naik jer bawak anak aku ke pentas tuh, sebab nak tunggu pentantin makan beradab lama sangat, we all nak gerak dah, so, aku dengan selambanya jumpa makcik yg jadi pengacara tuh dan kata,"Makcik, saya nak naik atas bergambar ngan pengantin, kejapppp jer ...". Makcik tuh plak kata, "Nama sapa?" (konon-konon nak wat announcement). Aku dgn segera menjawab, "Iskk...tak payah makcik, tak payah announce, saya naik kejap jer ..." Caitt, makcik nih nak announce ker ..malu lah haku nanti! Hhahaha.. Dah lah sorang2 jer naik.. hahahaha...

Pengantin perempuan - Aini my rooom mate @ UTM dulu!
Pengantin lelaki - Shahrul. Macho & Botak. Hehehhe
Me & Q with pengantin. Hubby malu nak naik. Happy Wedding my dear friend..!

Sempat jugak aku jumpa kengkawan UTM. Malunya, nama haku dah lupa ah .. ehheh..dorang pun lupa nama aku rasanya. As usual, aku pun tegur dan selamba katak cakap, "Hai, UTM gak kan..I lupa ah nama u..mesti u pun lupa dah nama i..Nama i Watie," dan sessi ...pot pet ..pot pett.... pun bermula. Hhehehe..Mangkuk tul aku nih, Sid pun aku leh lupa muka dia camner ..Tapi betullah Sid, lain btol muka ko...maybe tembam lah, thats y aku tak hengattt ..heheheh.. Dah seronok berbual, gambar pun tak hambekk. Then jumpa gak Sherida kat sana yg dtg from PD. Tapi dalam bebanyak kawan datang, aku lah yg paling jauh kot. Dari KL. Hheheh..bangga mak noks...Wakakak.. Cian Mak Aini penat sgt that day. Ke hulu ke hilir aku tgk ..Tapi yg best .. mak dia pegang banyak angpau ooo... terus aku terkenang arwah Mama masa aku kawin dulu . Dia pun pegang banyak angpau, siap hilang2 lagi. Cian Mama, mesti dia kelam kabut time tuh..

Me & Q with mak pengantin. Cian Aunty penat hari tu..
Lawa giler bunga telur dia wei!! Haku sukaaaa!!

Habis majlis, we all pun bertolak balik. Ingat nak singgah Danga Bay, sekali pergi ada banyak plak reno ngah dibuat, then tempat tuh cam mati jer .. Maybe sebab siang kot, aku pun tak pasti. Terus we all cancel dan teruskan perjalanan ke Melaka. Niat di hati memang nak singgah Melaka sebab family Saiful minggu nih lepak Melaka sebab ada sessi risik-merisik. Sepanjang ke Melaka, Q happy sangat dalam kereta. Siap main Peek A Boo sorang-sorang dengan selimut dia tuh..Comel lah sangat ...Aku siap amik video lagi masa dia main tu..Korang tgk video kat bawah nih ...Then, dia layan diri sorang-sorang dengan memainkan jari-jarinya. Aksi dia membuatkan aku terpikir tentang child early education gak. Nanti aku wat satu entry kat GBOB Blog & masukkan video Q with her fingers kay...
Sessi tilik menilik jari oleh Q. Ada video dia. Nanti haku upload.
Muka boring. Bila nak sampai Melaka nih Daddy???

Video Qarissa Play Peek A Boo! Sukanya hati nampak? Dia gelak besau everytime dia dengar ayar "Qarissa, nenek love u..." sebab dalam software Little Reader yg aku ajar dia tuh, nenek dia gelak besar after saying that word..hehehe..

Sampai Melaka dalam kul 6, we all carik hotel. Then decide dan duduk D'Village @ Ayer Keroh. Lepas cek in, laki aku tidur jap. Cian hubby aku, dia penat sgt drive jejauh tuh .. Sementara Saiful tidur, aku & Nor bawak Q gi makan kat area pool. Happy btol Q tendang-tendang air kat pool tu. Aku tak bg Q mandi sebab Saiful takmo dia selsema. So, just main2 air sikit-sikit jer. Pas makan, we all balik bilik dan siapkan dia utk keluar. Dalam kul 8.30 pm, we all keluar kononnya nak jumpa Saiful's family. Aku ajak Saiful ke TESCO dulu sebab nak beli selipar utk Q sebab lupa bawak. Selipar yg bunyi2 tuh .. Dalam perjalan ke TESCO, bermulalah CERITA SEDIH KAMI & QARISSA..... Hu hu...

Secara tetiba, tanpa ada angin & ribut, sikit lagi nak sampai TESCO, Qarissa tetiba MUNTAH sebanyak-banyaknya!! Menyembur sampai kena muntah tuh kat muka si Nor. Habis semua baju, car seat dia kena muntah. Apa yg dia makan petang tuh semua keluar balik. Aku menggelabah puyuh, terus kuarkan dia dari seat. Saiful terus parking tepi jalan. Nor guna selimut yg tutup kaki Q dalam kereta utk tampung muntah dia. Serius banyak weii... Macam makanan tuh belum hadam tapi dah terkeluar balik. Bau pun tak macam muntah, bau macam makanan baru masuk then terkeluar balik. Wangi jugak lah, bau sayur.

Aku amik Qarissa pas dia muntah pertama kali tuh, bawak ke seat depan sebab nak gosok belakang dia. Baru jer sampai kat aku, baru aku nak gosok, Qarisa MUNTAH LAGI kali kedua!!! Pun banyak sangat, habis basah semua seat aku, baju, seluar, sampai kena kaki & kasut aku dengan muntah! Sampai kena lantai kereta seat depan! Just imagine betapa banyaknya dia muntah!! Memang gabra aku time tuh. Nampak suffer giler anak aku. memang time tuh dah berhenti tepi jalan, aku bawak Q keluar tanpa pakai kasut. Bg dia lega sket ..Bila nampak dia dah stop muntah, lap-lap lebih kurang & we all teruskan perjalan ke TESCO. Aku nak beli baju baru sebab baju aku dah kotor. Nak tukarkan Q baju baru jugak. Saiful ajak balik hotel tapi aku takmo sebab leceh nak ulang-alik.

Sampai TESCO, aku baru jer tutup pintu keta, Nor kata Q muntah lagi!!! Tapi kali nih lendir pulak. Cepat2 aku amik Q dr Nor dan letak dia ke bawah. Duduk lah jap tepi jalan tu sebelum masuk TESCO. Sian sgt tgk dia time nih.. Dia baik tau, tak nangis kuat-kuat, cuma bila muntah, dia merengek sebab tak selesa kot.

Masuk jer TESCO Melaka tu, Ya Allah, gila banyak lautan manusia wei...tandas pun tak bersih sgt. Ramai org. Aku dah start geli. Sudahnya, aku guna tandas OKU utk cuci & bersihkan Q. Aku suruh Nor bersihkan basin tuh sebelum aku bersihkan Qarissa. Time nih, dia boleh gelak-gelak suka lagi. Leh main Peek A Boo lagi depan cermin. Habis tukar baju Q, aku plak nak gi beli baju utk aku. Hubby dah tense sebab ramai org. Dia takut Q sakit lagi. Memang betul pun, baru jalan sikit, Q muntah lagi!! Pun lendir jugak. Seksa betul Q nak kuarkan lendir tuh, sampai aku kena tarik lendir tuh keluar dari mulut dia!! Lepas lega, cepat2 we all keluar dari situ. Hubby takmo masuk TESCO, nak terus blah balik hotel. Aku ingat nak tukar baju kat hotel, sempat lah beli baju & seluar kat kedai-kedai luar TESCO tu. Belikan utk Nor sekali sebab baju dia pun kena muntah. Sementara aku beli, hubby & Nor menuju ke arah bilik susuan kanak-kanak, nak bg Q rilek jap. Tapi bila aku sampai balik, rupanya hubby kat area kafe. Tak masuk pun bilik tuh. Sebab Q muntah lagikkkkkk!!!

Hadoiiii, Tuhan jer tahu, aku dah risau tahap gaban. Anak aku dah nampak lembik time tuh wehhh!!! We all terus keluar dan masa dukung dia, nampak dia dah lemah & mengantuk. Tgk macam tuh, terus we all plan nak balik malam tu jugak. Takmo stay hotel. Aku cam rasa bilik tuh tak bersih sebab masa we all masuk, memang tak selesa sgt bilik tu. Ada habuk-habuk. Q pulak dah boleh jalan, memang lah aku n Nor pegang dia masa jalan tuh, tapi maybe ada benda-benda dia pegang & masuk mulut, sapa tau kan??

Tengah-tengah jalan nak balik, aku suggestkan hubby gi carik klinik terdekat kat Melaka Raya tu. Magkuk tul, satu klinik pun tak jumpa. Aku suh hubby call ING tanya. Dan, yang paling menyakitkan hati, korang tau tak, budak ING nih kata, kalau nak cek klinik terdekat, kena guna POSKOD!!!!! Dia mintak hubby aku poskod Melaka Raya tuh!! Bodoh tak?? Kalau korang jadik hubby aku, ada rasa nak hempuk tak budak tuh? Sungguhlah budus, aku dah lah kira pelancong, manalah nak tau poskod hapa, mangkuk tul sistem ING????? Hubby aku hangin satu badan!! Dia kata kat budak tuh, kalau org tenat, dah mati agaknya kalau cam nilah sistem ING!!!! Carik guna POSKOD? What the F***?? Laki aku berhenti dua tiga kali tanya org. Ada siap tak tahu, yg bagi salah poskod pun yer, sudahnya baru dapat yg betul. Masa lalu-lalu kat situ, aku ada nampak Mahkota Medical Centre. Then aku terus kata kat hubby, kita gi sini jer lah. Sepanjang dalam keta, adalah 3 kali Q muntah lendir. Badan dah lembik, sambil tidur sambil muntah lendir yg seksa giler nak kuar. Few time aku korek mulut dia nak tarik lendir. Then bila bgtau budak tuh, dia kata ok kalau nak ke MMC. Nanti call balik, dia bg GL.

We all masuk MMC, Q dah terlentok keletihan, muka dah start pucat. Aku gabra btol time tu. Kat situ pun dia ada muntah 3 kali kot. Semua lendir. Aku seram sgt sebab muntah dia dah macam warna kuning, maknanya dah bahaya jugak. Aku sempat bg dia nenen dengan harapan khasiat susu ibu akan hapuskan bakteria tu. Syukur sgt, sebab dalam tak selesa tuh, Q masih nak nenen. Then dia ada muntah balik susu tu, tapi takperlah, maybe yg dah masuk dalam perut dia akan mildkan the acid, atau bunuh bakteria...atau apa2 jer lah yg leh watkan anak aku stabil sket. Then the specialist datang, cek2 perut Q dan dia kata jgn bagi Q nenen @ air putih banyak2. Nanti dia muntah lagi. Dia suh tunggu 1/2 jam, then bagi makan ubat yg dia bekalkan. We all memang nak balik KL malam tu gak. Takmo amik risiko stay hotel tu.

Sampai hotel, terus siap2 tukarkan baju Q, aku pun tukar baju tapi tak mandi. Hubby tak bg mandi sebab dia takut air kotor. Korang jgn terkejut, hubby aku nih tahap kerisauan melampau dia tuh memang kronik sket. Hahahaha.. Air hotel yg dah Nor panaskan dan masak pun dia tak bg Q minum. Dia takut. Then, dalam kul 12 ++ midnight, we all gerak balik KL. Sebelum cek out, sempat lah bg Q makan ubat. Nasib baik ubat dia sejuk, jadi Q nak lah makan. Dalam keta, dia muntahkan balik, tapi sikit. Then dia terus tidur.

We all sempat makan kat McD sebab lapar giler dari petang tak makan sampai kul 1 pagi. Lepas makan, terus cabut balik KL. Dlm perjalanan, Q tidur jer. Nampak dia letih sgt. Macam2 ayat lah aku baca nak tenangkan hati aku & semoga Q tak melarat. Sepanjang jalan, alhamdulillah, Q tak muntah. Aku sempat bg dia nenen. Walaupun Doktor kata jangan bg lama-lama, tapi Q hisap lama ooo..Sampai hubby aku tegur suh lepaskan. Tapi aku tak sampai hati nak lepaskan, sebab bila aku tarik nenen, Q carik-carik lagi & merengek-rengek. Aku tawakal jer lah, jangan dia muntah. Alhamdulillah, she's fine & tak muntah. We all sampai umah kul 3 pagi dan terus TIDOOOOO!!! Q pun lelap tak hengat ...

Bangun pagi Ahad...miracle happen....Q bangun dengan segar dan sibuk kejutkan aku ngan hubby yg masih ngantuk gilosssss!! Habis di henyaknya we all suh bangun jugakkkk!! Aku yg masih ngantuk akhirnya bangun layan Q tgk - as usual, DVD Education Brighthening Minds pulakkk...

Alhamdulillah, Q terus sihat macam takder apa2 berlaku. As usual, Q aktif dan excited tgk DVD. Aku peluk cium dia sebab terharu & dalam masa yg sama bersyukur. Sempat lagi we all keluar belikan barang-barang Q yg dah habis. Sempatlah dia "pilihkan" baju Mummy dia utk dipakai petang tuh sebelum dia mandi. Hahaha....We all masih dalam kondisi berjaga-jaga sebab takut it happends again. Aku rasa selain ubat tahan muntah, susu ibu yg Q minum adalah senjata ampuh untuk dia. I believe it, sebab tu kurniaan Allah SWT.. Kan kan kan ..? :)

Sibuk carikan baju utk Mummy pakai di pagi Ahad.
Icha kepoh ah ...Mummy suh mandi tau! Bukan carik baju sayanggg..Hhehehe..

Bersyukur aku Q dah sihat & dalam masa yang sama, aku terfikir - Hebatnya kuasa Tuhan, pagi aku gembira, hubby gembira, Q gembira, dalam sekelip mata, Q boleh muntah, sakit dan lembik, dan dalam sekelip mata juga, Q boleh sihat macam takder apa2 yg jadi sebelumnya. Ya Allah, aku bersyukur kepadamu Ya Allah, kerana memberi ujian yang hanya sedikit ini. Terima kasih kerana menyihatkan Qarissa semula, menceriakan kami ibu & ayahnya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih...besarnya kuasamu Ya Allah, hanya padamu aku berserah!! Aminnnn....

Semoga Q tak sakit lagi,


We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading